Kita seringkali melihat media melaporkan bantuan atau pembangunan yang dikeluarkan kerajaan digambarkan seolah-olah ianya harta kerajaan atau milik orang politik yang terbabit.Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati memberi sumbangan atau bantuan’.
Rakyat dianggap seperti golongan peminta sedekah. Manakan tidak, cara pemimpin UMNO/BN memberi sumbangan seperti mengeluarkan duit sendiri lalu beri kepada peminta sedekah. Adakah perbuatan ini patut berlaku. Saya rasa ini tidak patut berlaku kerana rakyat, mereka mendapat kerja. Kerana rakyat lah , mereka dapat porpulariti dan disebabkan rakyat mereka dapat hidup mewah. Tetapi mereka membuat rakyat seperti peminta sedekah. Cukup MEMALUKAN.
Begitu juga apabila kerajaan terlibat dalam penyelewengan atau kerugian. Rakyat yang tidak faham dengan istilah DUIT PEMBAYAR CUKAI akan hanya bergoyang kaki sambil minum kopi seperti tiada apa yang berlaku. Sedangkan mereka lupa tentang wang tersebut adalah wang mereka.
Sedar atau tidak, kita sebagai rakyat Malaysia telah membayar perbagai cukai termasuklah cukai pintu , cukai jalan dan lain2. Sebagai contoh jika kita membeli makanan di sebuah restoran makanan segera seperti KFC or McDonald, pastinya anda akan lihat pembayaran cukai sebanyak 5% didalam resit. Sewajibnya anda sebagai rakyat perlu tahu yang anda telah membayar cukai setiap hari kepada kerajaan.Maka secara automatik anda telah berhak mendapat wang tersebut. Ini juga membawa maksud wang kerajaan adalah wang rakyat sepenuhnya.
Jika di negara maju, mereka menggunakan istilah ‘taxpayers money’, atau ‘taxpayers fund’ atau ‘taxpayers dollar’ sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.
Sepatutnya kerajaan perlu menggunakan istilah wang pembayar cukai ketika mereka menggunakan duit dari hasil kutipan cukai itu. Kerajaan perlu menggunakan wang ini sebaik mungkin. jika mereka menyeleweng duit pembayar cukai, kita sebagai rakyat harus bangkit melawan rejim.Tetapi adakah kerajaan berani untuk menggunakan istilah ini???
INI HARUS JELAS
Kolumnis: Mulut Kecoh
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.