Sapa yang kata umno berjuang untuk bangsa melayu, itu tak benar, umno sebenarnya berjuang untuk bangsa "melayu umno" saja....
Kejap, "tukanglawan" rasa umno berjuang untuk melayu umno pun tak berapa betul, kalau betul, takkanlah umno sanggup tikam belakang penyokong sendiri. ( jom tengok ini), bukan sahaja penyokong kene kelentong rupa-rupanya orang kuat umno pun kene zalim jugak.
Semalam, Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur,
Melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bekas orang kuat umno itu mendakwa kerajaan negeri perak dan dua individu lain gagal menggantikan tanahnya yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.
Jauhari yang merupakan seorang guru dan ahli veteran umno menyatakan pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.
Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan umno itu.
Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd, semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak pula berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.
Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.
Namun lebih menyedihkan pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK oleh kerajaan negeri perak dibawah pimpinan Zambry Abdul Kadir.
Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang disifatkan zalim serta merampas haknya itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.