Kalau Benar Najib Bukan Wanita, Sila Jawab Soalan ini

| comments


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon mendesak Datuk Seri Najib Razak segera menjawab 10 soalan penting sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ia berikutan Perdana Menteri (PM) terpalit skandal yang paling banyak dalam sejarah negara dan ekoran itu beliau perlu tampil bersihkan namanya.

AMK berpendapat, Perhimpunan Agung Umno gagal mengemukakan pandangan dan halatuju negara dalam  mencapai  perubahan kepada  rakyat.

Najib langsung tidak sentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam Umno, tetapi  memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat.

“Perbuatan Najib menunjukkan Umno telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU 13,” katanya.

Khai Loon berkata, jika PM ikhlas untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh Umno BN, beliau perlu jawab semua soalan berikut agar rakyat dapat menilai.

Soalan 1: Sekiranya PM menyatakan Malaysia sebuah negara paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?

Soalan 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah PM menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh Umno BN dalam  PRU 13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat?

Soalan 3: Jikalau PM ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama merangkap Menteri Wanita? Adakah Umno BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredibel?


Soalan 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan Umno BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang  perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah Perancis?


Soalan 5: Apakah pandangan PM terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan Umno BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan?

Soalan 6: Kenapa PM masih membisu terhadap pelbagai dakwaan serius oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan berjumlah RM100 juta pada  tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan Umno BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat?

Soalan 7: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein campur tangan dalam pentadbiran PDRM. Bagaimanakah PM menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh Umno BN?

Soalan 8: Kenapa kerajaan Umno BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung?

Soalan 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah PM lebih suka membuat ‘public relation exercise’ tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang?

Soalan 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat di bawah kuasa PM, adakah Najib akan mencontohi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada Mac 2013? Kenapa Najib masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh lebih awal?

Justeru, AMK desak Najib menjawab semua 10 soalan tersebut dengan ikhlas.

Jangan lari daripada permintaan rakyat serta jalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta laksanakan urus tadbir secara telus dan baik sebelum PRU 13,” kata Khai Loon.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit