Bakal Calon BN Mati Mengejut.

| comments



Ketua MCA Bahagian Tampin ditemui mati dalam bilik rumahnya di Taman Gemencheh Baru, dekat sini, semalam.

Gan Choong Bee, 58, ditemui mati terbaring oleh anaknya, Gan Eng Heng, 30, kira-kira 12 tengah hari.

Choong Bee  antara lima calon yang disebut-sebut bakal bertanding di Dun Repah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Naib Presiden MCA Bahagian, Peter Yoong Mok, kebiasaanya ketuanya itu akan sampai ke Pejabat MCA di Kampung Baru Tampin sekitar 9 pagi dan menguruskan pelbagai kerja berkaitan parti serta duan masyarakat.

Bagaimanapun pagi ini (semalam), dia tidak datang ke pejabat dan menyebabkan kami termasuk anaknya (Eng Heng) yang juga ahli jawatankuasa MCA gusar apabila beliau tidak dapat dihubungi.

“Anaknya pulang ke rumah di Pekan Gemencheh dan terperanjat apabila melihat ayahnya sudah terbaring sejuk atas katil dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Choong Bee memegang jawatan sebagai Ketua MCA Bahagian Tampin sejak tiga tahun lalu selepas mengambil alih jawatan bapa saudaranya, Datuk Gan Chin Yap yang juga  Ketua MCA Bahagian sebelum ini.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit