AL-Fatihah, Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia

| comments

Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 yang pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum. telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Jenazah Arwahyarham akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

Izwan Pilus merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu. sebelum ini telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan
Menurut teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro , bagaimanapun penyanyi berkenaan .telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.

Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan sama-samalah kita menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit