Gangster jalan kebun ditangkap, beberapa suspek lain dicari polis

| comments

Berikutan 4 laporan polis yang telah dilakukan juga kerana desakan orang ramai, hari ini gangster jalan kebun ditahan polis juga.

Lelaki yang dipercayai berusia lewat 20-an itu ditahan untuk membantu disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya lagi.

Pada kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki dipercayai diupah yang dilapor melakukan serangan bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan itu seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

Sekarang kemana mahu lari lagi, budak-budak baru naik dinasihatkan jangan berlagak gangster, jangan kacau majlis dan program orang, itu biadap namanya, tak payah lah jadi bodoh kalau setakat diupah RM50-RM60. bikin malu bukan setakat sekampung, tapi seluruh malaysia dah wanted muka budak-budak nei.

Hebatnya 5 minit, malunya 5 keturunan.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit