MAIPS Lemah, Itulah Padah umno Memerintah.

| comments

Kita tahulah Negeri Perlis itu tidak besar mana, kalau nak kira kutipan Zakat pastilah tak besar macam negeri lain, tapi selalunyya organisasi yang  jaga sebuah negeri kecil ni seharusnya bekerja lebih produktif, sebab tak banyak karenah.
Tapi hasil laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi.

Malah lebih teruk laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 juta dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera, apakah tiada bank di negeri Perlis sampai nak masukkan cek pun tertunda?.

Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:

  • Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.
  • Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.
  • Buku tunai tidak disemak setiap hari.
  • Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.

Inilah akibatnya bila negeri diperintah oleh parti yang semata-mata berjuang pasal bangsa, sehinggakan MAIPS berada di tahap paling rendah memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang, Seolah-olah kerana MAIPS tu badan yang uruskan hal agama tak apalah ada kekurangan sana sini.

"Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

Nah, sekarang beri saja Pakatan memerintah, bukti dah jelas, Laporan Audit memuji semua negeri pakatan rakyat, kelak kalau Perlis bukan lagi negeri diperintah umno, Pasti MAIPS boleh dapat empat bintang sekurang-kurangnya.

Nak harapkan Umno, Menteri Agama pun diam bila Hudud diperlekeh mca.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit