Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Percubaan menipu Rakyat lagi?

| comments (1)

Adoi, flip flop sudah, hari ini kata lain, esok bila keadaan memaksa lain pulak penjelasannya.

Tu la yang jadi kat negara ni, dalam zaman cyber ni masih ada yang nak jadi flip plop, tapi nak hairan apa, negara ni memang dah jadi flip plop pun sebab diuruskan oleh kerajaan flip plop.

mula-mula kata logo taraf budak tadika tu asli, takde cilok mana-mana disign, kami percaya tu sebab logo tu cuma satu-satunya logo dalam dunia yang kerajaan sesebuah negara nak guna , walaupun design taraf budak tadika.

Tapi bila dah kene kutuk cakap lain pulak, logo yang kononya idea asli tu dikatakan pulak hanya selingan je. kah..kah..kah. lawak betul.

Teringat pada logo 1 malaysia yang dikatakan asli, tapi bila check indonesia dah pakai lama dulu.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sabah Bukan Lagi Milik Malaysia?

| comments

Isu kebanjiran pendatang tanpa izin ke bumi dibawah bayu sabah amat merisaukan,Isu ini bukan baru, tetapi sudah melepasi tempoh 40 tahun lamanya.
Isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah. Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, tetapi malangnya penguatkuasaan & dasar yang lemah tambahan lagi dengan sikap kerajaan persekutuanyang tidak mengambil serius perkara ini. ia sudah dianggap malapetaka.

jumalah penduduk negara Sabah sudah pun mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sabah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. sudah melebihi 1/4 dari penduduk sabah.

Malah Ada sesetengah kawasan yang jumlah pendatang asing nya sudah hampir sama banyak dengan penduduk asal, lebih malang ada kawasan yang sudah dimonopoli oleh rakyat asing, sebagai contoh apa yang berlaku di kinabatangan yang mana warga asing menduduki petempatan itu dengan meawkili 78.3 peratus penduduk.

Sila lihat statistik dibawah yang dikeluarkan melalui kajian pada tahun 2010



Kita ambil 5 petempatan yang didiami ramai rakyat asing di sabah, berdasarkan jumlah tertinggi kehadiran mereka.

Warga asing di Tawau : 171, 409
Warga asing di Sandakan : 148,438
Warga asing di Kinabatangan : 117,689
Warga asing di Kota Kinabalu : 112,145
Warga asing di Lahad Datu : 77,003

Baiklah, statistik itu diambil dari bancian yang dilakukan setelah sepertimana yang kita ketahui berlakunya projek IC di sabah, dimana warga asing dibawa masuk beramai-ramai (sila baca sini) dan diberi taraf warganegara.

Jadi statistik diatas juga telah memasukkan mereka yang sepatutnya tidak diberi taraf itu, makanya berapa jumlah sebenar warga asing dan berapa pula jumlah penduduk tempatan.

"tukanglawan" terbaca  satu petikan yang berbunyi

MENGIKUT Statistik 2010, Warga Asing Projek I/C Mahathir 737,000; IMM13  84,000; Pemegang Permit Kerja  900,000 menjadikan jumlah keseluruhan  1,721,000. Manakala yang tiada dokumen 1,000,000? Warganegara tulen hanya 1,617,000.

Jadi adakah Sabah masih milik rakyat malaysia?, dan apakah nasib serupa akan terjadi di semenanjung?

Add caption

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Mencabul, Awang Hitam Dipukul Sampai Mati

| comments

Indahnya Malaysia, tidakkah anda gembira berada dinegara ini, orang melayu dihasut supaya membenci orang cina, dihasut supaya berfikir buruk pada kaum india, supaya negara ini akan jadi porak peranda, dan peluang itu digunakan si pemerintah.

Kenapa begitu? mudah jawapannya, bila ketidakstabilan antara kaum terguguat, maka sang pemerintah kelak akan berjaya mengamalkan hukum pecah dan perintah mereka. Bangsa melayu sekali laga kan diperbodohkan pemerintah atas nama kepentingan melayu, naik mendadak sekali sokongan kepada parti terbesar pemerintah "umno baru,a, bila isu cina hina melayu dimainkan didada-dada akhbar.

Mengapa hanya mahu jaga melayu?, mengapa tidak kepentingan semua kaum di malaysia?,itu kerja umno, tak perlu tanya mengapa, parti perkauman yang sudah tak releven lagi, harus ditumbangkan supaya negara ini lebih harmoni, melayu tidak pandang serong pada cina dan tidak juga pada india.

Sibuk kita orang melayu, cina dan india dihasut supaya bermusuhan dan tak bekerjasama agar mereka (umno baru,a) dilihat nanti sebagai pembela bangsa, bangsa bangla, indon, india, nepal, myammar dan awang hitam dari negeria dan negara kelas ke 3 lain bertapak beramai-ramai di negara ini.

Tak percaya?, lihat la kiri kanan anda. mahu nafikan?, lihat saja di chow kit yang kini jadi mini jakarta, belakang bangunan Kotaraya Kuala Lumpur yang jadi tempat perkumpulan bangla dan nepal, pasar selayang yang sudah jadi tempat warga asing cari makan. dan kedai mamak yang rata-rata pelayan nya tak boleh bertutur fasih dalam bahasa melayu itu.

Inilah Malaysia, yang kononya tanah tumpah orang melayu. (melayu yang makin layu otaknya dibodohkan pemerintah)'' Kita tak pernah bising kan hal itu, kerajaan buat tak nampak, pemutihan? apa itu, dan apa kesannya?. polis buat tak nampak (atau takde kuasa) kita pula lihat saja. bodohnya kita.

Cerita tentang ekonomi, berapa banyak keluar sudah wang negara, mereka ini pernah kah membayar cukai?, peluang pekerjaan makcik pakcik dikampung? diambil tempat oleh nenak indon dan mat bangla, tiada lagi peluang makcik mahu jadi tukang sapu sampah, tiada lagi rezeki pakcik jadi pengawal sekolah.

Sosial?, betapa teruknya kerosakkan sosial, minah indon buat "laki" orang angau minah indon, anak bini sudah terabai, dek leka kata-kata manis minah indon yang cari "rejeki" di bumi ini, anaka-anak kampung tergoda pada mat bangla yang tak serupa pon dengan pelakon hindustan. malah india jadi pelayan restoran "kimma" juga kurang ajarnya mengalah orang malaysia. inilah negara ini.

Jenayah, Berapa banyak kes pecah rupah, rompak dan rogol oleh mat-mat indon yang mahu cari wang lebih?, anda pasti tahu.

Sana sini bertengek bangla, indon dan nepal menyakitkan mata. mereka buruh murah, senang dan rajin bekerja, tapi 10 tahun akan datang apa jadi pada warga kita, ekonomi mereka? bagaimana jika tempat mereka jadi pekerja dinafikan dek buruh murah, made in bangla?

Pelik orang malaysia bergaduh sesama melayu, cina dan india, puak pendatang bukan lahir dinegara ini bermaharajalela sudah. sampai la satu tahap, awang hitam buat angkara. itu sudah jadi perkara biasa.

Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.

ACP Ab. Rashid Ab. Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu, bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas,” katanya.

Menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan
.
Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat namun disahkan mati sebaik tiba.

Baiklah, kita buat-buat tak nampak akan isu kebanjiran rakyat asing ini, sebab kita tak pernah mahu peduli.





Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

1Malaysia, Buat Moto Pulak Dah !!

| comments

Wah, Najib minat moto pulak dah sekarang, najib mungkin berhajat nak miliki motosikal berkuasa besar dan bawa rosmah jalan-jalan setiap petang, mungkin minat najib ini lahir dari hobi bermotor Zahid Hamidi.

Mungkin zahid Hamidi selalu bercerita pada najib keseronokan menunggang motosikal mewah berkuasa tinggi, kemudian timbul idea mahu miliki motosikal berkuasa tinggi pula, namun kedudukan Najib takkan mahu guna motosikal biasa-biasa, kemewahan perlu ditunjukkan, jika Rosmah boleh, kenapa tidak Najib.

Ohh terlupa, sebuah syarikat bina motosikal dari "amerika" boleh bina sesuatu yang istimewa, lagi pun syarikat itu Oren County Chooper sudah popular, motosikal buatan mereka walaupun unik namun tidak lawa selalu ditayang di kaca TV.

Maka akhirnya lahir lah sebuah motosikal yang diberi nama 1Malaysia chooper, ini sebenarnya bagi mengambarkan konsep wasatiah yang difahami oleh pemimpin umno, walaupun tidak tepat, namun inilah pemahaman mereka.

Jom lihat sikit motosikal berkuasa tinggi berkenaan.


Bagaimana hebatkah ?, anda masih belum lagi lihat gambar-gambar motosikal berkenaan


Mungkin jika anda hanya melihat gambar motosikal berkenaan, ianya memang tidak sehebat mana, mungkin jurutera kita mampu menghasilkan motosikal lebih baik dan hebat dari itu, namun gambar dibawah memang menampakan kehebatan,
 

Agak pelik kenapa Syarikat itu dan sebuah syarikat penyiaran antara bangsa kononnya memilih malaysia untuk dijadikan tema dalam pembikinan motosikal itu, kenapa? benarkah?

Apakah benar dipilih, atau ada "deal" sehingga akhirnya terhasil sebuah motosikal yang diberi nama 1malaysia chooper. ini pelik kerana Syarikat itu kebiasaanya akan megambil tema dari negara mereka sendiri  iaitu 'amerika" dan kebiasaanya dibina untuk dedikasi tertentu, contoh seperti dibawah


Motosikal diatas dibina syarikat yang sama, asas konsepnya diambil dari kehebatan jet pengebom milik negara itu yang dikenali sebagai B2 Bomber, kenapa konsep itu diadaptasi ialah sebagai tanda penghargaan terhadap tentera udara negara itu dan mengambarkan kehebatan pesawat berkenaan., Apakah pesawat itu digunakan tentera negara itu dalam banyak misi peperangan di negara Islam saudara kita?



Sebuah lagi motosikal bertemakan ketenteraan, diberi nama OCC Army National Guard Patriot Bike, untuk tujuan apa motosikal bertemakan ketenteraan dibina, sudah pasti untuk menghargai sumbangan pasukan tentera mereka.


Intel adalah sebuah syarikat penghasilan microcip terbesar dunia, ia juga adalah milik "amerika" jadi tidak menghairankan Occ juga membina sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan dan iktiraf kepada syarikat berkenaan, gambar dibawah adalah motosikal tema Intel.
Kenapa tiba-tiba pula syarikat itu membina sebuah motosikal yang diberi nama 1Malaysia, apakah terlalu istimewa negara ini sehingga mereka membina secara istimewa motosikal tema berkenaan?, atau syarikat itu telah dilobi dan dibayar untuk membina motosikal ini?

Pelik sungguh, Motosikal 1 Malaysia dibina oleh pihak luar yang langsung tiada kepentingan dalam negara ini. dan siapa yanga kan menunggang motosikal ini nanti?. adakah Zahid Hamidi?..
 (sila klik sini untuk lebih berita berkaitan)

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

| comments (2)

Assalamualaikum.
PRU 13 semakin hampir.
Nak jelaskan kepada antum,
Apa yang Pakatan Rakyat nak tafsir.

1)Kenapa Parti Islam berpakat dengan DAP, sebuah parti dominasi Cina yang bukan Islam?
Kenapa Parti Islam menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti dominasi Melayu beragama Islam?

2)Parti Islam menjawab, dalam fiqh siyasah Islamiyah (Politik Islam), dibenarkan bertahalluf siyasi (kerjasama politik) dengan bukan Islam. UMNO membidas, Parti Islam sudah lari dari landasan perjuangan. Jika demikian UMNO sudah lama menggunakan Tahalluf siyasi dengan MCA dan MIC, komponen bukan Islam dalam BN.

3)Kenapa Parti Islam, apabila dulu membidas UMNO bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN, dikatakan haram bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang pula Parti Islam menghalalkan pakatan dengan bukan Islam dalam PR dengan nama tahaluf siyasi? Apakah pada parti lawan dilabel haram, pada parti sendiri dikatakan tahalluf siyasi?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini beberapa hujah ilmiyah dan logika politik semasa diperlukan.

Seperti yang dijawab oleh beberapa pimpinan Parti Islam, pakatan Parti Islam dalam PR adalah bersaskan tahalluf, bukan berasaskan wala' seperti UMNO dalam BN.

Apa itu pakatan tahalluf? Apa itu gabungan wala'?

4)Tahalluf bererti kerjasama, yang disepakati pada kesamaan tertentu dalam hala tuju parti.
Wala' pula adalah gabungan yang mengorbankan prinsip, asalkan dapat berkuasa, prinsip boleh digadai.

5)Apakah ini label baru yang Parti Islam mereka-reka untuk menghalalkan hubungannya dengan DAP yang bukan Islam? Sedangkan dulu Parti Islam melaungkan 'Haram' bekerjasama dengan parti Kafir, siap dengan ayat-ayat quran sebagai hujah pengharaman mengambil kafir sebagai awliya'. Apakah Parti Islam benar-benar sudah berubah?

6)Tidak, dari segi prinsip dan dasar, Parti Islam terus mengekalkan dasarnya, tanpa berubah. Mereka yang tidak faham antara dasar dan strategi pembawaan pasti akan terkeliru dengan perubahan yang di bawa Parti Islam.

7)Hukum mengambil orang kafir sebagai awliya' adalah haram, dan hukum ini tidak pernah berubah. Memberi maksud, hubungan wala' dengan parti kafir atau orang kafir adalah haram. Gabungan wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC tetap haram, kerana UMNO tetap menggadai prinsip partinya demi mengekalkan gabungan BN untuk terus berkuasa.

8) Firman ALLAH dalam al-Qur'an yang bermaksud: "Janganlah mengambil orang-orang yang mukminin orang­-orang yang kafir sebagai awliya' (pemimpin) lebih daripada orang-orang yang beriman. Dan barang siapa, yang berbuat demikian itu maka tidaklah ada dari ALLAH sesuatu juapun. Kecuali bahwa kamu berawas diri dari mereka itu sebenar awas. Dan ALLAH memperingatkan kamu benar-benar akan diri-Nya. Dan kepada Allahlah tujuan kamu." (Surah Ali 'Imran: 28)

9) Hubungan wala' atau awliya' dengan bukan Islam tidak dibenarkan. Akan tetapi kerjasama dalam bentuk tahalus siyasi demi mencapai suatu tujuan maslahah adalah diharuskan. Parti Islam tidak bekerjasama dengan DAP melainkan atas kesepakatan menuntut keadilan diberikan kepada semua rakyat. Inilah titik persamaaan yang ada pada Parti Islam, DAP dan PKR dalam tahalus siyasi. Adapun isu perlaksanaan hudud, negara Islam dan seumpamanya, dibantah keras DAP, dan Parti Islam tidak pernah mengendurkan niat untuk tujuan itu semata-mata kerana tekanan DAP. Ini melambangkan parti-parti ini hanya bekerjasama pada untuk persamaan, dan tidak menggadaikan prinsip parti masing-masing.

10) Sedangkan UMNO-MCA-MIC saling menggadai prinsip demo untuk terus berkuasa. Kadang-kadang kita dapat lihat UMNO tunduk pada ugutan MCA. Kadang-kadang MCA juga terpaksa akur dengan keris UMNO. Gabungan ini dilihat masih wujud kerana berpaksikan kuasa. Jika kuasa terlepas dari mereka, kita akan lihat mereka akan berpecah. Lihat sahaja parti GERAKAN, salah satu rakan dalam gabungan wala' tersebut. GERAKAN tewas teruk dalam PRU12 lalu, bermakna GERAKAN hilang 'kuasa' dalam gabungan BN tersebut. Lihat apa jadi pada GERAKAN, sehingga pengerusinya 'dipaksa' untuk tidak bertanding dalam PRU DUN mahu pun parlimen. Desas-desus mengatakan UMNO menjadi dalang dalam perkara ini. Jika benar, tidak hairan, kerana itulah hasil perkongsian kuasa atas dasar wala'. Siapa kuat akan menindas yang lemah. Siapa yang kuat akan men'demand' pelik-pelik.





11) Tahalluf dalam PR pula tidak seperti wala' dalam BN. Parti Islam walaupun bilangan kerusi yang dimenangi paling sedikit berbanding DAP dan PKR, namun Parti Islam tidak dilihat lemah dam mudah dimanipulasi. Parti Islam juga tidak mengalami 'inferioriti complex' dalam pakatan Rakyat. Lihat pula kejadian lompat-melompat para pengkhianat dari PKR, menyebabkan kerusi PKR merosot, menjadi lebih seidkit daripada DAP. Jika amalan wala' dalam BN terjadi dalam PR, sudah tentu jawatan ketua Pembangkang akan diambil alih oleh DAP - Lim Kit Siang. Dato Seri Anwar akan tersingkir. Akan tetapi PR adalah pakatan tahaluf. Berkongsi dan berpakat dalam hal yang sama, yakni menentang kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan BN. Maka Dato Seri Anwar dari PKR terus menjadi ketua Pembangkang sebulat suara dalam PR.


12) Dalam perspektif ilmiyah seperti yang dianjurkan dalam Islam, ALLAH tidak melarang kita bekerjasama dengan bukan Islam, atas dasar menetang kezaliman. Kerana ALLAH amat tidak menyukai perbuatan zalim dan menzalimi sesama manusia. Tiada satu ayat pun dalam al-Quran, dan tiada sepatah pun sabda Nabi S.A.W yang membenarkan umat Islam berpakat, atau bekerjasama dengan kezaliman, sekalipun kezaliman itudilakukan oleh khalifah Islam.

13) Lihat akhlak tabiin seperti Imam Abu Hanifah, tidak sekali-kali bersama dengan khalifah yang zalim sekalipun khalifah itu beragama Islam, mengucap syahadah dan menjadi imam solat jamaah. Beliau rela dipenjara dan disiksa pemerintah daripada menurutnya.

14) Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud bahawa jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api nerakalah selayaknya. Cenderung pun tidak boleh, apatah lagi menyokong, mengundi ataupun bekerjasama dengan pihak yang melakukan kezaliman.

15) Dalam surah al-kahfi ayat 29, ALLAH berfirman : Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. "

16) Ayat tersebut jelas, sesiapa yang mahu beriman, maka berimanlah. Sesiapa yang tidak mahu beriman, silakanlah. Biarlah, itu urusan ALLAH, ALLAH yang akan menentukan nasib mereka yang mahu beriman atau tidak beriman. Tugas kita adalah menyeru dan menyampaikan sahaja.

17) Akan tetapi bab kezaliman, ALLAH tidak pernah berkata 'Jika kamu hendak berlaku adil, maka buatlah adil. Jika kamu hendak berlaku zalim, maka buatlah kezaliman.' Tidak! tidak pernah sama sekali, malah ALLAH mengancam orang-orang zalim dengan azab yang dahsyat. ALLAH menyuruh kita menjauhi daripada berlaku zalim. Nabi S.A.W menyuruh kita menentang kezaliman.

18) Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah (lisan,pena), jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hati (menbencinya, menjauhinya). Itu selemah-lemah iman. maka kezaliman adalah satu kemungkaran, yang wajib umat islam mencegahnya. Wajib umat melawannya.

19) Bersepakat dengan orang tidak beriman tidak ada nas yang melarangnya, asalkan bukan pakatan wala' yang merugikan umat Islam. tetapi bersekongkol dengan kezaliman sekalipun kezaliman itu dianuti umat islam, hukumnya haram, dan azab menanti. Jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api neraka akan menyambarnya.

20) Maka dalam hal ini, UMNO-MCA-MIC dalam gabungan mereka melakukan kezaliman, wajib ditentang oleh rakyat. Wajib ditentang oleh orang-orang beriman. Harus umat Islam bersama-sama dengan orang bukan Islam untuk menjatuhkan kezaliman yang besar BN. Tidak boleh umat islam bersama UMNO sekalipun UMNO itu terdapat orang Islam, kerana mereka menganut prinsip zalim, menindas dan assobiyyah.

21) DAP dan PKR adalah parti yang memperjuangkan prinsip keadilan. Keadilan yang bagaimana, tidak sepenuhnya diketahui. Akan tetapi bukti-bukti telah mereka tunjukkan, untuk kita sama-sama bertahaluf dengan mereka.



22) Parti Islam sepatutnya berpakat dengan parti-parti yang berlandaskan prinsip Taqwa. Namun dalam negara kita, parti manakah lagi yang mahu menggunakan prinsip Taqwa, yakni berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, ijmak dan Qias? Tidak ada. Maka option kedua yang ALLAH kemukakan adalah prinsip adil. Sesiapa atau parti mana yang mahu menggunakan prinsip Adil, kita hendaklah menyokong dan berpakat dengan mereka. Kerana Adil itu ' aqrobu littaqwa '. Adil itu lebih hampir kepada Taqwa.

23) Dalam hal ini, bayang-bayang UMNO untuk berlaku adil tidak sedikitpun kelihatan. Lihat sahaja isu-isu yang dibangkitkan. Terbaru, isu lembu Fidlot, isu Bil perhimpunan Aman. Adakah isu menandakan adilnya UMNO? tidak. mereka menzalimi rakyat. Rakyat diperas harta mereka, sedangkan pemimpin dan kroni UMNO/BN bermewah atas harta rakyat. tidak zalimkah?

24) Maka sesiapa yang cenderung kepada kezaliman, ' fannaru awla bih'. Maka api neraka lebih awla baginya. Maka jahuilah UMNO/BN. Parti islam telah membuat pilihan tepat dengan memilih PR untuk kersama tahaluf dengan DAP dan PKR, selagimana kesepakatannya adalah berprinsipkan keadilan.

"Undilah Pakatan Rakyat,Selamatkan Malaysia.
Jangan benarkan golongan KAPITALIS dan BANGSAWAN itu terus memijak kepala RAKYAT dan berbuat sesuka hati."

" Your IGNORANCE is their POWER ! "


-AAAA

Sejak Tahun bila Malaysia Berdagang dengan Israel?

| comments

Pasti ramai yang tertanya-tanya, sejak bila sebenarnya hubungan dagang antara Malaysia dan Israel bermula, sejak bila negara ini bersekutu dengan negara yang menceroboh tanah Palestin itu, sejak bila Malaysia mendermakan sedikit wang untuk membangunkan negara Yahudi Israel?

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 atau awal sedikit dari itu.

Pada tahun 2001 sahaja malaysia sebenarnya telah telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) serta mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu., dan bermula dari tahun itu ia sentiasa berkembang

Nah, ia bukan jumlah yang sedikit, sudah banyak wang dalam negara dialirkan keluar ke negara Yahudi itu. wang itu telah digunakan untuk membangun negara haram itu. mereka mendapat keuntungan yang jelas sangat besar dari kebobrokan pemimpin umno yang berlakon suci.

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu

Hah, entah barangan apakah yang dikeluarkan oleh negara yahudi itu telah kita pakai dan guna. kenapa ini terjadi, kerana diam-diam kerajaan Malaysia adakan hubungan dagang dengan Israel.

Siapa kerajaan itu, mereka ialah kerajaan UMNO yang menggunakan Khidmat perunding APCO iaitu sebuah syarikat penasihat milik yahudi. Kerajaan Umno yang kebanyakkannya adalah orang melayu yang kononnya Islam, itu tidaklah menjadi sesuatu yang pelik , kerana cara hidup pemimpin agung Umno sendiri tidak mengikut kehendak Islam, malah khabarnya anak bekas Perdana menteri juga merupakan pemilik saham terbesar kilang arak.

Sudah jelas lagi bersuluh, Kerajaan Umnoapco menipu rakyat, sehingga penyokong mereka pun tertipu, bersorak-sorak menuduh Anwar sokong Israel, tapi inilah hakikatnya, mereka ditipu pemimpin sendiri.

"Kuman depan mata nampak ( walaupun takde) gajah depan mata langsung tak nampak ( sebab media umno dok menipu je"


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

GEMPAR!!!! MALAYSIA KAWTIM ISRAEL?

| comments

GEMPAR!! BOOMBASTIK!!! PLASTIK!!! Dah la ada hubungan PERDAGANGAN, VISA pun diorang bleh kawtim!!! WOW!! Inilah usahasama 1malaysia dengan 1israel.. Tahniah rakyat malaysia yang menyokong lembUMNO...




Nak tau cerita lanjut? KLIK SINI untuk maklumat yang lebih suspen lagi menyeramkan dan mampu menaikkan bulu hidung korang!!! 

Siasat PATI Jadi Pengundi - Anwar

| comments



Soal PATI diberi hak mengundi bukan perkara baru, isu ini dulu sangat panas, terdapat daftar pengundi di kalangan warga asing yang tiba-tiba diberi taraf kerakyatan. tak percaya klik sini dan klik di sini banyak keraguan tentang status PATI ini.

Hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberikan hak kewarganegaraan untuk mengundi. suruhanjaya itu perlu ditubuhkan kerana beliau khuatir dengan isu pengundi di kalangan pendatang asing yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Kita mengesa supaya kerajaan segera menubuhkannya (RCI). Isu ini bukan hanya berlaku di Sabah (projek ic), sebaliknya ini adalah isu negara keseluruhannya,(SPR) perlu sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang. Tidak munasabah jika kerajaan jadikan perkara ini sebagai politik sempit,”  katanya dalam satu sidang media di Damansara siang tadi



Apakah kerajaan berani menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja?, ini kerana mereka dikatakan ada kaitan pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing ini untuk manafaat mereka,

Ketua Pembangkang itu juga pernah mendakwa kira-kira 200,000 pendatang asing dari Indonesia diberi kerakyatan untuk memenangkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Isu sama berlaku di Sabah sejak tahun 1980 an dan 1990 an ketika era pemerintahan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu kajian melaporkan sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin telah mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah bertujuan untuk memenangkan Umno-BN dalam pilihan raya. 

Kita pandang kira kanan kita, sekarang warga asing sudah berlambak-lambak, persoalan utama apakah kerajaan sedia ada tidak melakukan sesuatu untuk membendu perkara ini, boleh dikatakan kadang kala bila kita pergi ke sesuatu kawasan tertentu, jumlah warga asing ini jauh lebih ramai dari kita, tak payah di terangkan lah masalah-masalah yang dibawa oleh mereka ini, bermacam-macam perkara.

Yang sedihnya ada orang-orang "umno" yang sangat mengangkat "ke Melayuannya" menghina bangsa lain yang sama-sama membangunkan negara ini, tapi dalam masa yang sama, bela warga asing yang lahirnya entah di mana. 






Pilihanraya 11 Mac? - sumber maklumat dalaman umno

| comments

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Hatta Ramli berkata parti-parti politik di Malaysia sekarang sekadar tinggal 50 hari untuk bersedia menghadapi pilihanraya.
Tambah beliau lagi "Berdasarkan maklumat dalaman dari Umno, Najib akan membubarkan Parlimen pada Februari. dan kita hanya mempunyai dua minggu tempoh berkempen sebelum membuang undi pada 11 Mac."

Dakwaan Hatta diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa cuti sekolah panjang yang pertama bagi 2012 adalah dari 10 hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

"Oleh itu kita hanya mempunyai 50 hari lagi untuk bekerja. Tidak banyak masa yang tinggal untuk kita duduk dan berehat," Ahli Parliman Kuala Krai itu memberitahu orang ramai 500 hadirin semasa majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng.

Namun dalam keadaan berita hangat tentang kerakusan rosmah berbelanja besar didedahkan media antarabangsa baru-baru ini serta tekanan terhadap skandal NFC, mungkin najib terpaksa melewatkan lagi tarikh pembuangan undi,

Tapi dengan projek gula-gula yang giat ditaburkan oleh umnoapco sekarang, ditambah pula dengan pelbagai peristiwa termasuk sabotaj pemungutan sampah untuk memburukkan pentadbiran kerajaan selangor, serangan media terhadap Anwar Ibrahim serta usaha media tempatan menonjolkan imej yang bagus terhadap  badan kehakiman,s emua itu tidak mustahil.

Mungkin dalam masa terdekat parlimen akan dibubarkan dan tidak lama lagi pilihanraya akan berlangsung,

Walaupun hanya rosmah, najib dan bomohnya yang tahu bila pilihanraya akan diadakan, kita tidak harus leka,  lupakah kita mereka sedang berkempen saban hari melalui media masa. sepatutnya pendokong pakatan rakyat saat ini telah siap siaga.


Tentera british bunuh orang kampung batang kali (reloded)

| comments




British datang untuk menjajah dan menjarah kekayaan negara ini, namun malangnya kerana takutnya rejim pemerintah yang cukup dikenali sebagai anak emas british itu, sejarah cuba diubah dengan mengatakan malaysia ini tidak pernah dijajah,

Itu tidaklah mustahil kerana mereka yang jadi rejim pemerintah sekarang juga selalu memutar belitkan sejarah, untuk terus kekal berkuasa, kononnya membela, umno sebenarnya menipu orang melayu sendiri

Siapakah sebenarnya yang berjuang menentang penjajah?, nama-nama mereka seakan disembunyikan, malah nama-nama pemimpin besar umno pula disebut sebagai pejuang, setahu "tukanglawan" mereka tidak pernah diburu oleh penjajah pun, jadi pemimpin-pemimpin besar umno bukanlah musuh british

Pemimpin umno hanyalah sekadar menyambut kemerdekaan hasil perjuangan orang lain. itu pun kerana british rasa selesa bekerjasama dengan puak-puak umno ini. dan kerana sebab itu lah dalam filemx2 lama british ini terlalu disanjung,

Perlukan british si penjajah ini disanjung ?, terlalu banyak perkara buruk mereka diselindungkan pemerintah, salah satu ialah cerita dibawah ini, cerita rakusnya si penjajah menjarah nyawa penduduk kampung.
12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.

Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan Surat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan. 


Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun tiada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.



 Lagi video disini (harus tonton)

 @TUKANGLAWAN Fikir pasti ada sesuatu yang british mahu dari Malaya dulu.


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Penipuan media buat rakyat makin jelak

| comments



Lihatlah gambar diatas, gambar diatas diambil di konvensyen pakatan rakyat ke 3 yang berlangsung di Kedah Darul Aman minggu lepas.

Gambar tersebut diambil dan dimanupulasi dengan tujuan memperdaya dan mengelirukan ramai orang. apakah niat sebenar mereka memberi gambaran bahawa konvensyen tersebut tidak mendapat sambutan dan hambar?

Wartawan atau atau pengamal media seharusnya punya maruah diri yang tinggi dalam menyampaikan berita, janganlah terlalu takut kepada sesiapa, lupakah mereka bahawa rezeki dan urusan diri kita ini seharusnya diserahkan kepada ALLAH.

Mungkin pengamal media sekarang terkongkong dan tertekan kerana takut kehilangan rezeki?, lalu mereka sanggup menyiarkan berita yang sebenarnya tidak mengambarkan keadaan sebenar.
Mungkin benarlah cerita yang disampaikan oleh pengamal media pro kerajaan nasional tersebut, ceritanya mengenai kerusi yang kosong, bukti bergambar pun disertakan sekali, namun sesuatu gambar itu masih tidak menggambarkan perjalanan sebenar konvensyen tersebut.

Sekeping gambar tidak mampu membuktikan apa-apa, sudut - sudut tertentu boleh digunakan untuk manipulasi cerita.


Bayangkan gambar tersebut diambil sejurus sebelum majlis bermula, ketika para peserta konvensyen masih lagi dalam perjalanan ke tempat berlangsungnya perhimpunan tersebut, manakala yang telah sampai menggunakan kesempatan bertegur sapa dengan rakan-rakan sebelum mengambil tempat duduk, ada pula yang menjamu selera sebelum mengambil tempat didalam stadium.

Apakah gambaran yang disampaikan itu dapat menggambarkan secara keseluruhannya perjalanan majlis tersebut, jawapannya sudah tentu tidak.

Bagaimana pula dengan gambar dibawah. gambar dibawah diambil ditempat yang sama dengan gambar diatas tadi, tetapi dalam situasi cukup berbeza.

Tak apalah, biarkan sahaja mereka memberi gambaran mengikut pandangan mereka, semakin media cuba menipu rakyat, semakin mereka tidak lagi dipercayai, semakin mereka cuba menipu, semakin tidak percaya rakyat kepada kerajaan. cuma pengamal media diseru supaya lebih bermaruah, sudah lupakah anda kepada etika menjadi seorang pengamal media?

(Tanah terbelah) Sah Kuantan tidak selamat untuk projek LYNAS

| comments



Degil betul kerajaan pusat nei, kalau kata bodoh takmo mengaku, tapi takpe la. rakyat memang dah tahu lama dah menteri-menteri kat malaysia nei bukan bijak pun.

Ingat tak pasal LYNAS, beria-ia la kerajaan malaysia kata itu adalah projek yang selamat, walaupun ramai yang tahu bahan kumbahan yang terhasil itu akhirnya akan membawa kesan jangka masa "pantas" terhadap ramai orang terutama yang tinggal berhampiran kuantan .

Kalau rajin semak-semak balik posting la, banyak la "tukanglawan" ceritakan keburukan dari projek mega kerajaan persekutuan nei. kebaikan hanya pada pemimpin-pemimpin umno jew, sebab dari projek LYNAS nei la mereka dapat "wang besar" dan sisa tu pulak bagi pada rakyat.

Sisa bergelar Radiasi dan pencemaran yang boleh membawa kecacatan dan banyak penyakit. tu je la pon rakyat dapat... kalau peluang pekerjaan, berapa ramai orang kuantan yang pandai pasal "rare earth" nei.

Australia yang lebih maju dan ketat kawalan sisa buangan tu pon takmo kilang tu nak dibina di sana, kenapa menteri banggang di malaysia nei nak sangat. ahaha... ohh mungkin kita punya piawaian pembinaan sangat bagus.

Nak kata bagus, jambatan retak sana-sini, stadium runtuh lagi, tu belum kira bangunan baru banjir sebab bumbung tak betul... ade hati pulak nak bina kilang LYNAS.


Ni kat kuantan, baru hujan cikit tanah dah terbelah, korang rasa yakin kew Kilang tu akan selamat... ahahah.. menteri bodoh yakin.. korang pon kene yakin juga la... ala.. rakyat kan bagi pemimpin umno sama je macam "lembu sharizat".

Tapi menteri ni mudah lupa sebenarnya.. rakyat lebih bijak menilai. nanti  PRU13 rakyat akan ajar diorang.


DS Anwar Ibrahim Ibarat Emas Tulin

| comments

Assalamualaikum,berikut adalah beberapa petikan daripada ucapan YB Saifuddin Nasution,
Setiausaha Agung PKR.

Mari kita hayati.

‎"Saya sempat ziarah Ketua Umum waktu menjalani pembedahan tulang belakang saat dibebaskan tahun 2004,

Antara teman Datuk Seri (DS Anwar Ibrahim) yang sempat saya temui,yang menziarahi beliau ialah Dr Syeikh Taha Jabir al-Awany,


Dia sebut dengan saya,"Jangan patah hati anak muda,ujian ini BIASA,pepatah Arab ada sebut,Nak tahu EMAS TULIN yang berMUTU TINGGI,dia mesti dibakar,dibakar,dicanai,dibakar berkali-kali,dan hasil akhir itu betul-betul EMAS yang berKUALITI dan berMUTU TINGGI".

Hasil AKHIR itu adalah EMAS yang bermutu TINGGI"
-YB Saifuddin Nasution,
Setiausaha Agung PKR,
Sesi Penggulungan,
Kongres Nasional PKR 2011.


-AAAA

Awas UmnoApco sedang menjual negara..

| comments



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi (belum lagi yang baru diambil butir diri mereka) merupakan tindakan bahaya kerana ia dilihat sebagai mengadai dan menjual negara sendiri.

Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan. di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka, kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN". Kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa


Beliau berkata demikian  ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.


Tegasnya, "kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu."
Hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.

Konspirasi itu begitu membahayakan dan rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.dan boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang., katanya lagi




"tukanglawan" ajak semua orang fikir sejenak, kita ambil satu contoh, mungkin bilangan warga asing yang mendapat kerakyatan lebih tinggi dikalangan wanita, kerana ada "awek-awek indon" yang masuk ke negara ini bukan berniat untuk sekadar "cari makan," ada juga yang berniat untuk "mencari laki" untuk jadi "orang malaysia" mereka berkahwin dengan warga tempatan, lalu dijadikan warganegara (semudah itu)

Berapa banyak pula awek-awek Indon yang jadi punca keretakan rumah tangga, kerana si "suami" ramai yang hanyut digoda golongan ini, dan ramai lagi menjadi "lauk" lelaki-lelaki kesunyian yang mahu "menyimpan" wanita,

Itu belum lagi kes nepal bergaduh rebut perempuan, bangla menggoda isteri orang dan bermacam-macam lagi
tidakkah kebanjiran warga asing ini membawa permasalahan sosial?, namun kerajaan bermurah hati memberi mereka kewarganegaraan sesuka hati.(pastio ada agenda tersembunyi bukan)

Dan kalau JPN berani, beri la daftar mereka-mereka yang diberi kewarganegaraan itu, kerana rakyat semua mahu tahu, apa kerjaya dan sumbangan mereka, adakah mereka doktor  atau jurutera, adakah mereka Ahli sukan atau artis popular , atau adakah mereka hanya pekerja kilang, atau " perampas laki orang"



itu hanya satu contoh kecil, belum lagi contoh lain , soal peluang kerja, peluang meniaga dan lain-lain lagi, mereka datang untuk "jadi kaya" dan adakah mereka akan membiarkan sahaja peluang yang ada walaupun itu hak rakyat malaysia? fikirkanlah, ini negara kita,bukan negara kita.. JOM TUMBANG BN, SEBELUM NEGARA TERGADAI




@TUKANGLAWAN Mintak anda naik komuter atau bas, siapa lebih ramai, adakah anda dapat duduk atau tempat anda telah diambil bangla dan indon dan anda terpaksa berdiri?, fikirla dimana tempat anda ?.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit