Puak umno fitnah lagi, main isu agama lagi

| comments

Setelah tidak berjaya memburuk-burukkan pemimpin pakatan dan peserta himpunan bersih, Hari ini pencacai umno telah cuba sekali lagi menimbulkan keadaan tegang dan cuba memburukkan peserta himpunan BERSIH yang lalu kononya menyokong golongan murtad.


Adakah dengan "like" dan komen didalam group tersebut  boleh terus dianggap menyokong kumpulan tersebut?, jika pencacai umno berfikir begitu, mereka sangat dunggu dan bodoh, dalam kes seperti ini ada dikalangan umat islam akan like page tersebut untuk memberi hujah supaya mereka yang murtad kembali ke pangkal jalan.

Sama seperti kebanyakkan pemilik facebook yang like page najib razak , tidak bermakna mereka suka dan menyokong najib, malah lebih ramai yang menyerang dan menghentam najib kerana gagal menjadi perdana menteri.cuma sekarang admin yang menjaga page itu lebih kuat bekerja. jika anda dapat massuk pada masa yang sesuai anda akan lihat bagaimana perdana menteri yang dikaitkan dengan pelbagai skandal itu dihentam teruk.

Jika kita sayangkan mereka mengapa kita tidak like page tersebut dan cuba menyelamatkan mereka, bila golongan murtad ini dibiarkan tanpa bimbingan, bukankah kita yang akan dipertanggungjawabkan, mengapa tidak kita pimpin tangan mereka.?



Apa yang dilakukan pencacai umno ini adalah berniat untuk mengelirukan orang islam, dan bertujuan jahat, mereka juga mengaitkan nama beberapa pemimpin pembangkang rakyat , matlamat utama mereka ialah untuk menarik sokongan ramai dengan mengatakan kononnya pemimpin pakatan rakyat  menyokong mereka, ia berniat jahat sekali.

Sebagai seorang islam, pencacai umno itu seharusnya menyebarkan link page tersebut dan meminta lebih ramai rakan beragama islam bantu memperbetulkan akidah golongan yang murtad itu.

Atau mungkin page tersebut dibuat oleh golongan mereka sendiri ?, semata-mata berniat memburukkan pemimpin pakatan rakyat dan peserta himpunan bersih, dan cuba menarik kembali kepercayaan rakyat kepada rejim umnoapco dan barisan nasional yang dijangka tewas pada PRU13 nanti.

Pencacai tersebut cuba memburukkan sesetengah golongan, kenapa dalam keadaan begitu dia tidak minta kita sama-sama tanpa mengira ideologi politik memperbetulkan kembali akidah golongan tersebut?

Dan tidak ada cara lain untuk menasihati mereka kecuali dengan "like" page tersebut, dan  bila kita "like" tidak bermakna kita menyokong mereka menjadi murtad,

Sama seperti ramai yang "like" page najib razak, bukan kerana menyokong, tetapi menghentam najib razak.

Bagi "tukanglawan" sendiri tiada kompromi dalam perkara ini,pemilik group tersebut harus dikenakan hukuman,  namun disarankan juga supaya pencacai umnoapco jangan memutarbelit isu demi survival politik umno BN yang nampak gayanya sedang nazak.

@TUKANGLAWAN Lebih takutkan ALLAH, tanggungjawab kita pujuk golongan murtad kembali kepada islam.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit