Memaparkan catatan dengan label samseng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label samseng. Papar semua catatan

Gempar, Bas Jelajah Rakyat Disimbah Cat Lagi.

| comments (1)

Puak-puak syatian yang dikenali semakin terdesak dan kini sedang mengganas, Bas Jelajah merdeka yang dinaikki oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi sisimbah Cat merah , kali ini di melaka.






Para Syaitan inilah cuba menakut-nakutkan rakyat dan pemimpin Pakatan rakyat, pihak polis jangan pandang sebelah mata, bberlaku adilah kamu kerana kelak kamu akan disoal semasa di dalam kubur....

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video najib Ajak Orang Menyanyi, Tolak Umno

| comments

Jom kita tengok gelagat lucu najib, bila Anwar menyanyi dia pun nak menyanyi jugak, tapi yang kelakarnya tak mengkaji dulu ke penasihat najib nei. tak sesuai langsung lagu yang didendangkan tu.



Dalam himpunan itu maka diajak najib budak-budak ini menyanyi, najib kata ade kumpulan yang jumpa dengan dia dan laungkan perkaatan "we want peace"

La, najib lupa ke siapa yang buat onar sebenarnya, siapa pulak samseng sekarang nei, lupakah najib umno dan perkasa la kaki buat onar, samseng berlesen.

Semalam ceramah Nurul Izzah diganggu samseng umno di Johor (baca sini) sebelum tu pun dijohor kenderaan DSAI dipecahkan (baca sini), kes baling telur dan batu di lembah pantai (baca sini), kes samseng jalan kebun yang biadap (baca sini) , juga kejadian patahkan dan cabut bendara DAP (baca sini) , 

Jika tak cukup dengan itu, adalagi kes perkasa ganggu majlis orang (baca sini) serangan pada masyarakat India ( baca sini), serangan pada mahasiswa di dataran ( baca sini) , kes Adam Adli ditumbuk (baca sini) ugutan najib gunakan unit RELA ( baca sini)

Itu belum lagi kompilasi Polis yang mengasari peserta himpunan Bersih, siapa yang menggunakan kekerasan melampau sebenarnya.

Lihatlah sekali lagi video anak bangsawan diatas, pada pandangan mata "tukanglawan" apa yang najib sampaikan itu tak selari dengan bahasa tubuh yang ditunjukkanya. apakah ikut skrip, maka jangal sekali rupanya.

Apakah najib sedang menipu diri sendiri? perkataan "we want Peace" itu sebenarnya menyindir umno sendiri, kerana apa, kerana umno kini adalah parti gasar.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Panas!! , Skandal Musa Hassan Didedahkan

| comments (1)

Negara ini sangat pelik, bukan setakat beli kapal selam tidak boleh tenggelam, enjin jet tiba-tiba hilang, Jambatan atas darat , dan kondo duduk dalam kondo, tapi lebih dasyat dari pada itu.

Sebelum ini tersiar dibanyak blog dan portal tentang hubungan rapat bekas ketua polis negara iaitu Musa Hassan dan Abdul Gani Patail dengan seorang kepala gangster.

Siasatan JSJK (jabatan Siasatan jenayah komersial) mendapati bahawa meskipun Musa ketika itu berkhidmat di Johor - telah menutup pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, Musa Hassan pada masa yang sama dikatakan membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh iaitu seorang gangster terkenal.. (sila baca disini)

Hari ini melalui sebuah portal terkenal timbul dakwaan bahawa individu misteri yang rapat dengan gangster terkenal itu telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan bekas ketua polis negara iaitu Musa Hassan ketika pasukan itu berada bawah penguasaan nya, pertemuan dan perbincangan itu adalah untuk menentuaturkan anggota polis dan menyusun kenaikan pangkat mereka, petikan adalah seperti dibawah.

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

Jadi apakah pandangan anda, mengapa perlu polis ini diatur kenaikan pangkatnya, apakah hubungan Musa Hassan dengan Individu yang rapat dengan Tengku Goh itu, jika benar ada perancangan sulit, apakah sudah ada satu perjanjian dan kata sepakat dicapai untuk memastikan cortel gangster itu terus hidup dan kebal?.

Polis sepatutnya mencari, menangkap dan mendakwa penjenayah atau ahli kongsi gelap, namun dalam kes ini individu yang rapat dengan ketua kongsi gelap itu berhubungan dengan ketua polis , malah memberi nasihat dalam mengatur anggota polis yang tertentu. apa pandangan anda dalam hal ini?.

Musa Hassan dan Ghani Patail jjangan kita lupa sebagai antara pemain penting dalam kes 98 sehingga menyebabkan DSAI dipenjara dan dipisahkan dengan keluarganya.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Lagi Kes Samseng, Kereta Anwar Kene Pecah

| comments


Kesamsengan umnoapco nei semakain menjadi-jadi, bermula dari serangan budak-budak tadika di jalan kebun tempoh hari (baca sini) , melarat pula ke klang (baca sini), sekarang mereka makin berani bila menyerang sendiri ketua pembangkang, kenapa itu terjadi?
Karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman menjadikan pihak tertentu bimbang, lalu sebilangan samseng upahan Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.
Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.
Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak  melontar kata-kata kesat.
Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.
Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. (baca sini)
Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta  ‘dipecahkan sendiri’.
Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.
Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.
Nampaknya budaya politik kotor dan ganas telah  dimulakan, kenapa jadi begitu, kenapa takut benar umnoapco sekarang ini, ini politik cara tak bertamadun, memang umno sendiri sudah sedar mereka akan kalah tidak lama lagi. kerana itu mereka lakukan apa saja. termasuk jadi gangster "taik" kucing.
Baca lagi
1- Serangan Samseng Kepada Anwar - PKR Johor Keluar Kenyataan Media
2- Video Ceramah Anwar DI Johor Diganggu Gengster
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Budaya Samseng Serang Ceramah Makin Parah

| comments

"Tukanglawan" pernah siarkan dua - tiga cerita perihal budaya samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini (baca sini) , dan semua serangan samseng (taik kucing)  itu ditujukan kepada Pakatan Rakyat, atau pihak yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan.

Persoalannya bukan setakat siapa yang jadi samseng (taik kucing) itu, tapi siapa kepalanya?

Kebiasaannya kekacauan yang ditimbulkan ini dirancang, ada ketua dan balaci-balacinya. yang bodoh ialah balaci, kerana akhirnya balaci yang akan ditangkap dan ketua duduk senang lenang tak peduli nasib balaci-balacinya, kalau mahu berfikirlah.

Dan yang lebih malang sekali ialah, yang jadi balaci-balaci ini remaja-remaja melayu (baru nak naik) belum kenal sangat dunia dah berlagak kuat, bangang namanya tu, dari jadi balaci dan pegang title gangster (taik kucing) lebih elok jadi budak jual burger, rezeki halal dan beri manafaat pada orang lain.

Semalam, satu lagi ceramah, kali ini mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja menganggu majlis itu dan mengepung lokasi yang dicadangkan di Kampung Idaman, Klang.

Cerita hampir sama seperti yang berlau di jalan kebun tempoh hari, Ingat tak? (baca sini)

Remaja mana tu, "tukanglawan" rasa budak-budak upahan 10-20 ringgit agaknya, jenis budakx2 menyusahkan mak bapak, jenis malas belajar dan lulus SPM cukup - cukup makan, berkawan pula dengan abang-abang jenis pandai bercakap , belanja roti canai sekeping dua, lalu  dah ada balaci terdiri dari budak-budak tak berapa bijak.

Yang bodohnya remaja tak bijak tu, yang bijak ketuanya yang perguna orang lain jadi sakai.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata "samseng" berkenaan telah memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula.

"Mereka juga mengepung lokasi itu dan kami terpaksa berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran sementara menunggu keadaan kembali tenang," katanya.

Hah, kalau dah pecah-pecah kerusi ni, memang budak bermasalah la gamaknya, jenis liar, kene marah dengan mak bapak, habis barang di rumah dipecahkan, takkan tak tahu budak-budak jenis apa tu, kalau nak harap mereka ni jaga negara, alamat hancur negara ni.

Bukan sikit samseng-samseng (taik kucing) tu, dekat-dekat 70 orang jugalah diupah oleh ketua mereka yang tak tahu siapa, menurut Ahmad Syukri, kerana diganggu, mereka telah ke balai polis Pandamaran pada kira-kira jam 11.30 malam, samseng itu terus ekori mereka dan mula berkumpul di sana bersama motosikal mereka.

"Malah sehingga jam 4 pagi, samseng itu masih di luar, jadi kami terpaksa melarikan diri melalui pintu lain dengan bantuan penduduk tempatan,"kata Ahmad Syukri lagi.

Hai, pelik pula "tukanglawan" polis pun di upah jugak ke, lebih 4 jam mereka dikepung, bukan di kepung di balai bomba, tapi di balai polis, mengapa polis tidak menyuraikan kumpulan taik kucing itu, bukankah mereka boleh membahayakan  mahasiswa-mahasiswa berkenaan?. polis buat apa?, tengok aja? pelik tak?

Kalau la orang-orang pakatan berkumpul depan balai kerana nak beri sokongan moral pada kawan yang ditangkap pakai baju bersih, siap panggil FRU lagi ye, kalau beri sokongan semangat buat rakan mahasiswa di balai Tanjung Malim, polis siap tutup pagar balai dan pindahkan tahanan ke balai lain gamaknya, padahal tak ada sapa pun nak pukul orang dalam balai.

Tapi kes ini unik sikit, polis jenis penakut dengan gangster taik kucing, sampai polis pun tak boleh halau. apa nei, nasib penduduk kampung datang bantu menyelamatkan kumpulan mahasiswa yang dikepung tu. sapa ketua balai yg tak mampu bertindak tu?.

Budaya dah jadi teruk nampaknya, berapa banyak ceramah tak diganggu?. kalau dulu rejim umnoapco guna polis untuk halang ceramah sehingga polis dikecam akibat "tangan-tangan Ghaib yang buat polis macam "balaci" diorang" sekarang kerana agak bimbang rakyat akan bising lagi, Umnoapco jadi lagi bodoh,

Kenapa bodoh?, Kerana politik tak bermaruah umnoapco yang tak habis-habis dengan fitnah lucahnya itu, budaya menipu, rasuah dan terbaru guna samseng buat lagi cepat putus urat tengkuk parti melayu perkauman itu. rakyat bukan bodoh. rakyat ini menilai.

Tak kisahlah, Umno memang tak bijak, itu semua orang tahu, cuma satu soalan yang "tukanglawan" nak tanya.

Kalau dari 70 orang budak tu ada adik anda, buat kerja bodoh sebab upah 10-20 ringgit, apa anda akan buat, nak dilempang ke di pijak?, sekolah malas, hidup menyusahkan mak bapak, dan sekarang sudah belajar jadi samseng, kalau tak dibendung, tak lama lagi jadi perompak la tu.







 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit