Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang. Papar semua catatan

6+3 Untuk Orang Pahang, Pilih Pakatan Bukan Umno

| comments


Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran peringkat negeri bersama tiga tawaran peringkat persekutuan untuk menyelamatkan Pahang daripada kezaliman Umno BN.

Tawaran peringkat kerajaan Persekutuan ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tawaran peringkat Pahang itu ditandatangani Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengikut Harakah Daily, semua tawaran berkenaan diumum kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kerdau, malam tadi.
TAWARAN PERINGKAT PERSEKUTUAN
PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA: Memberikan Royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.

KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut –Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub – Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.


TAWARAN PERINGKAT NEGERI
PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah serta menstruktur semula Kampung- kampung Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri.


Apakah jika pakatan menang, rakyat Pahang akan dapat menikmati apa yang dijanjikan ini?, jika masih baca surat khabar arus persana dan TV3 suku, pastinya tak boleh, tapi cuba tanya pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang, jawapan yang diberikan ialah ia boleh ditunaikan, 
Buktinya?
Rakyat Selangor dan negeri lain yang ditadbir Pakatan telah merasainya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Menteri Besar Pahang Yang Takbur

| comments (3)

Sapa tak kenal dengan menteri besar pahang ni, banyak cerita dah tentang dia ni, dari cerita tunjuk isyarat lucah kepada ajak rakyat orang asli bertumbuk, jenis pemimpin macam nei lah yang jadi menteri besar.. masalahnya siapa yang pilih.. betul ke rakyat Pahang nak dia ni jadi menteri besar?.

Selama dia ni jadi menteri besar pahang, banyak sangat ke perubahan yang dicapai, tak ada ke orang lain yang layak diangkat umno untuk dijadikan menteri besar?,

Menteri besar sorang nei perangai ala gangster cikit, sendiri boleh nilai kan. bercakap kasar, tak hormat orang, dia lupa agaknya bila-bila rakyat Pahang boleh "berhentikan" dia dari jawatan menteri besar tu.

tapi dia ni pulak jenis cakap besar, takbur.. ni pulak dia dah janji nak kerat telinga kalau bn kalah di bentong, dah kerat telinga dia nak campak telinga tu dalam sungai pahang, lepas campak telinga dia tu, dia janji nak terjun sungai pahang...

korang nak tengok tak.. kali ni kita tengok dia nak tunai tak janji tu.. kalau nak tengok bagi bn dekat bentong kalah.. kah..kah..kah

Jangan cakap besar dan takbur.. kuasa dan perancangan tuhan ko belum tau lagi bro...





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Janji Dicapati, Bukti umno BN Amal Politik Dendam

| comments

Penduduk 8 buah kampung di pinggir Sungai Pahang mendesak kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan baki 15 kilometer yang gagal disiapkan.
 
Dalam aduannya kepada Konvoi Cakna Rakyat PAS Pahang, wakil penduduk Suhaimi Abdul Manan, 51, berkata jalan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai itu amat perlu kepada lebih 5,000 penduduk berulang-alik daripada kampung berkenaan.

Inilah satu-satunya jalan yang digunakan penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian, pelajar bersekolah dan perhubungan untuk berurusan ke Temerloh dan Maran.

“Pada ketika ini kami terpaksa menggunakan jalan kampung pesisir Sungai Pahang yang sempit, mudah dinaiki air bila musim tengkujuh dan sudah tidak sesuai lagi kerana banyak kenderaan.

“Dengan itu kami mendesak Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan tersebut bagi membuktikan kerajaan benar-benar membela nasib rakyat seperti yang digembar-gemburkan,” katanya.

Menurut Suhaimi yang juga bekas Ketua Kampung Guai, projek jalan pesisir Sungai Pahang sejauh 25 kilometer itu pada asalnya telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dengan peruntukan daripada  sebanyak RM48 juta sekitar di penghujung tahun 1980-an.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM22 juta sudah digunakan untuk pembinaan jalan dan membayar tanah-tanah penduduk yang terlibat dengan pengambilan.

Malangnya apabila DAP memenangi Dun berkenaan (Triang) tahun 1990 melalui Leong Ngah Ngah, projek tersebut dihentikan. Apabila LKWJ dibubarkan pada tahun 2000, wang  baki lebihan RM26 juta telah dikembalikan Kerajaan Pahang kepada Kerajaan Pusat dengan pembinaan jalan tersebut gagal disiapkan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video Ceramah DSAI Di Kuantan Pahang.

| comments

Ceramah DS Anwar Ibrahim dalam Jelajah Merdeka Rakyat di Kuantan, Pahang 2 November lalu, Sila share link ini kepada sahabat anda.
 


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Adnan Yaakob Kepanasan, Gabungan Desak Letak Jawatan.

| comments (1)

Gabungan TUKAR MB Pahang (TUKAR) mendesak Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob yang seringkali berhujah kasar dan menghina orang ramai untuk meletak jawatan.

 Dalam himpunan aman yang dianjurkan oleh Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) di depan Wisma Sri Pahang pada dua hari yang lepas, pertuturan Adnan Yaakob yang kasar bukan sahaja menghina kumpulam Orang Asal di Malaysia, malahan tidak menghormati rakyat di seluruh Malaysia.


Dalam perjumpaan dengan Orang Asal pada pagi tersebut, Adnan Yaakob mencabar salah seorang orang asal yang mempertikaikan sama ada beliau dapat menyelesaikan Isu Orang Asal untuk keluar bergaduh.Nak baik boleh, nak keras boleh. Kalau nak keras mari keluar dua-dua.

Disamping bertindak kasar dengan rakyat Pahang, Adnan Yaakob juga mengeluarkan ayat-ayat kasar yang menghina sepertiawak ingat kawan ini peram telur ke?”, “Bangang” dan “Bodoh”.

Yang paling melampau ialah ayat “awak ingat dapat anak seorang cucuk sekalikah? BODOH!” yang jelas menghina kaum wanita.

Kami merasa kecewa dan kesal dengan sikap Adnan Yaakob yang tidak mengendah tentang permasalahan yang menimpa rakyat di negeri Pahang, tetapi menghina rakyat yang datang dari jauh untuk berjumpa dengannya.

Dengan kebiadapan dan kelakuannya, Adnan Yaakob memang tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Negeri Pahang. Dia bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah menjatuhkan maruah rakyat negeri Pahang yang diwakilinya.

Sebelum ini, Adnan Yaakob memang terkenal dengan kekasarannya dengan memarahi wartawan “Bodoh” serta mengeluarkan hujah “mati jahanam” di sidang Dewan Undangan Negeri Pahang.

Gabungan Tukar dengan keras sekali menolak Menteri Besar sebegini untuk menjadi wakil rakyat negeri Pahang dan menyeru Adnan Yaakob untuk meletak jawatan.

Adnan Yaakob bukan sahaja perlu meminta maaf atas hujah-hujahnya, malah harus meletak jawatan.”

Gabungan Tukar turut menyeru NGO dan pertubuhan wanita di seluruh Malaysia bangkit untuk mempertahankan maruah golongan wanita dan orang asal di samping menolak Adnan Yaakob daripada menjadi Menteri Besar Negeri Pahang.

Lee Chean Chung
Penyelaras
Gabungan Tukar MB Pahang


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kompilasi Air Pahang, Teruknya Negeri Najib

| comments (1)

Media umno tak habis-habis sebelum ni cuba burukkan Selangor dan Kelantan dengan isu air.

Al-maklumlah 2 negeri ni negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, bukan oleh kerajaan BN, kalau diperintah kerajaan BN isu air ni akan naik kejap dan diam terus seolah-olah tak wujud pun isu air.

Dengar kata najib dah luluskan gula-gula politik untuk pikat orang kelantan, lepas cuba burukkan tak jadi, umno tukar taktik konon perihatin, perihatin sebelum pilihanraya.

lepas tu kata "janji dicapati" dan mintak rakyat balas budi. kah..kah..kah..

Pahang pulak ape cite... cuba cite cikit, dengar teruk benar masalah air kat sana.










Sebelum sibuk konon nak ambik air Pahang bawak ke Selangor.. bina dulu empangan dan loji dekat Pahang la... betul-betul "janji dicapati" la.. kah..kah..kah.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib, Bila Nak Buat Empangan DI Pahang.

| comments

Sebelum ni "tukanglawan" pernah dedahkan satu artikel berkenaan bekalan air tak ade di pahang, ye la dok sibuk pasal air di selangor sampaikan BN terlupa pasal masalah air di pahang,, jom baca kat sini.

Rupa-rupanya tempat najib pun tak ade air jugak, la, ingatkan "tukanglawan" tempat perdana menteri dah cukup maju.. rupanya takde air. kah..kah..kah...

Ni bawah ni artikel yang didedahkan harakahdaily

Di Pahang pada hari raya ke-2 hingga raya ke-3 juga tiada bekalan air di Felda Cini 1 & Felda Cini 3. Felda ini merupakan kawasan undi Najib tapi malangnya Najib tak mampu nak jaga. Jangan cerita nak jaga Malaysia, tempat sendiri pun kantoi.

Menyambut hari raya di sana terpaksa bawak anak-anak mandi di anak sungai dalam ladang sawit, seksanya.

Salam dan takbir!


Ok, najib sila buat empangan di pahang kata air banyak sangat di pahang, kesian la rakyat tempat sendiri takde bekalan air bersih. kah..kah..kah...

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar... Kerajaan Pahang Digesa Bina Empangan Jengka 2

| comments (1)

Ingat lagi tak isu air Selangor yang media asyik main kala musim hujan tempoh hari, kononnya kata mereka empangan langat 2 kene cepat buat kalau tak selangor nanti tak cukup air.

Siasat punya siasat rupanya ini permainan bodoh merek anak burukkan kerajaan negeri selangor, malangnya tak jadi.. terkantoi, permainan tu berhenti terus bila siasat punya siasat yang tak cukup bukan air.. tapi paip bawah tanah.

Perumpamaan nak bagi orang faham macam ni la... " kancil turbo tak boleh nak kejar BMW M3 atas jalan,,, jangan salahkan jalan pulak."

Puak-puak tu kata kene import air dari pahang, jadi empangan langat kene la bina untuk menjamin kesejahteraan rakyat selangor.

kah..kah..kah.. lawak betul la bila puak umno cakap pasal kebajikan rakyat... selama memerintah tak pernah la pulak kerajaan BN buat macam kerajaan Pakatan buat... ada bagi 20 liter padu air free ke?

Apa pulak kes kat pahang, meh tengok gambar ni, ni negeri najib nei... untuk jamin kesejahteraan rakyat pahang, eloklah kerajaan negeri tu buat empangan jengka 2.. ala.. apa sangat la kan... kata rakyat didahulukan.... kalau kilang LYNAS boleh buat.. takkan empangan Jengka 2 takle buat... kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib, Ada MP Umno Pahang Nak Keluar Umno

| comments

"tukanglawan" dapat satu informasi dari seorang sahabat yang merupakan anak saudara kepada seorang pemimpin besar umno di pahang, informasi ini cukup panas, sama panas dengan hati najib bila pemimpin BN Sabah meninggalkan tongkang yang dikemudi oleh umno tu.

Cakap-cakap sahabat itu menyatakan beberapa orang "Ahli Parlimen dan Adun" dari negeri "kuat umno" itu akan meninggalkan umno, mereka berbuat begitu kerana dikatakan sudah hilang keyakinan kepada umno dalam pelbagai isu yang dirasakan berat sebelah.

Mereka yang dijangka akan meninggalkan umno itu telah dilaporkan menemui beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyatakan hasrat mereka.

Sahabat itu yang merupakan seorang pembantu kepada pakciknya yang merupakan Ahli Parlimen itu menyatakan masih belum ditetapkan bila mereka akan mengumumkan akan keluar dari umno tetapi dijangka ianya akan dibuat sebaik pembubaran parlimen.

Jumlah dan identiti ahli parlimen dan adun yang akan meninggalkan umno itu juga tidak diberitahu..

Difahamkan tindakan nekad Ahli Parlimen Sabah yang bertindak menyatakan tidak lagi menyokong BN itu mencetus keputusan Ahli umno dari Pahang ini untuk meninggalkan Umno.

Jika informasi yang disampaikan ini benar, najib dan "orang besar" umno sudah menghadapi masalah paling kritikal...

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ini Kisah Dikriminasi

| comments

Apakah orang asli atau orang Asal perlu kita sisihkan?, sudah 50 tahun lebih kita merdeka, namun kenapa orang asal masih belum mampu bersaing dengan kaum-kaum lain dinegara ini?.

Dimana silapnya?, mereka ini dahulu pernah digelar simpanan rezab si penguasa, namun kenapa mereka masih  dilihat terlalu mundur?

Soalan ini sangat susah dijawab, apakah salah mereka sendiri atau salah kerajaan yang memimpin?

Lihat video dibawah


Mereka ini juga rakyat Malaysia, mungkin jika tidak aset yang memacu ekonomi negara ini, mereka ini warisan negara, kita takkan boleh sesekali menyisih mereka dari masyarakat yang pelbagai di negara ini. orang asal perlu diberi layanan sama rata.

Lihatlah contoh yang ditunjukkan dalam video ringkas diatas, orang asal juga sebenarnya punya cita-cita, kerana kesempitan hidup dan "ketidak seriusan" kerajaan membantu mereka hasrat menyambung pelajaran terpaksa dilupakan, bayangkan hampanya perasaan remaja itu, hampa perasaan keluarganya.

Kemudahan asas, janganlah kita mendabik dada mengatakan negara ini membangun, maju serba serbinya, aman makmur, aman makmur itu tidak bererti jika rakyat tidak mendapat apa yang sepatutnya, aman dan makmur itu tidak begitu bermakna jika perut tidak berisi.

Negeri asal perdana menteri sendiri tidak menyediakan elektrik dan bekalan air bersih kepada masyarakat ini, apakah ini satu dikriminasi?, sedang kita dibuai oleh tahyul cerita drama di TV, kononnya semua rakyat malaysia ini kaya belaka ( cerita drama menipu di TV yang memaparkan kisah bisnesman yg berumah besar dan ada perniagaan hebat) sedang hakikat malaysia tidak sebegitu.

Orang asal tidak harus disisihkan, mereka tidak bodoh, selama ini mereka hanya dipergunakan sebagai rizab simpanan kerajaan, mereka dijanjikan macam-macam menjelang pilihanraya, dan kemudian mereka disisihkan lagi.

Orang asal ini mendapat tempat tidak selayaknya, biarkan saja mereka dengan cara hidup tradisonal mereka, namun mereka juga berhak menikmat malam yang juga diterangi lampu kalimantang, juga minum dan masak dari sumber air bersih yang dirawat, punya kemudahan yang rata-rata kita juga dapat, dan harus sekali dibantu untuk terus maju dalam pendidikan.

Dimana silapnya?, dan silap siapa?.. apakah mungkin silap kita? atau melayu umno yang hanya mahu berjuang untuk melayu kesenangan "sang melayu elit"?

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Projek "Mega" di Parlimen najib gagal (Panas)

| comments


Ingat lagi tak dulu najib sibuk nak bina menara warisan, kononya nanti menara "mega" itu akan jadi mercu tanda baru negara yang sangat hebat, cuma terfikir pulak "tukanglawan" banyak sangat ke duit simpanan negara kita nei sampai ada lebihan nak buat projek "mega" menara warisan tu.

Hah, mana agaknya kerajaan nak cari dana untuk buat projek tu, nak berhutang ke?, atau pinjam duit KWSP atau rosmah boleh bagi pinjam duit tabung dia?,rosmah kan kaya, kalau tak percaya baca analisis penuh kekayaan rosmah yang "tukanglawan" tulis dulu.kah..kah.kah

Angan-angan najib tu memang tinggi-tinggi belaka, setinggi 100 tingkat, sama tinggi dengan menara warisan tu jugak lah.semua yang hebat-hebat nak dibinanya, tapi hutang negara makin banyak.

Persoalan utama yang mahu "tukanglawan" tanyakan ialah, boleh ke najib nak buat menara tu kalau projek "mega" di tempat najib sendiri pun tak siap-siap, apa cerita ni, rakyat di Pekan , Pahang pun dah tertanya-tanya dah apa status projek yang dulu dok sibuk sangat dicanang tu.

Tak tahukah najib, dia dah hancurkan harapan penduduk disitu, sangka mereka daerah Pekan bakal setanding dengan bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek"mega" di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) seperti yang diwar-warkan sebelum ini

Sedih sekali mereka kerana sebelum ini mereka sudah dicanang baka menerima nikmat besar apabila nanti wujudnya 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan, apabila projek ini siap kelak. tapi sampai hari ini, tak nampak pun tanda projek itu akan siap.

Seperti penduduk disana yang tertanya-tanya akan status projek tersebut, pasti anda juga tertanya-tanya projek apa yang dinaksudkan oleh  "tukanglawan"

Dua tahun dulu, najib datang dan diumumkan projek Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion akan dilakanakan di atas tanah seluas 4,700, yang siap sehingga hari ini hanyalah lebuh raya sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek. Itupun telah rosak teruk akibat hakisan.

Harakahdaily yang menyiarkan berita ini di portal mereka mendapati banyak hutan telah dimusnahkan, pasir sudah dikorek merata-rata dan binaan batu pemecah ombak pula menyusahkan nelayan kampung Tanjung Agas untuk keluar mencari rezeki kerana terpaksa mengikut Kuala Pahang.

Sudahlah hancur perasaan mereka, kebanyakkan nelayan disana pula sekarang menjalani kehidupan yang lebih sukar rupanya.

Seorang penduduk Kapten (B) Ahiatuddin Daud berkata, projek Tanjung Agas dari awal lagi dianggap penduduk tidak munasabah boleh menjadi pengkalan (hub) minyak dan gas serta operasi perkapalan seperti yang dilaungkan kerajaan sebelum ini.

Saya dengar projek ini sudah ditinggalkan atau pelabur tak sanggup berikutan lokasi tidak sesuai kerana airnya cetek, ombak kuat tanpa pelindung dan hakisan. Bayangkan sebuah padang golf di Batu 16 sudah ditelan laut, begitulah kuatnya hakisan,” katanya.

Laaaaa, apa punya pelik kerajaan nei, nak tarik pelabur tapi tak buat kajian terperinci dulu ke?, kalau pelabur tu rasa dipermainkan takkan mahu dia datang melabur lagi dah lepas ni, cara macam ni kah kerajaan umnoapco pimpinan najib uruskan negara, cari pelabur?

Projek yang sepatutnya beroperasi sepenuhnya tahun ini sebagaimana diumumkan perdana menteri itu akan menjalin usaha sama dengan sebuah syarikat dari Dubai Oilfields Supply Center Ltd (OSC) dengan pelaburan RM620 juta sementara Kerajaan Negeri Pahang akan memiliki ekuiti 30% melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Menurut kenyataan syarikat berkenaan, kos untuk infrastruktur sahaja menelan belanja RM2 bilion sehingga bakal menjadi pusat sehenti moden pertama untuk industri maritim, minyak dan gas di Malaysia di samping projek-projek komersil dan perumahan.

Seorang lagi penduduk amat kesal dengan apa yang terjadi, katanya “Hutan kayu bakau serta Hutan Simpan Paya Laut Sungai Miang sudah ditebang sedangkan pokok bakau secara semula jadinya ialah untuk menahan ombak kuat seperti tsunami, tetapi kalau dah dimusnahkan apa-apa berlaku sekarang memang susah, Pasir juga sudah dikorek merata-rata."

Nampaknya projek ini cuma tinggal sejarah, lokasi tidak kena, seperti kata penduduk kawasan tersebut terdedah pada hakisan ombak, tambahan lagi pelabur sudah lari entah kemana, najib gagal siapkan Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas, tapi najib sudah berjaya tinggalkan tugu "mega" disana.

Sikit pun najib tidak rasa bersalah ke?
Rujuk sini
#1  #2  #3


(Tanah terbelah) Sah Kuantan tidak selamat untuk projek LYNAS

| comments



Degil betul kerajaan pusat nei, kalau kata bodoh takmo mengaku, tapi takpe la. rakyat memang dah tahu lama dah menteri-menteri kat malaysia nei bukan bijak pun.

Ingat tak pasal LYNAS, beria-ia la kerajaan malaysia kata itu adalah projek yang selamat, walaupun ramai yang tahu bahan kumbahan yang terhasil itu akhirnya akan membawa kesan jangka masa "pantas" terhadap ramai orang terutama yang tinggal berhampiran kuantan .

Kalau rajin semak-semak balik posting la, banyak la "tukanglawan" ceritakan keburukan dari projek mega kerajaan persekutuan nei. kebaikan hanya pada pemimpin-pemimpin umno jew, sebab dari projek LYNAS nei la mereka dapat "wang besar" dan sisa tu pulak bagi pada rakyat.

Sisa bergelar Radiasi dan pencemaran yang boleh membawa kecacatan dan banyak penyakit. tu je la pon rakyat dapat... kalau peluang pekerjaan, berapa ramai orang kuantan yang pandai pasal "rare earth" nei.

Australia yang lebih maju dan ketat kawalan sisa buangan tu pon takmo kilang tu nak dibina di sana, kenapa menteri banggang di malaysia nei nak sangat. ahaha... ohh mungkin kita punya piawaian pembinaan sangat bagus.

Nak kata bagus, jambatan retak sana-sini, stadium runtuh lagi, tu belum kira bangunan baru banjir sebab bumbung tak betul... ade hati pulak nak bina kilang LYNAS.


Ni kat kuantan, baru hujan cikit tanah dah terbelah, korang rasa yakin kew Kilang tu akan selamat... ahahah.. menteri bodoh yakin.. korang pon kene yakin juga la... ala.. rakyat kan bagi pemimpin umno sama je macam "lembu sharizat".

Tapi menteri ni mudah lupa sebenarnya.. rakyat lebih bijak menilai. nanti  PRU13 rakyat akan ajar diorang.


 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit