Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara
(BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati
orang Melayu.
“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah
dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!
“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?
“Kemudian
mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya
di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu
Pahat, Johor semalam..
Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan
parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan
memerintah.
Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.
Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini
hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk
kepentingan negara.
“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak
kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?
“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang
tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.