245,376 PATI telah Didaftarkan

| comments

BERNAMA telah melaporkan seramai 245,376 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah didaftar sehingga tengah hari hari ini sejak hari pertama pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bermula Isnin lepas.

Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan bilangan pendaftaran paling tinggi dengan 79,855 orang, diikuti Kuala Lumpur (54,041), Johor (31,060), Pulau Pinang (18,278), Perak (13,358), Pahang (12,218), Putrajaya (11,641), Negeri Sembilan (9,146), Kedah (7,738), Melaka (3,981), Kelantan (1,690), Terengganu (1,557), Perlis (648) dan Labuan (255).

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa pendaftaran dibuat melalui 197 pejabat Imigresen dan 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh 336 syarikat pengurus.

Persoalan yang timbul adakah ada antara (PATI) ini akan diserap masuk ke daftar pengundi dan diberikan kad pengenalan warganegara semata-mata bagi membolehkan mereka mengundi. dan apakah matlamat sebenar proses ini dilakukan disaat kerajaan rejim umnoapco dilihat sangat terdesak untuk terus menang?

Mungkinkah kes "mismah" akan berulang?

PAS Selangor sebelum ini membuat pembongkaran  bahawa mereka berjaya mengesan sebanyak 1,587 kes seperti ini di seluruh negara  dalam tempuh terdekat.
Rakyat malaysia perlu bangkit bagi menyelamatkan negara ini, kerajaan rejim barisan nasional pasti melakukan apa jua muslihat untuk terus berkuasa sekalipun terpaksa melacur perlembagaan



Sumber berita


@TUKANGLAWAN Minta kita semua jatuhkan BN, kita selamatkan malaysia. ini negara kita.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit