Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.

| comments (18)


Lihatlah wahai rakyat semua, inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda beri kepada mereka. mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.


Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

Sila saksikan video dibawah



Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah

‎ Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"

‎ Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"

Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"

Minit 2:33 -  ‎"masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"

Minit 2:40 ‎"saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

‎Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.
"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"

Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.

sumber info klik sini
Tangisan penduduk klik sini
Kisah Rimba Jaya klik sini
Share this article :

+ comments + 18 comments

Tanpa Nama
3 Ogos 2012 pada 3:05 PTG

tunggulah masa umno kita jadikan sampah..

Tanpa Nama
13 Ogos 2012 pada 1:41 PG

semoga tuhan melaknat pemimpin UMNO yg korup

Tanpa Nama
17 Ogos 2012 pada 9:12 PTG

segala yg dilakukan ttg keburukkan pasti dibalas oleh allah atas berkat doa rkyt...insallah

25 Ogos 2012 pada 2:23 PG

tul2 HARAM JADAH punya gomen!!?

30 Ogos 2012 pada 10:11 PTG

Undi apa saja "ASAL BUKAN UMNO ( ABU ) www.nasharrawy.blogspot.com

30 Ogos 2012 pada 10:12 PTG

Unid pa saja ASAL BUKAN UMNO ( ABU )www.nasharrawy.blogspot.com

Tanpa Nama
2 Oktober 2012 pada 1:01 PTG

kelakarnya tengok korang kutok2 umno...
i pilih umno, kerja kerajaan dalam masa usia 21 sebagai pegawai, ketawa terkekeh2 je tengok korang yang pembangkang kerja cikai2 ngutok kerajaan... selalunya yang ngutok kerajaan ni yang tak dapat sesen dari kerajaan. maka nya kalo kecik2 dulu belajar biar pandai deh, jangan asyik romen anak orang. kasihan dehhh loh!

Tanpa Nama
2 Oktober 2012 pada 1:01 PTG

kalau berani masukkanlah komen i ni :)

Tanpa Nama
4 Oktober 2012 pada 12:19 PTG

@Tanpa Nama

ni la org bodoh sombong bercakap.. berlagak dgn rezeki ALLAH bagi... tak kene batang hidung sendiri takpa la... kene batang hidung sendiri tau la.

puyu
4 Oktober 2012 pada 5:35 PTG

itu bukan wakil rakyat namanya,wakil keparat

Tanpa Nama
4 Oktober 2012 pada 7:34 PTG

i pilih umno, kerja kerajaan dalam masa usia 21 sebagai pegawai, ketawa terkekeh2 je -

ape heran? ramai graduates kat Malaysia ni jadi pegawai tp takde la perasan mcm kau. tunggu la 'masa' kau akan tiba.

Tanpa Nama
9 Oktober 2012 pada 8:54 PG

biarkan si luncai dengan labu-labunya

Tanpa Nama
24 Oktober 2012 pada 9:35 PTG

Kalau setakat pegawai cap ayam x yah nk berlagak lh..

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 pada 10:24 PTG

Malaysia akan jadi tpt lindungi warga asing pada 2020..dn rakyat mlysia akan jadi anak tiri..dgn kos yg semakin meningkat..apa kerajaan buat? Cukup ka br1m utk 55thun? Sndri fkr la ye.

Tanpa Nama
14 November 2012 pada 10:21 PTG

A'uzubillahiminal'UMNOnirajim.(UMNO ganti tempat syaitan).Sesungguhnya betullah kata Tun.Dr.Mahathir(tak nak ulas. sendiri boleh faham).Apapun kita tak menafikan jasa2 pemimpin2 UMNO dulu yg banyak membantu rakyat.tapi bukan semestinya kita membalasnya kpd pemimpin2 UMNO yg korup spt yg ada skrg.Dan terus menyokongnya hingga KIAMAT. FIKIRKANLAH

Tanpa Nama
10 Disember 2012 pada 10:04 PTG

umno bn haram jadah bolih mampos ,tanam pada PRU13 nanti . Pakatan rakyat menang rakyat gemilang dan terbilang.

Tanpa Nama
12 Disember 2012 pada 9:35 PTG

umno asyik dok guna duit rakyat untuk kepentingan sendiri sedangkan rakyat susah payah nak cari makan kan bagus sekiranya pemimpin umno peruntukkan untuk pendidikan . ingat kat akhirat nanti tuhan akan soal apa yg mereka lakukan dgn wang rakyat , time tu barulah tersedar . fikir- fikirkanlah!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama
8 Mac 2013 pada 1:03 PG

Takbiirr...!! Bnumno hncr dlm pru13

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit