Debat Anwar vs Najib disambut baik oleh PKR

| comments


Satu tamparan hebat kepada ketua penerangan umnoapco ahmad maslan bila ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty mengalu-alukan idea agar diadakan satu debat terbuka antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jika PKR mahu dan bersedia debat antara dua pemimpin itu diadakan, mengapa pula umno sangat keberatan mahu menerimanya?, umnoapco yang kononnya pembela bangsa melayu itu mengapa takut sekali mahu terima saja tawaran debat itu. adakah umnoapco sedang ketakutan.. kah..kah..kah

Mengulas perkara tersebut Dr Muhammad Nur Manuty berkata "Ini satu idea yang baik khususnya menjelang pilihan raya umum, sebagaimana amalan di negara-negara lain, yang kini turut diamalkan di Jepun dan juga Korea, di mana debat dan perbahasan politik diadakan bagi rakyat menilai dasar-dasar dan pendekatan yang dibawa, yang hendak dibawa,"

Tapi kata Ketua penerangan umnoapco pula lain. katanya "“Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa, biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak"

Kah.. kah..kah.. apa punya jawapan dari orang kuat umno tu, kalau diceramah hanya satu pihak bercakap, kalau umno kesempatan itu akan digunakan untuk memfitnah orang, tapi kalau adakan debat, sudah tentulah dua orang akan bertembung secara hadapan, dan isu yang didebatkan pun akan dapat dinilai secara langsung oleh orang ramai. takkan lah itu pun tak mampu fikir.

Terdahulu Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian mengulas cadangan agar Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, beliau dipetik sebagai berkata"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain,"

Sekarang anda boleh nilai sendiri, PKR bagi pihak Anwar Ibrahim bersedia diadakan debat tersebut kerana mereka mahu rakyat tahu dan faham dengan apa yang mahu disampaikan, namun UMNO bagi pihak najib tidak mahu debat itu dijalankan, kenapa?

Apakah umno bagi pihak najib takut atau mereka mahu terus memperbodohkan rakyat dan mahu selindungi banyak perkara dari pengetahuan rakyat. apakah yang mahu mereka sorok kan.?


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit