Malam tadi umno merusuh di gombak, mereka terlompat-lompat dan terjerit-jerit hilang akal, malah bertindak ganas terhadap hadirin yangd atang mahu mendengar ceramah dalam program jelajah merdeka rakyat.
Inilah hasil didikan umno, sekarang jelas umno mampu mengugat keamanan dengan berperangai hodoh dan buruk seperti itu.
Tapi ini tidaklah menghairankan, perangai buruk pengganas-pengganas umno ini bukan baru, ia sudah berlaku lama, malah lebih memalukan kerana golongan umno inilah yang mengaku "hanya mereka mampu mengekalkan keamanan"
Masihkah kita mahu tertipu lagi dengan parti umno yang sudah berkuasa lebih 55 tahun ini?, tidak tahukah kita umno ini sudah terlalu lama memerintah sehinggakan mereka sudah naik gila?.
Tapi apa sebenarnya sebab mereka bertindak ganas seperti ini, umno sebenarnya sedang menanggung azab maut, nyawa umno sudah dihujung, maka sebab itu lah mereka sudah jadi gila. sudah hilang akal untuk berpolitik secara terhormat.
Dalam kejadian malam tadi, senjata tajam digunakan untuk menikam seorang pengunjung ceramah ( senjata yang digunakan mungkin keris kontot pujaan umno ) pengunjung itu mengalami luka yang agak dalam dan teruk di bahagian bahu. selain itu seorang tua cedera kerana dibaling objek keras dipercayai batu.
Mereka mahu menimbulkan keadaan huru hara, mereka cuma mahu menakut-nakutkan kita.. persoalannya apakah kita ini takut dengan budak-budak mentah yang bolehlah dianggap seperti kawanan kera itu?, apakah mereka hanya akan sedar bila buku bertemu ruas?. tahap kesabaran ada hadnya, mereka sedang bermain api dan meminta kita mencurahkan minyak ke atas badan mereka.
Hentikan politik kebudak-budakkan ini, nah, jika benar umno itu parti yang baik, kemukakan hujah kamu untuk membantu rakyat, bukan menakut-nakutkan rakyat.
Terima kasih umno, kamu sedang bunuh diri sendiri.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.