Memaparkan catatan dengan label Pakatan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakatan Rakyat. Papar semua catatan

Pencacai umno pun dah yakin sangat PR ambil alih kerajaan,

| comments


Lama sangat tukanglawan tak update blog,dah nak dekat PRU ni, tukanglawan Insyallah akan aktif balik blogging,

Bukan apa, semua dah sedia nampaknya untuk tukar kerajaan baru, umno dah lama sangat, dah terlalu teruk dan busuk.

Kebelakang ni kecoh pasal video bangkang dari longkang, video lawak bodoh tak berapa jadi yang kononnya nak perli pakatan rakyat, tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan pelawak-pelawak yang tak peka pada perkembangan semasa.

Tapi kita kene fikir positive, contohnya video bawah nei




Tak sedarkah kita, walaupun video tu cuba memperlekeh pakatan rakyat, tapi pencacai umno yang berlakon dan buat skrip tu pun dah mula yakin PR akan ambil alih kuasa. kah..kah..kah.

Diorang cuba perlekeh pakatan rakyat, tapi dalam masa sama mereka dah akui umno akan kalah.

Percaya tak korang kalau umno ni rebah, umno tak akan bangkit semula, bukan sebab nama parti tu umno, tapi sebab orang dalam umno tu sendiri dah tak mampu berpolitik, bila orang ajak debat pasal dasar diorang ajak tabur fitnah.

Sebab itu lah diorang ni makin dibenci.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

6+3 Untuk Orang Pahang, Pilih Pakatan Bukan Umno

| comments


Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran peringkat negeri bersama tiga tawaran peringkat persekutuan untuk menyelamatkan Pahang daripada kezaliman Umno BN.

Tawaran peringkat kerajaan Persekutuan ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tawaran peringkat Pahang itu ditandatangani Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengikut Harakah Daily, semua tawaran berkenaan diumum kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kerdau, malam tadi.
TAWARAN PERINGKAT PERSEKUTUAN
PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA: Memberikan Royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.

KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut –Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub – Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.


TAWARAN PERINGKAT NEGERI
PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah serta menstruktur semula Kampung- kampung Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri.


Apakah jika pakatan menang, rakyat Pahang akan dapat menikmati apa yang dijanjikan ini?, jika masih baca surat khabar arus persana dan TV3 suku, pastinya tak boleh, tapi cuba tanya pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang, jawapan yang diberikan ialah ia boleh ditunaikan, 
Buktinya?
Rakyat Selangor dan negeri lain yang ditadbir Pakatan telah merasainya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

20 Peratus Ibu Tunggal Di Selangor Keluar Dari Paras Kemiskinan

| comments (1)

Sasaran 20 peratus ibu tunggal keluar daripada paras kemiskinan seperti yang disasarkan dua tahun lepas berjaya dilakukan di Selangor.

Angka ini menafikan bahawa Kerajaan Negeri meminggirkan golongan ibu tunggal seperti yang didakwa Umno-BN.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, tindakan secara menyeluruh dibuat dan setakat ini seramai 27,320 orang ibu tunggal didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, hampir 11 program yang mempunyai kaitan berhubung bantuan ekonomi ibu tunggal dilaksanakan termasuk penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Sebenarnya isu berkaitan menifesto ini telahpun kita tangani iaitu elaun kepada ibu tunggal tetapi elaun itu bukanlah khusus dalam bentuk bulanan secara terus kepada beliau tetapi dalam bentuk program bulanan khusus.

“Malah program yang kita buat jauh lebih besar dan banyak,” katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor.

Antara program untuk kepentingan ekonomi ibu tunggal yang dilaksanakan adalah Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMIBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Selain itu, program Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan Laman Dapur.

Berhubung satu demonstrasi daripada ibu tunggal Selangor yang bakal diadakan esok, Rodziah menyatakan kesudian untuk menerima memorandum berkenaan.

Ujar beliau lagi, sekiranya ada ibu tunggal yang terlepas mahupun belum berdaftar dengan Kerajan Negeri, mereka masih berpeluang untuk berbuat demikian.

“Saya mengalu-alukan dan akan menerima memorandum tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada ketelusan tolong sampaikan senarai mana-mana ibu tunggal yang belum menerima bantuan ini untuk saya tangani secara baik,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bukti Jelas umno Cuba Lagakan Pakatan Rakyat

| comments (1)

Terdesak mahu terus berkuasa, umno akan buat apa saja, termasuk melaga-lagakan parti dalam pakatan rakyat. 

umno yang terdesak menarik sokongan PAS mempergunakan nama PAS baru0baru ini untuk memburuk-burukkan pemimpin PKR, tindakan mereka cuba mengelirukan penyokong PAS berjaya dihidu. 

Lihat gambar dibawah.


Nampak persamaan ayat-ayat di atas banner tersebut, sekarang jelaslah umno cuba melaga-lagakan pakatan rakyat, jelaslah umno memang tidak boleh dipercayai, mereka berniat jahat, berlagak sangat islamik dalam isu kenyataan Nurul Izzah, tapi jadi syaitan bisu bila sekutu mereka menghina-hina Islam.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Apa Punya Politik, Trak Kempen DAP Pun Nak Curi

| comments

Apa teruk sangat politik dekat negara nei, sudahlah fitnah orang dan ulang hari-hari dekat TV dan Surat khabar, tak cukup dengan tu, remaja diajar jadi samseng dan kacau majlis orang, sekarang trak kempen pun nak kene curi.

Maka bila kes trak ni hilang teringat pulak "tukanglawan" kes kereta ketua serikandi keadilan Siti Aishah yang hilang depan rumah, yang peliknya ada kereta depan dan belakang kereta Siti Aishah, kereta dia yang parking di tengah-tengah tu boleh lesap.

Bila fikir-fikir pelik cikit sebab kenapa kereta yang tu hilang, kalau pencuri nak curi kereta, mesti dia akan ambil yang senang dia bawak lari, mungkin kereta tu jadi sasaran sebab nak geledah dan cari maklumat yang disimpan dalam kereta tu agaknya.

Semalam, Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang ketika diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah, Johor, yang peliknya banyak lagi trak komersial lain tak pulak kene curi. Trak yang itu jugak jadi sasaran.

Mungkin pencuri sekarang tak berminat dengan barangan komersial agaknya, mereka lebih berminat nak curi baju dengan logo DAP, kalau ye pun, mintak la, jangan curi. kah..kah..kah.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

umno Jadi Tikus Tunggangan mca

| comments

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti-Islam .

Saya melihat beliau pura-pura bertanya: "Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti-Islam?"

Persoalannya, kenapa pula setiausaha agung MCA bertanya demikian? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya dalam media milik mereka The Star secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non-Muslim bahawa "undi untuk DAP adalah undi untuk hudud"?

Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat? Dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti-Islam pula? MCA yang sangat ketara sikap anti-Islamnya.

Pemimpin MCA juga selalu mengulang kenyataan bahawa "DAP tunduk kepada PAS".

Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh setiausaha agung MCA tersebut sebaliknya apa yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam.

Presiden MCA pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar BN. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini Umno terpaksa menikus demi kepentingan survival politik mereka.

Pada 4 Disember 2011, selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.

Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.

Menambah "kecutnya" Umno berdepan MCA ialah apabila presiden MCA itu menulis dalam Twitter pada 1 Julai 2012 (sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor) bahawa:

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam."

Dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea dan sebagainya.

NASRUDIN HASSAN ketua Pemuda PAS.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gambar Pemimpin Pakatan Yang Anda Mesti Tengok

| comments

Pemimpin walau bagaimana tinggi pangkat sekalipun, kadang-kala melakukan juga apa yang kita sering lakukan, ini kerana mereka juga sedar mereka itu sama seperti kita.

Jom kita tengok gambar sempoi pemimpin Pakatan Rakyat sedang menjamu selera dengan nasi bungkus atau menghilangkan dahaga di warung milik rakyat biasa.


Tuan Guru Nik Aziz









Datuk Seri Anwar Ibrahim  
 




 




Ketua Menteri Pulau Pinang






Ustaz Haji Hadi




  
Sasterawan Negara A.Samad Said




Menteri Besar Selangor dan Pimpinan PAS

 



Pemimpin juga bila sudah tinggi pangkatnya boleh kita lihat samada dia masih ingat pada kehidupan rakyat atau tidak hanya dengan cara mereka makan atau minum.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tukar Kerajaan, Selamatkan Ekonomi Malaysia.

| comments

Berdasarkan pengalaman kerajaan Turki, bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof yakin situasi genting ekonomi Malaysia boleh diselamatkan asalkan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah.

Sebelum Parti Keadilan & Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih kerajaan pada 2002, katanya, negara itu menanggung hutang hingga 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ia menyebabkan Turki mengalami keruntuhan mata wang pada 2000-2001,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
 
Selepas Parti ARK mengambil alih kerajaan pada 2002 dengan dipimpin Recep Tayyip Erdogan, beliau berkata, Turki mencatat pertumbuhan luar biasa pada kadar purata 6.8 peratus antara 2002–2008.

“Pada 2011, Turki mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia pada kadar 8.49 peratus daripada KDNK yang dianggap sebagai keajaiban.

Sedangkan, beliau berkata, negara sekelilingnya seperti Greece, Sepanyol dan Itali berdepan krisis kewangan dan ekonomi.

“Rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan demi masa depan yang gemilang seperti yang rakyat Turki alami sekarang,” katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mesti Baca!! Dosa umno Tertebus Dengan RM30

| comments


Tak gunalah kalau kerajaan umno porno yang bodoh itu bila jalan raya segenap ruang, sebab kelak rakyat akan dikenekan tol.

Tak guna juga canang kerajaan umum nak tingkatkan bekalan daging lembu untuk pasaran negara, kerana yang dapat projek tu "laki" si menteri,

Tak guna juga kerajaan umum konon dia lah yang majukan negara bina bangunan tinggi-tinggi, walhal yang kita tahu yang bina bangunan tinggi-tinggi itu pelabur.

Tak guna itu semua, sebab apa yang dibuat tak banyak mana manafaat pun pada rakyat, yang lebih dapat manafaat si kroni dan yang banyak duit, sebab itu dalam negara ni yang miskin tambah miskin, yang dah kaya jadi towkey gula.

Kalau umno dan bn tu dipilih lagi, selamanya rakyat miskin akan petik pucuk ubi buat lauk, untung sedikit makan daging yang entah gred berapa, dan malangnya mereka berpuas hati dengan apa yang ada.

Bukan kita tak mahu bersyukur, tapi bila ada peluang untuk ubah kehidupan kenapa tak mahu ubah.

Kenapa bilaPakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk ubah hidup rakyat kita tolak? sombong betul kita nei , atau bodoh kerana selalu dimomokkan media?

Rafizi berkata, “Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. "


Bagaimana tu,
Pakatan akan mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN, ini sekaligus dapat memberi lebih peluang kepada rakyat untuk mendapat kelulusan dan kemahiran yang tinggi bagi menyediakan mereka masuk ke alam pekerjaan, takkan kita berpuas hati bila sekadar lulus SPM yang sekarang pun dah tak ada nilai?

Sementara itu untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Pakatan berhasrat melaksanakan gaji minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis kemiskinan.

Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol.

Pada fikiran "tukanglawan" eloklah tu, kerana kerajaan malaysia ni macam nak meniaga dengan rakyat, semua barang dinaikkan, sampai yang paling asas pun, alasan yang digunakan oleh kerajaan cuma alasan bodoh, konon " harga dinaikkan kerana " kerajaan nak rakyat jaga kesihatan" lebih baik cakap je "harga barangan dinaikkan sebab kerajaan nak lebih untung" itu kan lebih jujur.

Duit poket rakyat tak pernah pun umno ni kisah, yang penting kroni kaya, lihatlah saman AES yang sekarang jadi rungutan, sekali lagi tukanglawan nak cakap, kereta zaman moden ini bukan lagi kuno, jadi letak speed limit dijalan yang boleh lari sampai 120 km/h dengan selamat bila diletak had laju 80 km/h itu sengaja la nak kenekan rakyat, hakis duit rakyat lepas ramai yang dibodohkan dengan BR1M

Mengupas mengenai kebajikan wanita, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Pakatan berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5 bilion peruntukan dalam Belanjawan 2013, merangkumi Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) yang menelan kos RM3 bilion dan Skim Elaun Penjagaan Anak (SEPA) melibatkan peruntukan RM940 juta setahun.
Menerusi SCWN, beliau berkata, Pakatan berhasrat memberi caruman sebanyak RM600 setahun kepada suri rumah sebagai persediaan keselamatan sosial termasuk kematian suami, penceraian atau kurang upaya

Sekarang pilihlah nak terus hidup macam ini selamanya atau nak ubah, memang jika pakatan menang, untuk rapatkan jurang miskin kaya akan ambil sedikit masa, mungkin 10-15 tahun, tapi dalam tempoh itu rakyat akan mula menarik nafas lega bila bebanan hidup dapat dikurangkan.

Tapi kalau masih nak jadi bodoh, berpuas hati dengan kehidupan sekarang dan masih nak guna alasan "tak apalah janji negara aman", hingga sanggup makan ikan kering berkuah kicap 16 hari sebulan, setakat mampu berangan-angan beli TV baru tapi masih tak mampu beli sampai sekarang, pilihlah lagi bn,

Maka rakyat biasa jangan marah bila lihat ketua wanita  beli kondo mewah, ketua wanita bahagian ada rumah besar, sedangkan rakyat masih hanya mampu menyewa rumah kecil 2 bilik,  ketua pemuda bahagian beli kereta baru, dan rakyat masih naik bas untuk kehulu kehilir, kerananya rakyat tidak mahu berubah.

Dan yang paling malangnya yang masih tak mahu berubah itu penyokong umno yang gembira bila diberi RM30 ringgit dan sehelai T-shirt untuk terus menyokong umno, bagi mereka semua dosa umno sudah tertebus dengan wang RM30 itu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Dah Terbukti Pakatan Lebih Bagus Dari bn

| comments

Pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) membuktikan gabungan itu selangkah lagi menuju ke Putrajaya.

Bendahari Agung KEADILAN, William Leong yakin rakyat makin bijak menilai dan membeza pentadbiran mana lebih berintegriti, menolak rasuah serta mengutamakan kepentingan rakyat.

“Ini adalah kali ketiga berturut-turut negeri Pakatan mendapat pujian Ketua Audit Negara. Lebih membanggakan prestasi kali ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
“Pakatan Rakyat selangkah lagi untuk menuju Putrajaya" katanya.

Hah, mana mau lari lagi pencacai umno sekalian, mana laporan Audit negeri umno pulak, nak jugak tengok. kah..kah..kah

Sudah 3 tahun Audit menunjukkan bn tidak lebih baik dari Pakatan ni bukti jelas Pakatan mampu memerintah, bayangkanlah kalau pentadbiran pusat tak beri kerjasama penuh pun kita boleh buat camni, macam mana pulak kalau Pakatan yang memerintah pusat nanti?.

Senang je jawapannya, ekonomi makin bagus, harga barang boleh diturunkan, pendapat makin meningkat dan kita taraf hidup makin baik.

tapi kalau umno yang terus memerintah, sendiri rasa la, makan ikan "kembung" lagi la , itu pun kalau poket berisi sikit, kalau tgh bulan makan biskut kering je.

Kenapa?, cuba check hutang negara berapa dah, kalau bn jugak memerintah dan si najib tu perdana menteri lagi, bangkrap negara nei, belanjawan asyik defisit je, pastu tabur duit entah mana punca.. pinjam bank dunia kot, tak pun pinjam soros agaknya.
 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ringkasan Hasil Audit Negeri Pakatan Rakyat

| comments

Mungkin ada rakan-rakan yang masih belum tahu prestasi negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas laporan Audit dikeluarkan, secara ringkasnya pencapiaan negeri-negeri Pakatan Rakyat bagi tahun 2011 adalah seperti berikut

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh keempat-empat negeri Pakatan dari segi perolehan pendapatan.

Pulau Pinang mendahului pungutan hasil negeri dengan mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010.

Selangor pula berjaya meningkatkan kutipan yang diperoleh kerajaan negeri sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Kelantan yang sentiasa dilabelkan negeri miskin oleh Umno BN pula mencatatkan peningkatan kewangan kepada RM234.47 juta pada 2011 berbanding RM148.3 juta pada 2010.

Kedah memperkukuhkan kedudukan kewangan dengan memuaskan apabila baki Kumpulan Wang Disatukan pada 2011 berjumlah RM252.36 juta berbanding RM328.28 juta pada tahun lalu.

Ketua Audit Negara,  Tan Sri Ambrin Buang memberi pujian terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ini adalah kali ke 3 berturut-turut pencapaiaan negeri Pakatan Rakyat mendapat pujian. jadi persoalannya apakah anda masih tak yakin Pakatan mampu memerintah?

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit