Duit Siling baru - Jom tengok cikit

| comments

Korang dah tengok ke duit siling baru yang dikeluarkan bank negara, kalau belum jom kita tengok-tengok cikit duit syiling peringatan yang dikeluarkan dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen itu.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Mengikut kenyataan akhbar bank negara Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan

Tapi awas, lihat gambar dibawah

Hah, jangan terkeliru, nampak kan saiz siling 50sen sekarang dah jadi kecik cikit, dah sama seperti wang siling 20 lama, jadi bila menggunakanya jangan lupa check dulu, nanti ingatkan siling 20sen, rupanya dah terberi siling 50sen pula.

Kenyataan Bank Negara lagi, siling baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Nak tahu apa yang istimewa pada siling baru nei, hah ini dia ciri-ciri yang perlu anda tahu

  • Bahagian Hadapan Duit Syiling
Edisi pertama
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara. 
  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi
Ikon
50 sen Sulur Kacang
20 sen Bunga Melur
10 sen Orang Asli Motif
5 sen Destar Siga
  • Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Hah amacam  dah dapatkan atau belum , kalau dah ada tu tak payah la simpan sebab siling ini akan mula digunakan secara berperingkat, sementara yang lama akan dikeluarkan secara berperingkat, jadi kalau nak simpan, simpan yang lama sebagai kenang-kenangan.

Bagaimana pula dengan wang kertas baru? Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.tak lama dah tu.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit