Ringkasan Hasil Audit Negeri Pakatan Rakyat

| comments

Mungkin ada rakan-rakan yang masih belum tahu prestasi negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas laporan Audit dikeluarkan, secara ringkasnya pencapiaan negeri-negeri Pakatan Rakyat bagi tahun 2011 adalah seperti berikut

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh keempat-empat negeri Pakatan dari segi perolehan pendapatan.

Pulau Pinang mendahului pungutan hasil negeri dengan mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010.

Selangor pula berjaya meningkatkan kutipan yang diperoleh kerajaan negeri sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Kelantan yang sentiasa dilabelkan negeri miskin oleh Umno BN pula mencatatkan peningkatan kewangan kepada RM234.47 juta pada 2011 berbanding RM148.3 juta pada 2010.

Kedah memperkukuhkan kedudukan kewangan dengan memuaskan apabila baki Kumpulan Wang Disatukan pada 2011 berjumlah RM252.36 juta berbanding RM328.28 juta pada tahun lalu.

Ketua Audit Negara,  Tan Sri Ambrin Buang memberi pujian terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ini adalah kali ke 3 berturut-turut pencapaiaan negeri Pakatan Rakyat mendapat pujian. jadi persoalannya apakah anda masih tak yakin Pakatan mampu memerintah?

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit