Assalamualaikum.
Kasihan tengok UMNO di usia-usia senja ini,semakin nyanyuk, semakin pening kepala.Tidak kurang juga daripada kalangan ahli-ahli mereka sendiri yang tunggang-langgang.
Situasi yang diperlihatkan adalah, beberapa kumpulan UMNO di alam maya ini berpecah dan bergaduh sesama sendiri.Penyakit 'gila kuasa' yang sememangnya sudah lama membarah didalam UMNO semakin membusuk hingga ke usus, boleh dikatakan berulat dan busuk sehingga dihidu parti luar daripada UMNO.
Itu perpecahan didalam alam maya,melibatkan Tun Maharezza yang dikatakan suka merampas kumpulan-kumpulan politik di Facebook.Dan akhirnya dia sendiri ditolak ahli-ahli UMNO.
Sudah berapa banyak kumpulan yang dirampasnya,antaranya
Kumpulan itu milik akaun Facebook 'Keris Malaya' tetapi senarai 'admin' siapa?
Bukan itu sahaja,ada suara blogger dari dalam UMNO yang sedih melihat keadaan ahli-ahli UMNO yang berebut jawatan,terpekik dan terlolong untuk bertanding pada PRU 13 akan datang.Boleh baca disini http://rmf7.wordpress.com/2011/09/10/langkah-langkah-terakhir-barisan-nasional dan juga sini http://rmf7.wordpress.com/2011/09/13/umno-ayam-sabung-patah-taji/
Apa makna semua ini?UMNO semakin menunjukkan keretakan yang mungkin tidak akan bersambung kembali.Hubungan UMNO dengan parti komponen didalam Barisan Nasional juga semakin rapuh.
Mungkin ini adalah petanda daripada Allah SWT,sudah tiba masanya untuk bakul sampahkan PEROMPAK BERLESEN ini.
Apakah jasa DS Najib sepanjang pemerintahannya?
Teringat ucapan beliau 'Kegawatan ekonomi akan selesai dalam sekelip mata"
AAAA
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.