Semua guru sekolah di negara ini hanya boleh bergiat aktif dalam parti umno sahaja, ini bermakna mereka haruslah sedia menjadi robot yang akan patut pada arahan, dan sanggup jadi bodoh kerana umno,
Kalau kerajaan yang dipimpin oleh umno buat benda tak betul, mereka sebagai kakitangan kerajaan pun kene sokong umno jugak, nak sokong parti lain selain umno tak boleh walaupun parti lain lebih baik pentadbirannya berbanding umno.
Portal Malaysiakini mendedahkan berita mengenai nasib seorang guru yang dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat beberapa hari lepas. ( baca sini )
Laporan berita itu juga mendakwa selepas insiden pemecatan tersebut, guru itu mendakwa telah menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang
pemimpin Umno setempat.
Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi
mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas
beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator
Dewan Negara.
Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.
Rupanya umno nak tutup kes ini, dia mintak guru terbabit jadi orang umno, dan kemudian ganjarannya apa?... apakah guru ini diberi balik kerja sebagai guru hanya selepas bersetuju jadi ahli umno?...
Rupanya umnolah penentu hidup mati orang lain, sesuka hati boleh buang kerja dan sesuka hati boleh ambik balik asalkan mahu sokong umno... atau ini menunjukkan betapa jahatnya umno yang konon jaga sangat orang melayu ( orang melayu ialah orang yang paling mudah ditipu oleh umno ) .. hanya kerana hadir ke ceramah guru berbangsa melayu ini dibuang kerja. apakah itu adil?
Bodohnya lah kita bila membenarkan kata-kata pembodohan pemimpin umno yang juga kini senator itu.. guru tidak selayakknya dikongkong, guru yang akan mendidik seharusnya bebas mahu menyokong siapa pun, bagaimana mahu melahirkan pelajar yang bijak jika guru sipaksa jadi robot yang hanya tahu menyokong 1 parti?
Sikap beginilah yang membuatkan ramai guru dan kakitangan kerajaan muak dengan umno.. nah kini masa untuk sama-sama kuburkan umno.. ini kali la..
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.