Permata - Rosmah mintak duit lagi

| comments


Najib Razak digesa merujuk permintaan isterinya,Rosmah Mansor yang mahu peruntukan lebih untuk Program Permata Negara (Permata), dibincang di parlimen.

Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin berkata, Ini kerana peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata pada Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan. seharusnya, data keberhasilan dan  indikator pencapaian program permata perlu dikemukakan kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambahbaikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.


“Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan,, wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan publisiti dan peribadi, termasuk pembelian beg tangan dan cincin berlian berharga jutaan ringgit” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

“Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam, kata Zuraida lagi

Pada 28 Julai lalu, Bernama melaporkan Rosmah meminta supaya peruntukan untuk Permata ditambah kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini, namun tiada laporan kewangan dibentangkan mengenai jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk program permata.

Benarlah kata najib "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' Rosmah dikaitkan dengan pembelian sebentuk cincin "permata" bernilai lebih RM24 juta, dan beberapa koleksi beg tangan bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.


Najib minta kita berjimat cermat sedangkan isternya dibenar terus boros menghabiskan wang rakyat


@TUKANGLAWAN Simpati kepada nasib 380 orang pekerja ini, mereka menghadapi kesukaran hidup akibat perbuatan ini.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit