Skandal RM40 Juta umno Sabah, Integriti Dan Reputasi Bank Negara Kini Dipertaruhkan

| comments (63)

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membuat laporan kepada Bank Negara menggesa bank pusat itu menyiasat hartawan balak Michael Chia dan beberapa pemimpin Umno berhubung dakwaan kemungkinan berlaku pengubahan wang haram.

Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta "sumbangan politik", dan mana-mana pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.

Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan.

Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara.

Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation,
berikutan siasatan oleh Bank Negara.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 63 comments

Tanpa Nama
26 Oktober 2012 2:46 PTG

adakah hal ini d bawah kuasa bank negara? jika macc sudah keluarkan report...saya fikir tidak perlulah ada siasatan lagi....baik kita tumpukan pada masalah2 lain yg memerlukan perhatian kita sepenuhnya

Valerie
26 Oktober 2012 6:50 PTG

Rafizi sudah banyak kali kantoi dengan dakwaan dia yang guna bukti kurang jelas dan tidak kurang dgn dokumen palsu.

Valerie
26 Oktober 2012 7:03 PTG

Sekarang buat laporan pada BNM.Lepas ni nak p Hong Kong pula. Sibuknya Rafizi ni..

26 Oktober 2012 7:47 PTG

@Tanpa Nama RM40 juta untuk umno, tak apa.. cuba untuk suaram, saban malam keluar TV3

26 Oktober 2012 7:48 PTG

@Valerie Dimana bukti kantoinya... kes NFC nyata ada kepincangan, kes Sambungan LRT yang didedahkan Rafizi pun terbukti pincang.. jadi dimana kantoinya.. atau puak unmo yang meraung sekarang kerana banyak kantoi?

26 Oktober 2012 7:49 PTG

@Valerie lebih baik busy dedah kepincangan dari terus jadi bodoh dan angguk pada salahguna kuasa dan penyelewengan oleh menteri.

James Siopon
27 Oktober 2012 8:27 PTG

tindakan pemimpin pembangkang yang mendahului prosiding mahkamah dengan menimbulkan keraguan terhadap kes adalah merupakan satu modus operandi yang acap kali digunakan serta mendatangkan mual kepada rakyat..

lepas SPRM dan ICAC selesai menyiasat kes ini, kini dia minta BNM pula.. lepas BNM entah dia nak lapor dengan siapa pula lepas ni..

27 Oktober 2012 8:33 PTG

jika pembangkang benar2 mahu membanteras rasuah, dan benar2 mahu menuntut kerajaan yang bersih dan telus, janganlah bersikap double standard.. tolong siasat juga skandal2 Khalid Ibrahim seperti di bawah ini:

1. Skandal Talamgate yang melibatkan transaksi hampir RM 1 Billion.

2. Penduduk Selangor juga berhadapan dengan krisis air yang semakin hampir, terbaru Empangan Air Sg Selangor semakin kering dan sekarang hanya mencatat jumlah simpanan air sebanyak 52%, merosot sebanyak 48%.

3. Skandal Pasir Selangor,

4. Skandal PKNS,

5. Skandal Yayasan Selangor,

6. Skandal UNISEL

7. Kecuaian pengurusan sampah di Selangor

8. Rumah urut yang menajdikan Anwar, Khalid dan Ronnie sebagai pelupor industri seks dan rumah urut di Selangor.

9. Geran Selangorku RM300 juta yang dipegang erat oleh MB juga semakin ketara dipertikaikan oleh rakyat.

10. Lapuran Ketua Audit Negara sendiri menyatakan bagaimana TAWAS yang dibiayai oleh MBI Incorporated itu telah gagal kerana tidak diurus dengan sempurna.

11. Janji-janji dalam manifesto pakatan Selangor 2008 bukan lah satu perjanjian

12. Skandal bas mewah Khalid Ibrahim

13. Rampas tanah pertanian

14. Dan lain-lain yang suatu ketika sudah dibentang di DUN Selangor sebanyak 30 isu-isu semua

ini baru skandal kalid, belum pemimpin2 pakatan yang lain..

27 Oktober 2012 8:38 PTG

RM40 million VS USD39 million

skandal penggubahan wang haram Hong Kong ini sudah selesai. Kedua-dua badan pencegahan rasuah iaitu SPRM dan ICAC sudah menjalankan siasatan mereka secara terperinci berdasarkan prosedur-prosedur siasatan yang lazimnya diguna pakai oleh kedua-dua badan ini untuk menyiasat mana-mana kes berkaitan dengan rasuah. Jika pembangkang mengatakan bahawa ICAC tidak terlibat dengan siasatan dan hanya bergantung kepada siasatan di pihak SPRM, bagaimana pegawai-pegawainya boleh sampai ke Sabah bagi menyiasat Micheal Chia dan Richard Barnes?

Pendek kata, kes ini sudah selesai. Tidak seperti isu kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mana sehingga kini masih banyak persoalan-persoalan yang belum terjawab. Untuk pengetahuan umum, Jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar dan konco-konconya lebih tinggi nilainya berbanding dengan sumbangan politik umno Sabah, iaitu USD39 juta.

Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup mewah mengatasi kedudukan mereka sebagai pembangkang di negara ini, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.

entah kenapa begitu sukar bagi pemimpin-pemimpin PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini ketika mereka bersungguh-sungguh cuba memperlihatkan ketelusan pimpinan mereka dengan mempolitikkan hasil siasatan ICAC dan SPRM. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR begitu sukar untuk bersikap telus? ADAKAH KETELUSAN HANYA PERLU DIPIHAK BN, TAPI TIDAK DIPIHAK PAKATAN RAKYAT?

yare yare
29 Oktober 2012 2:26 PG

Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR?

yare yare
29 Oktober 2012 2:28 PG

Anwar sehingga kini terus membisu mengenai dakwaan memiliki aset bernilai RM3 bilion dalam 20 akaun besar semasa menjadi Menteri Kewangan.

yare yare
29 Oktober 2012 2:31 PG

Begitu juga di Selangor, Anwar membisu mengenai isu geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dpercayai adalah dana politik PKR yang dicuri daripada perbendahaan negeri.

yare yare
29 Oktober 2012 2:38 PG

Azmin Ali pula membisu mengenai pemilikan wang, harta yang aset yang besar serta saham jutaan ringgit di bawah nama isterinya

yare yare
29 Oktober 2012 2:41 PG

Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 10:42 PG

Rafizi sekarang mahu mempertikaikan kemampuan BNM. Pembangkang semakin gemar membuat publisiti.

Qasy Osy
29 Oktober 2012 10:43 PG

Opposition desperate to get more popularity

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:42 PG

ON the statements by the State Attorney General, Datuk Roderic Fernandes and Land and Survey Director, Datuk Osman Jamal pertaining to the 1930 Sabah Land Ordinance, he said it was based on their respective definition from the legal point-of-view and land administration affairs perspective.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:43 PG

He assured that NCR land issues remained the State Government's priority and reminded that consideration and decision on the NCR land claims is under the jurisdiction of the State Cabinet.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:43 PG

"As a caring and responsible government we always prioritise the NCR claims involving Sabah's indigenous people," he said, adding that the government would thoroughly study and scrutinise each NCR land claim.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:44 PG

"This is in order for investigation to be carried out," he said.

"As I have said earlier our State is being administered by natives of Sabah.

So safeguarding, preserving and protecting the rights of the indigenous people will always be our priority.

"As Chief Minister I personally will ensure this principle is the main agenda."

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:44 PG

Musa hoped that with his explanation there would be no more quarters manipulating the issue of NCR and instead work together to resolve it.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:45 PG

Datuk Musa Statement:


"It is my hope that this issue will no longer be made a cheap political material to gain mileage for the political agenda of certain quarters,"

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:48 PG

Close cooperation between the government and private sector will strengthen domestic and foreign investors’ confidence towards of the State economy and the huge potential of the domestic tourism.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:48 PG

“This is in line with the state government’s emphasis and commitment to be a pro-business government and its approach towards the private sector as its partner,” Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman, said in his keynote address when officiating the grand opening of Harbour Mall Sandakan and Four Points by Sheraton Sandakan on Saturday night.

Tourism, which is one of the Halatuju sectors, continues to be one of Sabah’s economic catalysts.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:49 PG

Sabah State Government projects tourist arrivals of about 2.75 million or more this year, repeating positive performance in 2011, Musa said.

“As Sabah continues to grow as a popular tourist destination, Musa expressed confidence that tourist arrival figures will continue to increase in the years to come. This also means more hotel rooms are needed to accommodate the increasing number of visitors and hence the opening of Four Points by Sheraton Sandakan is indeed timely,” he added.

29 Oktober 2012 11:49 PG

The Chief Minister believes that through proper planning and sound management, the hospitality and property sectors will continue to significantly contribute to the State’s economy while giving more attractive returns on investment for developers.

Meanwhile, Musa also urged hotel operators and commercial property developers to be mindful of the need to reduce their carbon footprint.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:49 PG

“Sabah is known for its biodiversity, clean environment and nature based destinations and Sandakan is known as a gateway to Sabah’s nature. Environment conscious guests will be drawn to establishments which show real commitment in going green,” Musa, who is also State Finance Minister, said.

He pointed out that it was also important for hotels and commercial property developers in Sabah and Sandakan included, to raise the bar on standards and services so that guests and customers would return not only to Sabah, but also to their hotel and mall. Hence, industry players should strive to maintain the cleanliness and aesthetic elements of their premises.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:49 PG

The Chief Minister also urged industry players to be mindful of their Corporate Social Responsibility (CSR) towards the surrounding communities by providing clean and safe areas as well as facilities conducive for recreational activities.

In his welcoming speech, ICSD Ventures Sdn Bhd Managing Director, Lai Voon Hon, acknowledged the strong support of several leaders including Musa, who have been very instrumental in making this project a success.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:50 PG

“We are very fortunate to have among our visionary supporters none other than our very own Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, who has supported this project from the beginning,” Lai said.

In fact, Musa had personally witnessed the launch in 23 January 2003 and in the ensuing years, followed the progress of the project with keen interest, added Lai.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:50 PG

Lai said the Chief Minister had in fact personally intervened on more than two occasions to help ensure the project stayed on track.

“Yang Amat Berhormat, on behalf of our company, we sincerely thank you from the bottom of our hearts for your strong support throughout. Your presence tonight is again a testimony of your unwavering support for Sandakan Harbour Square and the people of Sandakan,” Lai said

29 Oktober 2012 11:51 PG

BERTEMAKAN ' JOM UBAH' ... MELAUNGKAN SLOGAN ' UMNO TIPU MELAYU' DAN MENJANJIKAN SYURGA , pada fikiran hamba sudah sampai masanya PAKATAN RAKYAT mengubah namanya menjadi PAKATAN SKANDAL.

Terkini didedahkan lagi skandal penyelewengan kewangan UNISEL dan Skandal RM1 bilion 'bail-out' Talam Corporation. Di tambah lagi dengan sumber dana RM300 juta yang mencurigakan.

29 Oktober 2012 11:52 PG

Di tambah lagi dengan Skandal Faekah-Azmin Ali-Rafizi. D tambah lagi dengan Skandal Perletakkan Jawatan Rafizi. Di tambah dengan Skandal Seksual para pemimpin PKR, DAP & PAS. Di tambah dengan Skandal Penstrukturan Konsesi Air. Di tambah lagi dengan Skandal RM3 bilion Anwar Ibrahim. Di tambah lagi dengan Skandal artis tajaan PAS menerima bayaran RM50k. Di tambah lagi dengan Skandal Lebuhraya Ke Sorga yang belum diluluskan oleh EXCO Kerajaan Langit PAS Kelantam. Di tambah lagi dengan Skandal Kristianisasi oleh DAP. Di tambah lagi dengan Skandal KUIN di Kedah, DI tambah lagi dengan Skandal Pertelingkahan dalaman dalam PAS KEdah, Di tambah lagi dengan Skandal bilangan rumah urut berlambak-lambak di Selangor. Di tambah lagi dengan Skandal pemecatan Hasan Ali. Di tambah lagi dnegan Skandal pembongkaran penipuan kes Scorpene. Di tambah lagi dengan skandal pendedahan SUARAM ialah sebuah syarikat dan bukan NGO. Di tambah lagi dengan skandal janji-janji PRU 12 yang masih belum tertunai. Di tambah lagi dengan Skandal papan iklan lebih banyak di Selangor. Di tambah lagi dengan Skandal Nizar Lambai berdoa agar Pakatam hancur di semua peringkat. Punyalah banyak Skandal penyelewengan oleh DAP PKR PAS sehingga tak habis sampai 100 tahun memperkatakannya.

Jadi tak salah sekiranya Pakatan Rakyat Tukar nama jadi PAKATAN SKANDAL je lah.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:57 PG

Another things which we can proud of:

Kimanis member of parliament, Datuk Seri Anifah Aman pledged to do everything in his capacity to solve the problems of the people in his constituency.

He made the assurance in his address to the Kadazandusun and Murut (KDM) as well as Chinese community leaders from P176Kimanis at a dinner reception held at the Le Meridien Hotel on Saturday night here.

Anifah also took questions from the floor during a Q&A session during which he listened directly to the complaints raised.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:58 PG

Among the pressing problems that the leaders highlighted were the disparity in the distribution of housing under the Hardcore Poor Housing Project (PPRT) and 1Malaysia Notebooks, which they claimed people deserving of assistance did not get the aid.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:59 PG

He promised to solve the problems within two months but he also chided certain community leaders who failed to execute their jobs properly which resulted in the unequal distribution.

When answering to a request for mini stadiums to be built in Membakut and Bongawan, Anifah said he did not support the idea because it involved a huge sum but only brought benefit to people living nearby.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:59 PG

He instead announced that budgets have already been approved to build courts for futsal, badminton, and basketball in every village which would enable more people to enjoy the facilities.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 11:59 PG

Anifah, who is also the Foreign Minister, promised to allocate funds to upgrade and repair certain roads under his jurisdiction, as many community leaders voiced their concerns about the dire conditions of the roads.

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 12:00 PTG

He even pledged a personal donation to help build shelters at six cemeteries amounting to RM30,000.

In line with his policy of helping everyone without discrimination, Anifah promised to facilitate the distribution of funds for churches and Chinese schools from the relevant authorities.

Udin
30 Oktober 2012 6:30 PG

why another investigation is needed when MACC and ICAC had already investigate this matter??

Udin
30 Oktober 2012 6:32 PG

If the result of BNM investigation is just as same as MACC and ICACC, i wonder who would Rafizi turn to..

Udin
30 Oktober 2012 6:33 PG

Rafizi better have a strong evidence to help the investigation.

klaus
30 Oktober 2012 6:34 PG

This issue has been recycled over and over again by the opposition to confuse the people.

klaus
30 Oktober 2012 6:35 PG

The people are not stupid. They are wise enough to evaluate this matter. When election comes they will vote based on their evaluation.

surinah abas
30 Oktober 2012 1:25 PTG

Ada juga mendengar akan perkara ini. tapi masih tidak pasti akan kebenaran daripada pihak pembangkang. Tapi kalau ikut daripada SPRM memang didapati kes ini tidak benar sama sekali.

karulnaim
30 Oktober 2012 1:26 PTG

Memang tidak ada kebenaran pun daripada pihak pembangkang mengneai perkara ini. Cuma tahu cakap kosong semata-mata tanpa ada bukti.

30 Oktober 2012 1:26 PTG

Beginikah pembangkang yang kita tahu terdesak demi meraih sokongan. Memang tidak patutlah kalau macam ini. Sanggup memberikan pelbagai khabar angin tapi tidak ada bukti pendedahan yang sahih.

Mencarak
30 Oktober 2012 1:27 PTG

Dulu PR juga yang beria-ia menyuruh SPRM menyiasat akan kes ini. Tapi bila sudah keputusan keluar mengenai siasatan tersebut mula pula PR tidak puas hati dan cuba memutar belitkan cerita pula.

turian
30 Oktober 2012 1:32 PTG

Memang kesian sudah dengan permainan PR ini kalau kita lihat sendiri. Kalau boleh Belajarlah untuk menerima kenyataan.

Didong
30 Oktober 2012 1:44 PTG

Saya dengar juga Rafizi ingin ke Hong Kong. Mana sudah cerita Rafizi di Hong Kong. Tidakan melancong pula datang sana.

Luadan
30 Oktober 2012 1:45 PTG

Didong,

Mungkin Rafizi ke Hong Kong menaiki Jet peribadi Anwar. Tapi tidak tahu lagi. Mungkin Rafizi takut jadi isu mengenai perkara ini.

30 Oktober 2012 1:47 PTG

Kita mahu lihat apa pendedahan Pembangkang selepas ini. Kerana jika kita lihat tidak ada lagi bukti kukuh yang ada dengan pembangkang.

Imran ajimain
30 Oktober 2012 1:48 PTG

Semakin hangat isu ini diperkatakan. Sedangkan isu ini telah selesai pun dan tidak ada elemen rasuah yang berlaku dalam kes ini.

Imran ajimain
30 Oktober 2012 1:49 PTG

Memang benar apa yang dikatakan itu. Tidak ada elemen rasuah dalam tuduhan tersebut. Yang kita tahu ini cuma sumbangan daripada pihak berkenaan kepada kerajaan.

Tanpa Nama
31 Oktober 2012 7:58 PTG

Bank Negara tidak akan menyiasat kes ini hanya kerana PKR meminta mereka membuat demikian.

Tanpa Nama
31 Oktober 2012 8:00 PTG

PKR cuma mahu membesar-besarkan isu ini untuk menjatuhkan nama Musa Aman.

31 Oktober 2012 8:30 PTG

Tunggulah dan lihat saja apa yang berlaku dengan kes ini nanti, sabar ja.

31 Oktober 2012 8:32 PTG

Hong Kong mengisytiharkan bahawa tiada rasuah terlibat dalam sumbangan RM40 juta kepada Umno negeri.

31 Oktober 2012 8:34 PTG

Dalam siasatan selama dua tahun itu, penyiasat ICAC pergi ke Sabah untuk bertemu pemimpin politik Sabah termasuk ketua menteri, tapi mereka tidak mendapat apapa bukti dalam kes ini.

Tanpa Nama
3 November 2012 12:57 PTG

Apabila Suaram terdedah sebagai menerima dana daripada National Endowment for Democracy dan Open Society Institute, antara pihak yang paling gelabah dan bersungguh-sungguh membela Suaram ialah Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama
3 November 2012 12:58 PTG

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seluruh rakyat telah pun maklum bahawa individu-individu yang menerajui Suaram adalah juga individu-individu yang berada di dalam PR.

Tanpa Nama
3 November 2012 12:59 PTG

apabila setiap apa yang diperjuangkan Suaram, dan setiap fitnah yang keluar dari mulut mereka adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN untuk digantikan dengan PR. Antaranya, memfitnah kerajaan dan kepimpinan tertinggi sebagai terlibat dalam rasuah dan pembunuhan dalam pembelian kapal selam.

Tanpa Nama
3 November 2012 12:59 PTG

setelah Suaram terbukti menerima dana dari pihak asing maka tidak salah jika kita mengatakan bahawa PR juga menerima dana dari pihak asing. Ini kerana PR dan Suaram berkongsi ëjasadí dan ërohí yang sama, cuma memakai nama berbeza.

Tanpa Nama
3 November 2012 1:00 PTG

PR juga disiasat secara terperinci mengenai hubungan mereka dengan pihak asing. Apatah lagi, pihak yang menghulurkan dana tersebut iaitu NED dan OSI, masing-masing mempunyai kaitan dengan Zionis dan pedagang matawang, George Soros yang pernah mengakibatkan kejatuhan ekonomi terburuk di rantau ini pada tahun 1997/98.

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit