Kisah najib dan Islam Wasatiahnya

| comments


Ini fakta , zaman Tunku Abdul Rahman beliau memperkenalkan musabaqah al-Quran, manakala zaman Tun Hussein Onn memperkenalkan Bulan Dakwah. zaman pemerintahan mahathir pula dia Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Tun Abdullah Badwi Islam Hadhari pula diperkenalkan.

Najib sedar itu, untuk tarik dan pikat hati pengundi melayu menjelang PRU13 ini sesuatu harus dilakukan, sesuatu perlu difikirkan. nah, sekarang najib berusaha memperkenalkan  Islam Wasatiah disamping slogan 1 Malaysia.

Mengulas tentang maksud Wasatiah, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu najib cermin diri sendiri, beliau juga mengharapkan najib tidak mencemarkan Islam dengan slogan sehingga merosakkan imej Islam di pandangan masyarakat bukan Islam di negara ini

"Kita rasa sangsi dengan Islam Wasatiah yang diperkenalkan oleh Najib, Kita mengharapkan Datuk Seri Najib biarlah bercakap serupa dengan bikin,"

"Apakah beliau memperkenalkan Islam Wasatiah kerana gerun melihat kebangkitan rakyat Arab yang menggulingkan pemerintah di negeri mereka dengan andaian ini ada tindakan ekstrim"

"Kalau itu maksudnya maka ini adalah satu kesilapan untuk memahami pengertian Wasatiah," katanya lagi.


Menurut Idris, memang Islam ajarannya wasatiah, iaitu tidak melampau dan tidak kurang. 

Wasatiah bermaksud sederhana  iaitu sikap tidak yang keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan samada dalam pemikiran atau perlakuan supaya sesuai dengan peraturan agama, norma hidup dan nilai masyarakat .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 
“ sebaik-baik perkara adalah yang sederhana ” .

Anda rasa najib mengamalkan konsep yang disarankan oleh islam itu atau tidak...?, najib disarankan untuk beri kefahaman tentang wasatiah kepada isteri dan keluarganya dahulu.

 


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit