Ini adalah perkara yang berlaku hari ini tidak kira di mana-mana termasuk Malaysia.
Hari ini permainan dan isu Syiah dimainkan di merata tempat. Di Malaysia pergaduhan tak terhenti sehingga menyebab banyak tangkapan dan setiap hari media memainkan perkara yang sama. Cuba lihat gambar di atas.
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Kit Siang mengeluar kenyataan bahawa DAP mungkin akan diharamkan ROS apabila pendaftarannya akan dibatalkan menjelang hari raya ini.
Selain itu, terdapat beberapa konflik dalam parti apabila ada yang dituduh ingin menubuhkan parti baru selepas terbatalnya pendaftran DAP kelak.
Sabar!
Jangan lupa sejarah....
Dahulu gerakan rakyat seperti PKMM, API, AWAS, PKM dll begitu aktif dalam usaha menyemarakkan kemerdekaan dalam tanah air.
Kelahiran UMNO sendiri lambat dan itu pun hanya kerana ingin melawan Malayan Union. Bukan untuk menuntut kemerdekaan. Sedangkan pengasas UMNO Dato Onn sendiri berkata :
"Orang Melayu buat jarum sebatang pun tak pandai ada hati nak merdeka"
Ini hakikat jelas.
Kermerdekaan juga tidak disenangi oleh Sultan Ibrahim di negeri Johor kerana mengganggu "kegiatannya".
Umno dilihat sangat Pro-British.
Tetapi, apabila PBB menggesa penjajah melepaskan tanah kolonial. Inggeris dan Umno mula mengatur langkah. Mereka secara TIBA-TIBA menggagaskan idea kemerdekaan kepada rakyat.
Umno yang memang Pro - British yang mempunyai kepakaran "hijacking" terus mengatur perancangan dan strategi.
Ceritanya adalah British tidak mahu kemerdekaan dan pemerintah di bawa oleh orang yang anti-Inggeris. Gerakan kiri dalam PUTERA-AMCJA dianggap anti Inggeris.
Akhirnya ke semua gerakan diharamkan dan semua pemimpin ditangkap masuk ke dalam penjara! Barisan pun terpecah dan huru-hara akibat ketiadaan pemimpin.
Nak cerita lebih? Boleh google atau youtube "10 tahun sebelum merdeka"
Orang Muda wajib tahu!
AHMAD BOESTAMAM - KETUA PARTAI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)
Adakah perkara sama akan berlaku kepada DAP?
Melihat kepada taktik dan strategi ROS ini ia kelihatan berbeza cara tapi benda yang serupa.
Sebelum diharamkan mereka akan menimbulkan ketegangan dalam parti. Apabila diharamkan kelak. Mereka akan buat pula berpecah-belah sehingga lumpuh.
Ini kerja UMNO dari dahulu. Ini cara yang British ajar. GERAKAN RAKYAT MELAWAN BRITISH
DAP sendiri yang harus kuat. Bersedia segala kemungkinan. Sejarah hanya berulang-ulang. Sila ambil pengajaran.
Lagipun, orang DAP mesti tidak bodoh macam UMNO bukan? Sampai terpecah UMNO baru dan Semangat 46.
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Konon hendak menjaga hak Melayu dan menghormati kaum lain.
Konon nak wujudkan suasana keamanan.
Konon nak wujudkan suasana sihat demokrasi untuk lahirkan mahasiswa pandai dan bijak di UiTM.
Akhirnya, mamak Sahol Hamid terkangkang!
Kah Kah Kah
Ceritanya adalah apabila @Twt_UiTM dikendalikan oleh Dyana orang kanan Lim Kit Siang. Jadi, si Sahol ni berbulu, tercabar kemelayuannya bak kata AC Mizal.
Akhirnya, terkantoi! Kah Kah Kah.
Dan terkantoi nak deny pulak dekat Malaysiakini. Telur hang letak mana? Melayu itu sepatutnya berani. Kalau betul nak lawan, lawan betul-betul. Jangan baling batu sembunyi tangan bro!
Dah confirm-confirm kau tweet, kata kena hack la apa la. Podahhhh!
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Ir Dato. Dr. Sahol Hamid berkenaan dengan keadaan institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar.
Beliau merujuk kepada keadaan huru - hara yang boleh berlaku disebabkan pengaruh parti politik luar. Masih segar diingatan saya bahawa beliau mengatakan dengan adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah - belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya. Selain tu, mahasiswa akan leka dan lupa kepada matlamat asal ke menara gading iaitu belajar bagi membela nasib anak bangsa.
Namun begitu, pada 21 Oktober 2012 yang lepas, telah diadakan satu Persidangan Khas PERKASA negeri Selangor di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam.
Saya mengakui bahawa PERKASA merupakan Non - Governmental Organisation (NGO) Melayu yang menjadi kumpulan pendesak. Tetapi, jelas PERKASA sememangnya berpihak kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan bukanlah badan neutral seperti yang digembar - gemburkan.
Buat pengetahuan pembaca, saya pernah berbual beberapa kali dengan pimpinan kampus UiTM yang 'rasional'. Mereka menyatakan bahawa jika hendak di bawa badan yang tajam kepada kerajaan seperti Bar Council, SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya, pasti akan ditolak oleh pihak pentadbir. Namun, mereka akan lembut apabila sesuatu program ini hendak diadakan kerjasama dengan Pemuda UMNO, Barisan Nasional, Jaringan Melayu ataupun PERKASA.
Antara yang berucap dalam persidengan tersebut adalah Datuk Ibrahim Ali sendiri sebagai Presiden PERKASA, ucapan beliau seperti biasa berapi - api dan penuh dengan sentimen. Terdapat beberapa perkara yang saya kira sebagai unsur perkauman dan hasutan. Antaranya :
a) Kita perlu kekalkan UMNO sebagai pemerintah, tanpa UMNO punahlah masyarakat Melayu. Malaysia akan diperintah oleh cina.
b) Anwar Ibrahim adalah peliwat sejak zaman sekolah dan universiti, saya kenal siapa Anwar sebenarnya. Hanya mahkamah yang tidak dapat membuktikan perkara tersebut. Sebab itu Anwar terlepas.
c)Nik Aziz hanya bagi RM500 untuk bina jalan tar. Apa kejadah ? Nik Aziz itu 'barang' pun dah tak naik sibuk nak jadi MB Kelantan lagi.
d) Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah Kafir Harbi.
Banyak lagi sebenarnya kenyataan yang bakal merungsingkan pembaca apabila diceritakan nanti. Tapi, saya berasa gusar bagaimana NC UiTM membenarkan persidangan berunsur politik seperti ini diadakan di dalam UiTM kampus Shah Alam sedangkan ini terang - terangkan ingin menghasut masyarakat supaya berpecah - belah.
Tambahan pula, UiTM membenarkan badan yang berpihak kepada kerajaan mengadakan program. Tetapi, mengapa pula apabila SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya ingin menggunakan ruang awam UiTM mereka ditegah ? Itu saya musykil .
Sila lihat nama nombor 6. Saya tuntut Naib Canselor UiTM supaya respon.
Adakah ini tindakan terdesak UMNO dan proksinya supaya dapat berkempen ?
Adakah ini perbuatan yang bertanggungjawab dan jujur selepas beberapa kenyataan dikeluarkan?
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Puak-puak syatian yang dikenali semakin terdesak dan kini sedang mengganas, Bas Jelajah merdeka yang dinaikki oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sekali lagi sisimbah Cat merah , kali ini di melaka.
Para Syaitan inilah cuba menakut-nakutkan rakyat dan pemimpin Pakatan rakyat, pihak polis jangan pandang sebelah mata, bberlaku adilah kamu kerana kelak kamu akan disoal semasa di dalam kubur....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Tak pasti lah "tukanglawan" mana diorang dapat benda nei, pun "tukanglawan" tak tahu la pulak ini original atau pun tidak, sebab sumber ni bukan "tukanglawan" sendiri yang dapat dari mana-mana komputer orang umno.
Jadi "tukanglawan" tak boleh nak sahkan tulen ke tak, cuma kita baca dan ambil perhatian, kalau benar ini tulin, ini lah gerak kerja yang diorang akan buat.
Tapi kalau tulin pun, mungkin mereka akan ubah jugak sebab dah banyak kali terdedah, cuma apa pun usaha mereka nak tawan selangor, kita mesti gagalkan.. umno ni bahaya, habis harta rakyat kene sedut nanti.
Jom tengok apa gerak kerja diorang nak buat pulak.
Kerajaan Pakatan Selangor bagi air free, umno nak buat empangan baru, sebab lepas tu boleh naikkan harga air.. jadi sendiri pilih la... zaman umno berkuasa puluhx2 tahun pernah ke betul-betul nak jaga rakyat ..sekarang cuba berlakon baik pulak. kah..kah..kah..
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Jika diselak kembali buku teks Sejarah zaman sekolah dahulu, memang sah kita lihat Sabah itu dimerdekakan oleh pihak British pada 16 September 1963 ketika hari pengisytiharan Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah dan Sarawak membentuk sebuah koalisi.
Selepas Sejarah terbarai dengan adegan pembongkaran lagu Mamula Moon dan Bendera ciplakan dari Amerika (Jika tidak tahu, sila google). Kini, sejarah ciptaan tali barut Inggeris yang disimpan di kopek United Malays National Organisation kembali terkangkang,
Mungkin ramai tak tahu Sabah sebenarnya sudah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 !
Percaya atau tidak sejarah yang telah disimpan di kopek United Malays National Organization ini telah terbarai. Sebesar mana pun kopek Rafidah Ajis di pangkuan UMNO masih tak mampu nak menutup penipuan mereka. Kemerdekaan telah disambut meriah di dalam negeri ketika itu.
Akhbar The Sunday Times 1 September 1963 mencatatkan peristiwa tersebut. :
"On top of a hillock the new Sabah flag was flying proudly in the morning breeze in front of the District Council building.District Councillors and village elders took up position before the proclamation made in various languages."
Perut pecah pabila Unit Cawangan Khas PDRM (SB) mengumumkan kepada ruang awam bahawa Pembangkang di Malaysia ada kaitan dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang mengantui juak-juak Melayu UMNO yang totok. Apa yang menjadi persoalan apa tujuan dan asbab Pak Mongolia serta Pemuda julang keris lamb chop membenarkan SB menghebahkan hal ini kepada khayalak umum.
Juak - juak ini juga mendakwa bahawa DAP sudah diresapi agenda komunis dan PAS sudah diresapi dengan gerakan JI. Ada pula beberapa individu berfahaman komunis ini nak bertanding PRU dan mewakili Pakatan Rakyat. Wow! Rakyat sila lihat program ekonomi Pak Mongolia, banyak juga yang berbaur komunis, kenapa SB tak dedahkan? Ketawa pecah lagi apabila perkara ini boleh dikatakan cerita politik paling lawak sepanjang tahun ini. Mungkin Pak Mongolia ingat ini zaman 70an dahulu politik merupakan isu yang boleh dilabon-labon begitu saja. Mungkin juga Pak Mongolia ingat yang zaman pemerintahan beliau sama seperti zaman Son of Kutty memerintah negara ini.
Selain itu, SB juga mendakwa bahawa terdapat pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering berulang - alik ke Selantan Thailand bagi bertemu dengan bekas pemimpin parti komunis suatu ketika dahulu. Wow, hebat! Jauh betul pemikiran dan pandangan geng - geng Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim ini.
Mungkinkah ada agenda disebalik tuduhan ini ? Jika dilihat sejarah 13 Mei dahulu, juak UMNO menggunakan asbab yang sama bagi melawan pihak oposisi dengan mendakwa bahawa ideologi komunis mula meresap dalam DAP dan mereka ingin memusnahkan Ketuanan Melayu.
Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, lagi nak dekat pilihan raya. Lagi macam - macam perkara akan terjadi. Apa yang penting sekarang kita sama-sama ceritakan kebenaran pada setiap pelusuk negara ini. Supaya UMNO tumbang dan masa depan negara akan terjamin.
Pilihanraya Umum Ke 13 semakin hampir. Najib Razak semakin bercelaru apabila beliau memikirkan tentang PRU ke 13. Bukan sahaja Najib Razak, malah para pemimpin Bn juga turut merasa bahang kepanasan kekalahan Umno/Bn kepada Pakatan Rakyat. Ini disebabkan semakin ramai rakyat yang hadir ceramah-ceramah yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat mahupun Asalkan Bukan Umno (ABU) walaupun diugut oleh gangster-gangster dengan keganasan.
Isu yang Mulut Kecoh ingin bicarakan bukan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetapi isu mengapa Umno/Bn mengerah gangster-gangster mereka yang dahulunya tidor dengan nyenyak sekarang bergiat aktif semula menyerang program-program yang dianjur oleh Pakatan Rakyat dan Asalkan Bukan Umno. Tujuan sebenar gangster-gangster Umno kini bergiat aktif adalah untuk mengugut rakyat supaya tidak hadir ke program-program yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Selain media altenatif, ceramah menjadi pilihan utama Pakatan Rakyat untuk menabur idea-idea untuk PRU ke-13 dan membocorkan kejahatan Umno/bn selepas manipulasi media arus perdana. Disebabkan inilah pencacai-pencacai Umno/Bn sanggup menggunakan keganasan untuk menggangu majlis sedemikian rupa.
Ini adalah jalan terakhir Umno/Bn untuk merealisasikan impian tok kaduk mereka untuk menguasai putrajaya satu penggal lagi. Mereka berfikir(akal fikiran yang cetek) dengan menggunakan keganasan ini boleh menidakkan gelombang Pakatan Rakyat sampai kepada rakyat.
Program keganasan Umno/Bn ini bermula di Ceramah Asalkan Bukan Umno bersama Hindraf di Jalan Kebun, Klang. Semestinya anda masih ingat seorang pencacai berbadan gemuk menghalau hadirin kaum india dengan mengatakan "Dijalan Kebun tiada keling Berambus". Dalam kejadian ini, seorang aktivis Hindraf telah cedera. Mereka bukan sahaja telah menggangu majlis ini, mereka telah mencetus satu api perkauman dengan memanggil kaum india sebagai keling.
Kemudian keganasan Umno berlarutan sehingga sehingga yang terbaru ceramah Anwar Ibrahim di Johor. Ini jelas membuktikan bahawa Umno/BN tidak mempunyai idea lagi untuk meraih undi rakyat sekarang. Kejadian-kejadian tersebut telah membuktikan Umno menghalalkan keganasan untuk mencapai impin tok kadok mereka.
Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mereka takuti, Kebangkitan Mahasiswa juga Umno/Bn geruni.
Banyak negara telah membuktikan Student Power adalah satu kuasa yang cukup kuat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan. Disebabkan inilah pencacai Umno/Bn telah menyerang Roadshow Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di klang 12 Febuari lalu. Kejadian ini menyebabkan SMM dan BEBAS menanggung kerugian hampir RM1000.
Inikah kerajaan yang kita perlu pertahankan??? seharusnya tidak..sudah hampir 60 tahun mereka menipu kita, memijak kita, membuat kita bagaikan pengemis yang menagih duit kita sendiri (Duit Pembayar Cukai). Ayuh kita gulingkan kerajaan korup ini pada PRU ke 13. Biarkan Umno/Bn jatuh bersama Kroni-Kroninya ke lubang kehancuran. Ayuh kita bina kerajaan baru Pakatan Rakyat bebas dari gejala Korupsi.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Kerajaan kesayangan samseng-samseng di Malaysia kini sudah mula merompak rakyat,
Cukai GST yang sebelum ini digembar-gemburkan akan dilaksanakan SELEPAS Pilihanraya ke-13,
SUDAH PUN DILAKSANAKAN.
Tidakkah mereka sedar yang kos hidup kepada rakyat semakin meningkat?
Penulis sendiri masih tidak jelas,
Apakah faedah daripada GST ini,
Ke mana dan apa yang akan disalurkan daripada GST?
*GST adalah Goods and Services Tax, sebuah sistem cukai yang baru diperkenalkan.
Mereka ambil CUKAI kepada RAKYAT,
RAKYAT ambil CUKAI kepada UNDI Barisan Nasional!
-AAAA
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Benarlah seperti kata pengerusi SMM (Solidiriti Mahasiswa Malaysia ) Ahmad Syukri Abdul Razak "Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku,Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik"
Kata beliau lagi sambil menambah,"mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri."
Dan kerana kerakusan dan bongkaknya umnoapco, akhirnya lahir seorang wira mahasiswa yang bernama Adam Adli, fanomena Adam Adli kini meniti dari mulut ke mulut, Adam Adli kini dikenali walau di kedai kopi pelusuk kampung sekali pun.
Dan keluarga Adam Adli seharusnya perlu berbangga dengan Adam Adli, seorang pejuang yang sanggup berjuang walau apa pun risikonya.
Benarkah Adam Adli Seorang wira,? sudah tentu Adam Adli adalah seorang wira, dan ramai lagi mahasiswa yang sudah tentunya mahu berjuang untuk rakan - rakan seperti Adam Adli. buktinya ada dibawah.
Page tersebut ( sila klik disini ) baru sahaja dibuka, namun telah pun disukai oleh ramai orang terutama dari golongan Mahasiswa sendiri, berbanding dengan satu lagi page yang mendesak Adam Adli meminta maaf, sambutan yang diberikan sangat dingin.
Maka umnoapco harus sedar, bahkan mahasiswa sendiri dilihat sudah menolak kerajaan sedia ada yang mengikat mahasiswa dengan AUKU nya. jadi apakah tindakan kerajaan sedia ada?
Jawapannya mudah. berundurlah umnoapco dengan terhormat, Mahasiswa bukan mudah diperbodohkan. kerana akan ramai mahasiswa seperti Adam Adli akan lahir.
Persidangan Wanita Umno sekali lagi mencoretkan satu kelucuan apabila Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengalihkan isu skandal lembu NFC dengan mencabar Wanita Keadilan memaksa Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk meletakkan jawatan atas skandal fitnah yang melibatkan suaminya, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin Keadilan kerana memainkan skandal lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan skandal lembu itu, dan tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli.
Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita Umno di sini hari ini. Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.
Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”
“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan" kata Shahrizat Jalil sambil disokong oleh gerombolan makcik-makcik Wanita Umno.
Persoalannya, sebagai Ahli Parlimen yang dilantik, Zuraidah Kamaruddin mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan skandal lembu berkaitan wang rakyat, dan sebagai Menteri Senator yang dilantik dari ehsan Umno, beliau harus menjawab tuduhan itu berdasarkan fakta dan bukannya emosi.
Tindakan Shahrizat untuk mengalihkan skandal lembu itu kepada hal yang tidak berkaitan, khabarnya membuatkan pimpinan tertinggi Umno semakin berang dan tidak senang duduk. Ini adalah kerana buat kali pertama dalam sejarah Perhimpunan Agung Wanita Umno, persidangan itu terpaksa dibuka dengan mempertahankan diri dari skandal lembu dan penyelewengan.
Yang pasti, jawapan Shahrizat ini tidak menyelesaikan masalah yang berbangkit malah mengeruhkan lagi keadaan dan menyukarkan Wanita Umno untuk berdepan dengan rakyat terutama wanita menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Hal ini pastilah menambah kerunsingan Najib Razak untuk mengatur strategi baru memandangkan sayap Wanitanya sedang bercelaru.
Serentak dengan itu, hari ini 30 November 2011 bersamaan hari Rabu, Yb Zuraidah kamaruddin, Yb Saifuddin Nasution dan Sdr Rafizi Ramli akan menjawab serangan Umno dalam isu NFC ini serta mendedahkan beberapa bukti baru skandal lembu di peringkat tertinggi NFC. Sidang media ini akan diadakan di lobi Parlimen Malaysia pada jam 4.00 petang.
Peniaga digantung tapak jualan mereka atas alasan tidak menghadiri program menteri?Apakah ini yang melaungkan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan"?Atau hanya sekadar laungan RETORIK melepaskan BATUK DI TANGGA?
Hebat sungguh Kerajaan BARISAN NASIONAL yang diterajui UMNO ini.
Janganlah kerana TERDESAK untuk meramaikan majlis yang tentunya tidak berfaedah itu harus MENGARAHKAN rakyat untuk hadir.Sudah macam pelajar sekolah pula dipaksa menghadiri program.
".....daripada aku hadir majlis menteri UMNO,lebih baik aku berniaga"
UMNO SEKAT HUDUD.Dengan alasan HUDUD adalah TIDAK SESUAI dengan REALITI?Kerana Malaysia merupakan NEGARA MAJMUK?Jika untuk melaksanakan hukum ISLAM,tidak sesuai untuk NEGARA MAJMUK,adakah patut mereka mengamalkan KETUANAN MELAYU didalam MALAYSIA yang berbilang kaum ini?Sudah tentu tidak.
UMNO sepatutnya MALU dengan status MELAYU-ISLAM mereka kerana secara kasarnya mereka hanyalah MELAYU.Mengamalkan ISLAM terbatas dengan budaya-budaya MELAYU.Seharusnya mereka MALU dengan kaum CINA yang MENYOKONG PAS.Menyokong HUDUD.
PAS GANTI UMNO,itulah yang dapat dibaca pada paparan diatas.Sebelum ini kecoh apabila ada orang PAS memegang bendera DAP.Tidak mahukah mereka beritahu DAP juga melaungkan PAS GANTI UMNO?
Warga internet Cina tampil membela PAS Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam. Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela.
MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim. Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak. - Lim Hong Siang Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS! Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah! XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!
Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa! XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!
XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan! Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita! Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim! Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO! Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka! XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh! Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau dengar PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau? MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh?
Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia! Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau! XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh! Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?
PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan? Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!
Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu. Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada? Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini.
Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri! Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini, barulah nasib orang Cina di tanahair ini dapat diperbaiki. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!
*XXX di atas adalah kata kesat. **Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Sumber: Merdeka Review
Bukan ISLAM semakin mengenali apa itu ISLAM,apa KEINDAHAN ISLAM,suatu KEGAGALAN buat UMNO untuk menyebarkan SYIAR ISLAM kepada rakan-rakan komponen didalam BARISAN NASIONAL.
Apa kebaikan PAKATAN RAKYAT?Masih ramai yang tidak tahu kerana sering dikelirukan oleh UMNO dan BN dengan isu-isu yang TIDAK RELEVAN dengan kehidupan seharian RAKYAT MALAYSIA.
Sampai bila UMNO dan BN akan terus berada didalam PENAFIAN?Adakah mereka tidak sedar lagi?UMNO kini dilihat semakin meniru aktiviti ala-Pembangkang.Dah kemaruk untuk menjadi pembangkangkah UMNO dan BN?
Fokus pada isu UTAMA iaitu KEBAIKAN untuk RAKYAT yang semakin dihimpit masalah kewangan.Dengan defisit hutang Malaysia yang semakin meningkat daripada tahun ke tahun.Anak yang baru lahir di Malaysia terpaksa dibebani dengan hutang negara?
Kita tidak nampak daripada HUTANG yang harus kita bayar,tetapi secara halus,RAKYAT dibebani dengan CUKAI yang tersembunyi,dan pelbagai bentuk cukai yang kita tidak sedari.
PETALING JAYA: Hasrat Bank Negara Malaysia untuk menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan membawa kesan negatif kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka.
“Contohnya, kenaikan sebanyak 25 mata asas (25 basis point) akan meningkatkan beban bayaran bulanan pinjaman rumah yang ditanggung oleh golongan muda.
“Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta,” kata Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media semalam.
Beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah sejumlah RM280,000 (iaitu kos rumah sederhana di bandar dan separa bandar), kenaikan 25 mata asas kadar pinjaman akan meningkatkan bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan.
“Peningkatan ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya jumlah hutang adalah lebih tinggi,” terangnya.
Katanya, kesan berganda daripada peningkatan ini akan dirasa apabila dicampur dengan kenaikan hampir sekali ganda bil elektrik bagi isi rumah yang bilnya melebihi RM77 sebulan, kenaikan harga minyak, kenaikan makanan, kos persekolahan anak-anak dan sebagainya.
“Kenaikan ini sudah memuncak ke peringkat yang benar-benar membebankan golongan muda, apatah lagi bila mana gaji tidak meningkat selaras dengan kenaikan harga barang,” jelas beliau.
Rafizi berkata, walaupun tindakan konvensional mana-mana bank pusat dalam keadaan ini adalah menaikkan kadar pinjaman, sewajarnya pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat.
Bagaimanapun beliau menyambut baik kenyataan terbuka Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa masalah inflasi di
Malaysia perlu diberi perhatian serius seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada 25 Julai lalu.
“Kenyataan beliau yang berterus terang mengenai masalah kenaikan harga barang yang ditanggung oleh rakyat itu sangat berbeza dengan dolak dalih pimpinan BN yang sehingga kini tidak mahu menerima kenyataan bahawa kenaikan harga barang yang mendadak adalah satu masalah serius di negara ini,” katanya.
Adakah PEMIMPIN UMNO ingin manafikan bahawa BEBAN rakyat semakin meningkat?Apakah USAHA mereka untuk meringankan BEBAN RAKYAT?Sebaliknya hanya menghentam PAKATAN RAKYAT atas USAHA yang mereka ingin lakukan untuk KEBAJIKAN rakyat?
Rakyat perlu sedar.Adakah BEBAN HIDUP ini hanya tertumpu pada penyokong PAKATAN RAKYAT sahaja?Sudah tentu tidak.Penyokong BARISAN NASIONAL juga terpaksa membayar dengan harga yang sama.Adakah mereka tidak sedar?Atau menutup mata semata-mata KETAKSUBAN mereka untuk UMNO dan BN?Buka mata dan lihatlah REALITI.
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.-Membuktikan bahawa PAKATAN RAKYAT sememangnya LEBIH TELUS dan EFISYEN dalam memperjuangkan KEBAJIKAN RAKYAT.
“Contohnya, SELANGOR (dibawah PR) sendiri mencatatkan pendapatan lebih 30 peratus buat ekonomi keseluruhan negara. Malah, Ketua Audit Negara MEMUJI tadbir urus dan tata kelola negeri-negeri yang ditadbir PAKATAN RAKYAT.
Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan DFI di Malaysia menjunam 81% tahun lalu, tertinggal di belakang negara-negara jiran seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.
KERAJAAN UMNO-BN telah menggariskan pelbagai dasar baru dari pertengahan 2009 termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pelan TRANSFORMASI Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.
Cuba BANDINGKAN dengan tiga buah negeri yang diperintah oleh PAKATAN RAKYAT – Selangor, Kedah dan Pulau Pinang – mencatatkan FDI tertinggi di antara Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion setiap negeri.
"PAKATAN RAKYATterbukti lebih MEMBELA RAKYAT daripada BARISAN NASIONAL"