Memaparkan catatan dengan label umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno. Papar semua catatan

MUNGKIN SEJARAH PKMM AKAN BERULANG PADA DAP?

| comments

Kit Siang mengeluar kenyataan bahawa DAP mungkin akan diharamkan ROS apabila pendaftarannya akan dibatalkan menjelang hari raya ini.

Selain itu, terdapat beberapa konflik dalam parti apabila ada yang dituduh ingin menubuhkan parti baru selepas terbatalnya pendaftran DAP kelak.

Sabar!

Jangan lupa sejarah....

Dahulu gerakan rakyat seperti PKMM, API, AWAS, PKM dll begitu aktif dalam usaha menyemarakkan kemerdekaan dalam tanah air.

Kelahiran UMNO sendiri lambat dan itu pun hanya kerana ingin melawan Malayan Union. Bukan untuk menuntut kemerdekaan. Sedangkan pengasas UMNO Dato Onn sendiri berkata :

"Orang Melayu buat jarum sebatang pun tak pandai ada hati nak merdeka"

Ini hakikat jelas.

Kermerdekaan juga tidak disenangi oleh Sultan Ibrahim di negeri Johor kerana mengganggu "kegiatannya".

Umno dilihat sangat Pro-British.

Tetapi, apabila PBB menggesa penjajah melepaskan tanah kolonial. Inggeris dan Umno mula mengatur langkah. Mereka secara TIBA-TIBA menggagaskan idea kemerdekaan kepada rakyat.

Umno yang memang Pro - British yang mempunyai kepakaran "hijacking" terus mengatur perancangan dan strategi.

Ceritanya adalah British tidak mahu kemerdekaan dan pemerintah di bawa oleh orang yang anti-Inggeris. Gerakan kiri dalam PUTERA-AMCJA dianggap anti Inggeris.

Akhirnya ke semua gerakan diharamkan dan semua pemimpin ditangkap masuk ke dalam penjara! Barisan pun terpecah dan huru-hara akibat ketiadaan pemimpin.

Nak cerita lebih? Boleh google atau youtube "10 tahun sebelum merdeka"
Orang Muda wajib tahu!




AHMAD BOESTAMAM - KETUA PARTAI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)

Adakah perkara sama akan berlaku kepada DAP?

Melihat kepada taktik dan strategi ROS ini ia kelihatan berbeza cara tapi benda yang serupa.

Sebelum diharamkan mereka akan menimbulkan ketegangan dalam parti. Apabila diharamkan kelak. Mereka akan buat pula berpecah-belah sehingga lumpuh.

Ini kerja UMNO dari dahulu. Ini cara yang British ajar.



GERAKAN RAKYAT MELAWAN BRITISH

DAP sendiri yang harus kuat. Bersedia segala kemungkinan. Sejarah hanya berulang-ulang. Sila ambil pengajaran.

Lagipun, orang DAP mesti tidak bodoh macam UMNO bukan? Sampai terpecah UMNO baru dan Semangat 46.

DAP harus kuat. Cuma persoalannya adakah mungkin sejarah perjuangan PKMM, PKM  dan seluruh gerakan kemerdekaan rakyat akan berulang kepada DAP?




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

NAIB CANSELOR UiTM KUTUK CINA? RASIS?

| comments

Konon hendak menjaga hak Melayu dan menghormati kaum lain.
Konon nak wujudkan suasana keamanan.
Konon nak wujudkan suasana sihat demokrasi untuk lahirkan mahasiswa pandai dan bijak di UiTM.

Akhirnya, mamak Sahol Hamid terkangkang!

Kah Kah Kah






Ceritanya adalah apabila @Twt_UiTM dikendalikan oleh Dyana orang kanan Lim Kit Siang. Jadi, si Sahol ni berbulu, tercabar kemelayuannya bak kata AC Mizal.

Akhirnya, terkantoi! Kah Kah Kah.

Dan terkantoi nak deny pulak dekat Malaysiakini. Telur hang letak mana? Melayu itu sepatutnya berani. Kalau betul nak lawan, lawan betul-betul. Jangan baling batu sembunyi tangan bro!

Dah confirm-confirm kau tweet, kata kena hack la apa la. Podahhhh!

Mahasiswa UiTM jangan tidur lagi. Bangkit!







Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pencacai umno pun dah yakin sangat PR ambil alih kerajaan,

| comments


Lama sangat tukanglawan tak update blog,dah nak dekat PRU ni, tukanglawan Insyallah akan aktif balik blogging,

Bukan apa, semua dah sedia nampaknya untuk tukar kerajaan baru, umno dah lama sangat, dah terlalu teruk dan busuk.

Kebelakang ni kecoh pasal video bangkang dari longkang, video lawak bodoh tak berapa jadi yang kononnya nak perli pakatan rakyat, tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan pelawak-pelawak yang tak peka pada perkembangan semasa.

Tapi kita kene fikir positive, contohnya video bawah nei




Tak sedarkah kita, walaupun video tu cuba memperlekeh pakatan rakyat, tapi pencacai umno yang berlakon dan buat skrip tu pun dah mula yakin PR akan ambil alih kuasa. kah..kah..kah.

Diorang cuba perlekeh pakatan rakyat, tapi dalam masa sama mereka dah akui umno akan kalah.

Percaya tak korang kalau umno ni rebah, umno tak akan bangkit semula, bukan sebab nama parti tu umno, tapi sebab orang dalam umno tu sendiri dah tak mampu berpolitik, bila orang ajak debat pasal dasar diorang ajak tabur fitnah.

Sebab itu lah diorang ni makin dibenci.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Isu Pembohongan TV3, Azmin Ali Bersuara, Zahid hamidi Macam Mana Pula?

| comments

Nampaknya Timbalan presiden PKR sudah bersuara mengecam tindakkan jahat TV3 yang disifatkan sebagai memfitnah penunggang motosikal berkuasa besar dengan tujuan propaganda menghalalkan AES. dan sehingga saat ini nampaknya pihak terlibat masih tidak mohon maaf kepada kebanyakkan penunggang motosikal berkuasa besar yang "sangat" terasa dengan apa yang dipaparkan TV3 itu.

 Melalui laman facebooknya, Azmin Ali mengecam TV3 .



Tapi bagaimana pula dengan zahid hamidi?, menteri yang sangat obses dengan motosikal berkuasa tinggi, apakah diamnya zahid hamidi sebagai bersetuju dia juga "pelesit" jalanan atau zahid hamidi diam sebagai merelakan propaganda murahan TV3 yang memperguna penunggang motosikal kuasa tinggi semata-mata kerana mahu "menghalalkan" AES?.





Zahid bukan main beriaya bila mempergunakan penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam program angkat imej pemerintah. tapi bila penunggang motosikal kuasa tinggi difitnah, zahid hamidi ini diam bisu.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ahli Parlimen Umno Keluar Parti Tak Puas Hati Pentadbiran najib

| comments




Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.



Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti umno itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.-jalan pulang


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Megat Zulkarnain ketua Samseng umno Bawa Orang Luar Timbulkan Kekacauaan?

| comments (1)


Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.


“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.


“Padahal kami sekian lama menanti kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Epic Fail, Bagaimana umno Mahu Martabatkan Bahasa .

| comments


Bagaimana umno mahu martabatkan bahasa, jika mereka sendiri menggunakan bahasa bukan melayu untuk nama parti kononnya melayu mereka?.


Umno yang "kononnya" satu-satu parti politik yang mampu memartabatkan bangsa melayu sendiri tidak menggunakan bahasa melayu untuk nama parti mereka, mengapa umno menggunakan nama umno yang membawa maksud "united malay national organisation" ?, mengapa umno tidak menggunakan nama "PEKEMBAR" yang dalam bahasa melayu berbunyi pertubuhan kebangsaaan melayu bersatu ? 

Jawapanya mudah, umno ini anak waris penjajah british, itu pasallah nama pun menggunakan bahasa inggeris.

Kelirunya umno pada nama parti sendiri jelas terlihat sebenarnya, sebab itu umno ini sejak kebelakangan ini dilihat sangat keliru, mereka berjuang kononnya untuk bangsa melayu, padahal dalam umno pun ramai yang bukan melayu, 

Malah lebih teruk celarunya umno ini sehingga banner untuk himpunan agung mereka pun mereka salah tulis, sepatutnya perkataan umno yang ditulis telah ditulis sebagai unno, apa punya teruk parti ini, benda paling basic pun boleh tersilap.

Atau mereka sebenarnya memang berniat mahu tukar nama, apakah parti "unnu" itu membawa maksud "united najib nasional organization" kah..kah..kah... nama parti pun salah eja, umno memang celaru.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video dan Gambar Kekacauaan umno Di Gombak Malam Tadi.

| comments

Malam tadi umno merusuh di gombak, mereka terlompat-lompat dan terjerit-jerit hilang akal, malah bertindak ganas terhadap hadirin yangd atang mahu mendengar ceramah dalam program jelajah merdeka rakyat.


Inilah hasil didikan umno, sekarang jelas umno mampu mengugat keamanan dengan berperangai hodoh dan buruk seperti itu.


Tapi ini tidaklah menghairankan, perangai buruk pengganas-pengganas umno ini bukan baru, ia sudah berlaku lama, malah lebih memalukan kerana golongan umno inilah yang mengaku "hanya mereka mampu mengekalkan keamanan"

Masihkah kita mahu tertipu lagi dengan parti umno yang sudah berkuasa lebih 55 tahun ini?, tidak tahukah kita umno ini sudah terlalu lama memerintah sehinggakan mereka sudah naik gila?.

Tapi apa sebenarnya sebab mereka bertindak ganas seperti ini, umno sebenarnya sedang menanggung azab maut, nyawa umno sudah dihujung, maka sebab itu lah mereka sudah jadi gila. sudah hilang akal untuk berpolitik secara terhormat.

Dalam kejadian malam tadi, senjata tajam digunakan untuk menikam seorang pengunjung ceramah ( senjata yang digunakan mungkin keris kontot pujaan umno ) pengunjung itu mengalami luka yang agak dalam dan teruk di bahagian bahu. selain itu seorang tua cedera kerana dibaling objek keras dipercayai batu.

Mereka mahu menimbulkan keadaan huru hara, mereka cuma mahu menakut-nakutkan kita.. persoalannya apakah kita ini takut dengan budak-budak mentah yang bolehlah dianggap seperti kawanan kera itu?, apakah mereka hanya akan sedar bila buku bertemu ruas?. tahap kesabaran ada hadnya, mereka sedang bermain api dan meminta kita mencurahkan minyak ke atas badan mereka.

Hentikan politik kebudak-budakkan ini, nah, jika benar umno itu parti yang baik, kemukakan hujah kamu untuk membantu rakyat, bukan menakut-nakutkan rakyat.

Terima kasih umno, kamu sedang bunuh diri sendiri.

















Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bukti Jelas umno Tidak Ganas.. Kah..kah..kah..

| comments


Punyalah dasyat umno nei, mereka mengaku hanya umno boleh jaga keamanan, mereka juga mendabit dada kononnya merekalah yang boleh menjamin supaya orang melayu tidak berpecah.

Kah..kah..kah, hanya orang yang bodoh sahaja boleh percaya, bukankah umno dari sulu suka mengganas, bukankah mereka dan penyokong-penyokong mereka yang sering timbulkan huru hara, ganggu majlis orang, malah baling batu dari tingkat atas rumah flat sehingga mencederakan seorang tua?.

Perpaduaan itulah yang dibawa umno, keamanan rupa itulah yang digambarkan umno.

Ingat lagi tak kisah samseng jalan kebun yang buat porak peranda di jalan kebun kelang tak lama dulu, orang yang sama berlagak gangster berlesen merobohkan malah menimbulkan kekacauan terhhadap mahasiswa di dataran merdeka tak lama dulu.

Orang-orang berotak lembu beginilah yang digunakan oleh umno untuk menakut-nakutkan rakyat, sekalung tahniah kepada pemimpin umno yang begitu bodoh, tindakkan itu hanya menimbulkan kebencian, ingatlah rakyat ini bijak, mereka tidak takut pada ugutan dan provokasi umno.

Nah sekali lagi, dari siang tadi "tukanglawan" diingatkan bahawa sekumpulan penyangak RM30 akan membuat onar, dan nampaknya kekacauaan dan ganggu telah mereka mulakan.

umno sedang nazak, mereka sanggup lakukan apa saja untuk terus hidup.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kalau Benar Najib Bukan Wanita, Sila Jawab Soalan ini

| comments


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon mendesak Datuk Seri Najib Razak segera menjawab 10 soalan penting sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ia berikutan Perdana Menteri (PM) terpalit skandal yang paling banyak dalam sejarah negara dan ekoran itu beliau perlu tampil bersihkan namanya.

AMK berpendapat, Perhimpunan Agung Umno gagal mengemukakan pandangan dan halatuju negara dalam  mencapai  perubahan kepada  rakyat.

“Najib langsung tidak sentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam Umno, tetapi  memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat.

“Perbuatan Najib menunjukkan Umno telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU 13,” katanya.

Khai Loon berkata, jika PM ikhlas untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh Umno BN, beliau perlu jawab semua soalan berikut agar rakyat dapat menilai.

Soalan 1: Sekiranya PM menyatakan Malaysia sebuah negara paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?

Soalan 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah PM menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh Umno BN dalam  PRU 13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?

Soalan 3: Jikalau PM ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama merangkap Menteri Wanita? Adakah Umno BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredibel?


Soalan 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan Umno BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang  perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah Perancis?


Soalan 5: Apakah pandangan PM terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan Umno BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan?

Soalan 6: Kenapa PM masih membisu terhadap pelbagai dakwaan serius oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan berjumlah RM100 juta pada  tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan Umno BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?

Soalan 7: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein campur tangan dalam pentadbiran PDRM. Bagaimanakah PM menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh Umno BN?

Soalan 8: Kenapa kerajaan Umno BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung?

Soalan 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah PM lebih suka membuat ‘public relation exercise’ tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang?

Soalan 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat di bawah kuasa PM, adakah Najib akan mencontohi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada Mac 2013? Kenapa Najib masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh lebih awal?

Justeru, AMK desak Najib menjawab semua 10 soalan tersebut dengan ikhlas.

“Jangan lari daripada permintaan rakyat serta jalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta laksanakan urus tadbir secara telus dan baik sebelum PRU 13,” kata Khai Loon.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib PM Yang Takut Pada mahathir

| comments


Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.


“Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas.


“Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13.

“Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Sebab itu saya fikir Najib rasa kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat,” kata Anwar.

Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana ‘sukarela’ berkempen untuk Umno.

Ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Amaran Kerajaan Malaysia, Guru Hanya Boleh Aktif Bersama umno.

| comments


Semua guru sekolah di negara ini hanya boleh bergiat aktif dalam parti umno sahaja, ini bermakna mereka haruslah sedia menjadi robot yang akan patut pada arahan, dan sanggup jadi bodoh kerana umno, 

Kalau kerajaan yang dipimpin oleh umno buat benda tak betul, mereka sebagai kakitangan kerajaan pun kene sokong umno jugak, nak sokong parti lain selain umno tak boleh walaupun parti lain lebih baik pentadbirannya berbanding umno.

Portal Malaysiakini mendedahkan berita mengenai nasib seorang guru yang  dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat beberapa hari lepas. ( baca sini )


Laporan berita itu juga mendakwa selepas insiden pemecatan tersebut, guru itu mendakwa telah menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Rupanya umno nak tutup kes ini, dia mintak guru terbabit jadi orang umno, dan kemudian ganjarannya apa?... apakah guru ini diberi balik kerja sebagai guru hanya selepas bersetuju jadi ahli umno?... 

Rupanya umnolah penentu hidup mati orang lain, sesuka hati boleh buang kerja dan sesuka hati boleh ambik balik asalkan mahu sokong umno... atau ini menunjukkan betapa jahatnya umno yang konon jaga sangat orang melayu ( orang melayu ialah orang yang paling mudah ditipu oleh umno ) .. hanya kerana hadir ke ceramah guru berbangsa melayu ini dibuang kerja. apakah itu adil?

Bodohnya lah kita bila membenarkan kata-kata pembodohan pemimpin umno yang juga kini senator itu.. guru tidak selayakknya dikongkong, guru yang akan mendidik seharusnya bebas mahu menyokong siapa pun, bagaimana mahu melahirkan pelajar yang bijak jika guru sipaksa jadi robot yang hanya tahu menyokong 1 parti?

Sikap beginilah yang membuatkan ramai guru dan kakitangan kerajaan muak dengan umno.. nah kini masa untuk sama-sama kuburkan umno.. ini kali la..


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lagu Warisan, Momokan Umno Untuk Kayakan Pemimpin

| comments

Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!


“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?


“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor semalam..

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Semoga Umno Tabah Hadapi Ini.

| comments


Tak gunalah nak tipu sana sini konon punya la ramai yang masih sokong umno.

Kalau dalam media milik umno atau sekutu umno, bukan main lagi canang kononnya rakyat yakini umno, kononnya dengan mudah umno boleh rampas kembali majoriti 2/3 yang dah ranap tu.

Umno sepatutnya berusaha kembalikan keyakinan rakyat, bukan memperbodohkan rakyat, masalahnya rakyat tidak lah bodoh, malah yang bodoh sebenarnya pemimpin umno itu sendiri.

Mengapa begitu, kerana hasil bancian demi bancian jelas menunjukkan umno sudah tidak lagi jadi pilihan, itu pun masih lagi pemimpin umno tipu diri sendiri dengan mengatakan mereka disokong ramai.

Kalau benar umno jadi pilihan, kalau benar umno disokong ramai, mengapa bancian akhbar sinar harian versi online menyatakan sebaliknya... sila lihat dibawah...




Maka rakyat sudah bersuara, umno harus tabah terima keputusan ini,  jelas umno sudah tidak lagi diyakini.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Naib Ketua Wanita umno Dan suami Sertai PKR

| comments

Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan  itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.

"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna,
" katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.

Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.

"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.

"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan  jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna  mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.

Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.

"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.

"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung,
" katanya yang telah meletak  jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.

AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.

"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.

"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis,
" katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.

"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit