Hari ini "tukanglawan" tepuk dahi, nampaknya apa yang dinanti-nantikan takkan jadi kenyataan, semuanya gara-gara kenyataan yang amat tidak logik dan bolehlah disifatkan agak memalukan yang dikeluarkan oleh Ahmad Maslan.
Korang kenal tak sapa Ahmad Maslan ni ? kalau tak kenal Ahmad Maslan ialah ketua penerangan umnoapco. kalau ketua penerangan bermaksud dia keluarkan kenyataan bagi pihak umno la tu.
Seperti yang pernah "tukanglawan" kongsikan sebelum ini, ramai rakyat malaysia dari kalangan profesional mahu najib terima cabaran debat dengan Anwar ( baca sini), ini adalah untuk rakyat dengar perdebatan berkaitan isu-isu melibatkan rakyat.
Kenapa rakyat mahu najib altantuya terima cabaran debat tu, jawapannya mudah sekali, kerana rakyat dah muak dengan politik jahat dan kotor yang dah jadi darah daging umnoapco ni.
Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan paling kelakar, atau mungkin kita boleh anggap kenyataan dari puak-puak penakut.
Menurut orang kuat umno itu lagi, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.
“Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.
Kah.. kah..kah.. umno awal-awal dah kibar bendera putih, tak berani nak terima cabaran debat terbuka yang dipelawa, ye la, mana tidaknya ingat lagi tak bila menteri buih kalah berdebat dengan Anwar dulu.
Najib tahu kalau dia terima cabaran debat itu dan disiarkan secara langsung seluruh malaysia, alamat najib akan jadi bahan ketawa la lepas itu. kerana najib tak punya isu pun, nak diajak berdebat tentang kepentingan rakyat, dia tahu dia akan kalah.
Orang kepercayaan najib itu berkata lagi budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.tapi yang peliknya dari sekolah rendah sampai habis menengah dari matrikulasi sampai habis belajar di universiti, debat itu bukan sesuatu yang asing.
Senang cakap kalau takut tulis je besar-besar dalam surat khabar "Najib takut berdebat dengan Anwar ( baca sini) tak payah la pusing-pusing, rakyat bukan banggang macam pemimpin umno yang bijak rompak harta rakyat saja.
Penakut rupanya najib nei. ini ke pemimpin no 1 umno.. kah..kah..kah..
baca sini untuk kronologi debat
2- Golongan Profesional mahu najib debat dengan Anwar
3 - Debat Anwar vs Najib disambut baik oleh PKR4- Lepas Ahmad maslan, Lagi menteri umno tolak debat
3 - Debat Anwar vs Najib disambut baik oleh PKR4- Lepas Ahmad maslan, Lagi menteri umno tolak debat
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.