Syarikat Pasang Kamera AES Sasar 10 Juta Saman Setahun ?

| comments

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengajak rakyat turun beramai-ramai menyertai himpunan membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) esok.

Himpunan itu akan diadakan di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh, Perak bermula 10 pagi.

 “AMK menyokong himpunan rakyat membantah pelaksanaan AES dan menyeru rakyat untuk bangun menentang kezaliman kerajaan BN,” kata Timbalan Setiausahanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

“Kita juga mendesak agar saman rakyat 1Malaysia AES ini dimansuhkan,” katanya lagi dalam kenyataan.

Saifullah berkata, sejak mula dilaksanakan pada 23 September lalu, seramai 63,558 rakyat disaman dalam masa lapan hari pelaksanaan AES di 14 kawasan menggunakan 831 kamera.

Dianggarkan RM5 bilion dari ‘saku rakyat’ masuk ke poket kerajaan dan syarikat yang mengendalikan sistem itu,” jelasnya.

Kata Saifullah, kerajaan BN terus menekan rakyat dengan saman melalui pelaksanaan AES, tatkala sistem pengangkutan awam yang lemah turut memaksa rakyat berkenderaan.

AES merupakan lanjutan saman ekor. Bagaimanapun, seperti saman ekor yang dibantah kerana ketidakcekapan dan kelemahan sistem, AES juga menghadapi isu sama.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, dan kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit