Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah dan skandal lain.
Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah. ia sesuatu yang mengakibatkan rakyat semakin muak dengan kerajaan rejim umnoApco
Beliau juga berpendapat rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India juga dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.
Sebelum ini Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.
Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke 13 demi menyelamatkan parti itu dari kalah teruk pada PRU 13 itu nanti.
Ini membuktikan kepimpinan najib sudah ditolak oleh rakyat, tambahan pula dengan cara najib menangani himpunan BERSIH 2.0 yang lalu. ini menyebabkan kerajaan dibawah pimpinannya dilihat menggunakan segala jentera yang ada untuk memusuhi rakyat.
Rosmah mansur sebelum ini dikaitkan dengan beberapa skandal dan kontroversi. seperti peranan beliau didalam Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), yang menerima wang komisyen 100 juta euro diatas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.
Kontroversi lain adalah hubungan rosmah dengan bakal besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia
Skandal pembelian cincin permata bernilai 24 juta oleh rosmah dan banyak lagi skandal lain yang dilihat merosakkan imej najib dan imej rejim umno apco / barisan nasional
Rosmah dilaporkan juga meminta peruntukan tambahan untuk program Permata, sedangkan jumlah dana sebanyak RM111 Billion bagi tahun 2011 telah habis digunakan tanpa sebarang laporan kewangan berkaitan penggunaan dana itu dikeluarkan untuk diaudit
Rosmah dilaporkan juga meminta peruntukan tambahan untuk program Permata, sedangkan jumlah dana sebanyak RM111 Billion bagi tahun 2011 telah habis digunakan tanpa sebarang laporan kewangan berkaitan penggunaan dana itu dikeluarkan untuk diaudit
Rosmah juga pernah menghina Raja Permaisuri Agong sebelum ini dengan menggunakan gelaran"First lady of malaysia"
@TUKANGLAWAN Kadang-kadang keliru siapa sebenarnya perdana menteri malaysia.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.