Dihalang Perbaharui kad Pemandu, SPAD Ancam Periuk Nasi Pemandu Teksi

| comments


Langkah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadikan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik sebagai alasan menghalang pembaharuan kad pemandu teksi dibantah Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan.

Tidak termaktub dalam mana-mana Akta Pengangkutan Jalan bahawa SPAD berhak menghalang pembaharuan kad pemandu.

“Ada 79,500 pemandu teksi di seluruh Malaysia. Sebahagiannya mempunyai kesalahan trafik. Namun SPAD tak boleh jadikan saman agensi lain untuk nafikan hak pemandu perbaharui kad pemandu. Ini menafikan hak mereka.

“Lebih baik kuasa perbaharui kad pemandu teksi diberi kepada JPJ dan trafik. Bubarkan sahaja SPAD,” katanya kepada Keadilan Daily.

Dalam pada itu, jelas Amran, terdapat sesetengah saman ke atas  pemandu yang tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan. Beliau memberi contoh pemandu tertidur di tepi jalan ketika menunggu penumpang juga disaman.

Amran turut mempersoal adakah SPAD yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan agensi lain menghalang pembaharuan kad pemandu.

Kegagalan memperbaharui kad itu, katanya, menyebabkan pemandu beroperasi seolah-olah secara haram dan tidak boleh mendapat sebarang manfaat, misalnya skim Tayar Rakyat 1Malaysia.

Amran hari ini bersama beberapa aktivis BBPTB bertemu wakil SPAD di UTC, Pudu Sentral, bagi mengajukan isu berkenaan.

Ketua Wilayah Tengah SPAD, Norhaslinda Mohd Ishak ketika ditemui memaklumkan, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang maklum balas kerana perkara itu perlu dirujuk kepada pihak atasan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit