Orang ramai dijemput mengikuti siaran langsung taklimat Scorpene oleh
peguam Perancis yang diadakan di Hotel Changi Village, Singapura
menerusi ruangan awam yang disediakan di Dewan Himpunan Cina Kuala
Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula 12 tengahari ini.
Siaran langsung itu dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijadual berlangsung dua jam.
Taklimat itu yang sepatutnya dibuat di Parlimen Malaysia terpaksa
diubah ke Singapura sebagai lokasi alternatif berikutan halangan oleh
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam kenyataan berkata,
taklimat tersebut akan merungkai banyak pendedahan dan maklumat baru
berkaitan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Antara perkara penting yang bakal diketahui termasuk persoalan
siapakah lelaki ketiga, apa peranan Altantuya, siapa Aminah Abdullah dan
siapa yang dapat pasport Malaysia.
“Kita
juga bakal mengetahui nama dan alamat syarikat yang terbabit dalam
urusniaga ini, siapa yang ambil duit komisen pembelian Scorpene, apa
peranan Najib Razak dalam skandal ini termasuk bukti pertemuan Najib dan
Altantuya di Paris.
Semua ini dalam tangan peguam Perancis,” katanya.
Menurut Edy Noor, sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat.
“Orang ramai dan semua pengamal media dijemput hadir. Jadilah antara
rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke
KLSCAH,” katanya.
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Yang ini memang najib kene jawab, kenapa syarikat yang sama sekali tak layak dapat projek sambungan LRT dianugerahkan projek yang melibatkan keselamatan rakyat tu.
Saifuddin Nasution Ismail mempersoal mengapa George Kent boleh menang
projek LRT sedangkan syarikat itu mendapat markah rendah dalam penilaian
laporan Kementerian Kewangan.
Syarikat George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, tidak ada
pengalaman dalam projek rel atau LRT, malah mendapat tempat ketiga
tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman.
Penilaian oleh syarikat perunding kejuruteraan yang telah metulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 juga menyebut George Kent mendapat purata markah yang
rendah dari syarikat lain, dan tidak diyakini untuk mengendali projek
tersebut
Rafizi Ramli sebelum nei mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat
tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan
LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai
George Ken.
Persoalannya mengapa? najib kene jawab kenapa syarikat tak layak dan tak diyakini mampu mengendalikan projek ini diberi kontrak, ada apa-apa ke?
Mungkin bila najib sudah bukan Perdana Menteri baru semua rahsia akan terbongkar.
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Hurmm.. susah nak jawab ni, biar kita baca komen kawan kat facebook je la.
Dan lagi pembongkaran paling best tentang lokasi dan pekerja kolam udang kepunyaan pejuang bangsa melayu asli yang sangat cinta muaah-- muaah pada melayu sebangsanya
Hah, lepas disiasat rupanya ada kena mengena dengan tanah 30 ekar .. jeng.. jeng.. jeng... ( ingat khir toyo?.. ingat Sharizat ?.. satu kapal dengan Noh tu ).. hurrrmmm itu mesti tanah kepunyaan melayu tu....
Tapi puak umno akan spin cerita ni, diorang kata hasil siasatan penduduk ni demo depan kolam udang noh omar sebab udang tu tak sedap....
Takpe la, kita tunggu noh omar jawab, dia kan suka kuar paper kebelakangan nei.
Mahkamah Luar negara sudah mula pun bicara hal berkaitan skandal Scorpean yang melibatkan Najib Razak dan Razak baginda, tapi kes ini kalau cerita pada orang kampung, ramai yang tidak tahu, ini semua peranan media yang menutup isu ini dari perhatian umum.
Bila kes ini sudah mula dibicarakan di mahkamah negara luar, bermaksud ini bukan satu tuduhan tidak berasas, memang ada kes kerana ianya sudah menjadi perhatian antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis seluruh negara agar siasatan dan pendakwaan berhubung penglibatan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam skandal urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan penjualan dokumen rasmi pertahanan negara dimulakan segera.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, setakat ini 10 negeri selesai membuat laporan manakala selebihnya akan menyusul sehingga Jumaat ini.
Laporan tersebut digerakkan melalui jentera AMK Negeri yang diketuai Ketua AMK Negeri masing-masing.
Shamsul berkata, laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuka kertas siasatan sebagai langkah susulan jika tiada respon segera dan telus oleh pihak PDRM kerana didapati adanya elemen rasuah.
“Laporan polis dan SPRM adalah untuk memastikan agar kasus berprofil tinggi yang melibatkan Najib Razak termasuk pihak berkaitan dengan kes penyelewengan paling korup dalam sejarah politik negara ini tidak ditutup dan tidak terlepas daripada muka pengadilan akibat kesalahan penggunaan kuasa dan pengaruh politik sewenang-wenangnya” katanya dalam satu kenyataan
AMK sehubungan itu menyelar tindakan Perdana Menteri dan mereka yang terlibat dalam perbuatan jenayah dagangan di mana ianya melibatkan jumlah transaksi melampau bagi tujuan peribadi serta sanggup menjual kehormatan negara.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Terkejut "tukanglawan" bila dapat tahu bahawa Najib dah gunakan duit dari tabung Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk selamatkan MAS ( Malaysia Airline ).
Itu pun "tukanglawan" tahu bila tonton kembali Video Ceramah Merdeka Rakyat oleh DSAI di Ampang beberapa hari lepas. ( tonton disini )
Tindakan membenarkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melanggan sepenuhnya bahagian pertama RM1.0 bilion Sukuk Juniro Kekal terbitan Malaysian Airline System Bhd (MAS) itu dipesoalkan tindakkannya kerana ianya sangat berisiko apatah lagi melibatkan wang pencen rakyat.
Silap-silap lepas ni , bapak kita tunggu duit pencen tak keluar- keluar hak diorang tu.
"Bon ini tidak ada penarafan, tidak ada jaminan, tiada tempoh masa dan sangat berisiko tinggi.
"Sebab itu kita mintak penjelasan kerajaan kenapa KWAP melanggan," kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor .
Beliau juga mengingatkan bahawa MAS telah tiga kali diselamatkan atau ‘bailout’ oleh kerajaan.
Meskipun sukuk kekal tidak datang dengan jaminan oleh kerajaan, beliau amat khuatir bahawa ia akan berakhir dengan dana KWAP berdepan dengan risiko kerugian dan bakal sekali lagi diselamatkan oleh kerajaan atas nama menjaga kepentingan dana rakyat
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan. ( baca disini )
Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.
Jika benar dakwaan ini, DPPM merasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa. Sudahlah diri beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 3.1 bilion ringgit, bakal menantunya pula kini dituduh menipu. Seolah-olah PM Malaysia mempunyai terlalu ramai musuh dari dalam dan luar negara dan semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum PRU ke 13 sehingakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli keluarganya dibongkarkan.
DPPM merasakan Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak mencipta kontroversi peribadi terutama dalam keluarganya. Seperti perumpamaan Melayu, ‘bapa borek, anak rintik’, beliau seperti turut mengheret sama ahli keluarga beliau dalam pelbagai skandal yang dihadapinya.
DPPM juga meminta supaya PM berhati-hati dalam segenap aspek kerana dirinya dan keluarganya sentiasa menjadi fokus media dan pengamal politik. Jangan pula nanti, banyak lagi pekung yang terdedah melibatkan peribadi beliau dan ahli keluarganya.
DPPM tidak berharap, beliau dijatuhkan kerana isu-isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau mengawal kehidupan keluarganya.
Justeru, DPPM menasihatkan PM supaya menyiasat dengan teliti latar belakang bakal menantunya supaya beliau tidak menyesal di kemudian hari. Ini menepati dengan kehendak syariat Islam yang meminta ibu bapa bersikap teliti dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka.
Dalam keadaan belum diijabkabulkan, bakal menantunya sudah menghadapi pelbagai dakwaan, adakah Datuk Seri Najib mampu memastikan menantu beliau tidak bermasalah dan mampu memberikan kebahagiaan kepada anaknya selepas perkahwinan mereka nanti.
DPPM percaya, Pakatan Rakyat akan berpolitik secara sihat dan matang dan akan menentang beliau dalam PRU ke 13 dengan penuh maruah, bukan secara politik kotor yang mengaibkan peribadi beliau sebagaimana yang dilakukan pemimpin parti beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang.
Artikel oleh Ketua Penerangan DPPM.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
"tukanglawan" terima satu email kenyataan media yang perlu rasanya dikongsikan kepada anda semua, sebelum kita terlupa baik kita ingatr kembali rentetan peristiwa seorang pak menteri dikatakan telah membayar banyak wang kepada seorang artis jelita.
Bukan sahaja untuk tujuan apa wang tersebut dibayar, tapi yang lebih utama dari mana sumber wang itu datang, poket pak menteri itu sendiri atau sumber lain yang diragui.
Jom baca Kenyataan media itu.
Wanita Keadilan akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan keengganan Dato’ Seri Shafie Apdal memberi penjelasan terhadap sumber kewangan sebanyak RM1.5 juta untuk membiayai seorang artis terkenal Zahida Rafik. Wang tersebut telah di masukkan ke dalam akaun artis tersebut melalui lima transaksi berlainan dari bulan Oktober 2011 sehingga Januari 2012.
Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat. Ingin saya tegaskan, bahawa tujuan pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan atau menggangu hubungan intim menteri dan artis tersebut tetapi ingin memastikan bahawa Menteri tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi beliau.
Wanita Keadilan akan membuat laporan ke SPRM dalam minggu ini memandangkan pihak Menteri tidak membuat penjelasan dan tidak memberikan maklumbalas berhubung perkara ini.
YB ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang
12 Jun 2012
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Rakyat Malaysia ni dah jadi makin kuno, semua gara-gara berita berat sebelah, semua gara-gara berita penting yang sepatutnya semua rakyat tahu, tapi telah didiamkan oleh media massa.
Cuba la tengok dalam Utusan, tengok pulak dekat TV3, haram takde cerita kapal selam, Kenapa?.. korang tahu kenapa.
Dari Perancis sampai Monggolia, kisah kapal selam ni dah jadi cerita panas, kalau wartawan nak cerita, hah, inilah cerita yang orang ramai akan ikut, sebab kes kapal selam ini melibatkan juga kisah pembunuhan seorang wanita warga mongolia.
Lebih hebat lagi, kes ini dikatakan melibatkan seorang pemimpin negara, juga penasihat ekonominya. kita semua tahu siapa orang itu.
Dari Perancis ke Mongolia, sekarang dah sampai ke kepulauan Mediterranean Malta pulak, perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, Gifen, sedang disiasat oleh pegawai Perancis berhubung dakwaan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah 'dibersihkan' melalui Malta, berita ini keluar di Malta Today. ( baca la dekat sini )
Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis serta menemuduga pegawai DCNS (dahulunya dikenali sebagai DCN) dan syarikat-syarikat yang berkaitan seperti Thales serta pegawai di kementerian berkenaan.
Wah, berita ini sudah jadi hangat diluar negara, tapi kenapa wartawan dan media massa malaysia tak berani nak siar?.
Ada akta yang melarang penyiaran berita ke dekat negara ini, sampai belek-belek utusan tak ade satu pun kisah kapal selam.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Suaram, NGO hak asasi manusia terkemuka di Malaysia, mengalu-alukan semua media, kedua-dua media serantau dan Malaysia, serta ahli-ahli masyarakat diplomatik di Bangkok, taklimat media ini eksklusif, pada satu skandal rasuah yang paling sensasi dan kontroversi di negara kita, dan mungkin di rantau ASEAN.
Ini merupakan sidang media bersama yang pertama antara peguam Perancis dan pasukan SUARAM, berikutan bermulanya siasatan kehakiman di instance Tribunal Grande De di Paris, yang akan menyiasat jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua Malaysia dan Perancis.
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, delegasi Suaram yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel dan Fadiah Nadwa Fikri, kembali selepas suatu pendengaran berjaya sebelum Hakim Roger Le Loire, salah satu daripada dua orang Hakim Arahan yang ditugaskan untuk menyelia kes itu.
Hakim telah terutamanya menerima senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan termasuk semasa Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan dan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan seorang tokoh utama dalam proses perolehan, Abdul Razak Baginda sebagai saksi utama yang boleh terus membantu dalam siasatan di hadapan Tribunal.
AKSES KEPADA kertas siasatan
Berikutan bermulanya siasatan itu, SUARAM telah mendapat akses penuh istimewa kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dibuat diakses oleh SUARAM sebagai Plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal Perancis).
Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses. Walaupun kita tidak mampu untuk mendapatkan salinan keras dan mengedarkan salinan, kami bagaimanapun berhak untuk paparan penuh dokumen dan dapat memetik mereka kepada media dan orang ramai.
Ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa aduan yang dibuat oleh SUARAM telah membawa kepada bermulanya penyiasatan jenayah yang baru sahaja dibuka, meninggalkan kemungkinan besar pendakwaan jenayah mereka yang terlibat dalam skandal rasuah ini. Peguam kami telah diingatkan bahawa pegawai Perancis dan Malaysia serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal rasuah boleh dimasukkan ke dalam senarai "suspek" sebagai hasil kes jenayah di Mahkamah Perancis.
BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG MALAYSIA OBLIGASI UNDANG-UNDANG DI BAWAH KONVENSYEN PBB MENENTANG RASUAH (UNCAC)
Malaysia sebagai penandatangan kepada UNCAC sejak 2008, kini wajib untuk bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan mendakwa pesalah rasuah.
Pihak Negeri terikat di sisi undang-undang untuk memberi bentuk bantuan undang-undang bersama yang khusus dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk kegunaan di mahkamah dan mengekstradisi pesalah.
Trend melungkungi dalam memerangi rasuah trans-sempadan ialah bidang kuasa sejagat. Ini bermakna negara boleh dibawa ke mahkamah dan mendakwa di negara itu yang dituduh telah melakukan satu kesalahan jenayah di negara lain.
Skandal kapal selam Scorpene menyediakan platform untuk bidang kuasa sejagat yang terpakai. Dengan mengesahkan UNCAC, Malaysia telah memberi isyarat kepada dunia kesediaan kami untuk mengemukakan kepada rangka kerja kerjasama antarabangsa.
YANG ARM PANJANG UNDANG-UNDANG
Hakim Le Loire selepas mendengar testimoni huraikan dari SUARAM, menerima kenyataan kami, dan berjanji untuk meneruskan siasatan. Penerimaan daripada 7 saksi yang dicadangkan oleh SUARAM, Hakim Perancis telah diminta untuk butir-butir penuh dengan orang-orang yang terlibat, untuk memulakan mengeluarkan sepina kerana beliau merasakan tindakan itu patut dilakukan.
SUARAM peguam Joseph Breham telah menerangkan lagi bahawa mahkamah Perancis dapat mengambil beberapa tindakan khusus untuk memaksa Malaysia membantu dalam siasatan dan perbicaraan yang sedang dijalankan.
1. Hakim akan mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seseorang saksi.
2. Setelah suatu sepina dikeluarkan, saksi itu diwajibkan untuk hadir di hadapan mahkamah dan untuk membantu mahkamah dalam kerja-kerja.
3. Jika saksi itu enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan suatu notis "mandat d 'amener", memaksa saksi untuk hadir di hadapan.
4. Jika saksi itu gagal untuk memaksa, waran tangkap boleh dikeluarkan. Waran tangkap berkenaan dalam sempadan wilayah Perancis, dan boleh diantarabangsakan, jika hakim yang difikirkan perlu.
5. Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol untuk mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap antarabangsa.
Siasatan Jenayah
Berikutan permulaan kes sivil antara SUARAM dan DCNS, pihak berkuasa Perancis telah memulakan jenayah siasatan terhadap beberapa pegawai tertinggi DCNS .
Hasil siasatan boleh membawa kepada pendakwaan beberapa pegawai yang berkaitan dalam proses perolehan. Saksi-saksi yang dinamakan dalam kes sivil juga boleh dibawa ke dalam senarai suspek untuk membantu dalam siasatan jenayah.
Pendedahan dan PENEMUAN
SUARAM telah mempunyai beberapa persidangan media di Malaysia,untuk mendedahkan maklumat dan perkembangan kes itu.pihak berkuasa Malaysia telah menolak sebarang bentuk kerjasama setakat ini.
Apabila SUARAM memfailkan aduan dalam sistem kehakiman Perancis, pada bulan April 2010, pendakwa awam menyerbu pejabat DCNS, dan merampas dokumen-dokumen sulit, termasuk kontrak perolehan, bilik kebal bank, invois dan dokumentasi lain yang penting yang dibenarkan untuk siasatan lanjut.
PENEMUAN KHUSUS DARI DOKUMEN DI PARIS
Dokumen 97.
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk nota untuk Menteri Pertahanan Perancis bertarikh 2 Jun 1999 berkaitan dengan satu temu bual dengan Menteri Pertahanan Malaysia dan hubungan diplomatik Malaysia Perancis sebagai pertahanan.
Dalam dokumen tagged "Malaysia", terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI.
Laporan tersebut mengandungi nota mengenai "Retracing latar belakang rundingan". Nota menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat keperluan bahawa pemindahan wang yang besar telah disalurkan kepada individu dan / atau organisasi politik.
Nota secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (UMNO) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari mandators mereka.
Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik. nota lanjut bahawa kedua-dua Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Razak Baginda mempunyai hubungan politik yang kuat sebagai Mohd Ibrahim Mohd Noor adalah dekat dengan Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Razak Baginda rapat dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nota juga menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim Mohd Noor, mula untuk menurun berikutan kejatuhan itu daripada kuasa Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah yang kemudiannya digantikan oleh orang-orang rangkaian Razak Baginda.
Razak Baginda akhirnya menjadi titik utama rujukan untuk rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.
Nota itu menyatakan:
"Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya adalah seorang kawan rapat Menteri isteri Pertahanan. Oleh itu, Baginda menjadi pusat rangkaian, Terasasi dikaitkan kepada Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Noor Mohd ".
Dua Dokumen Terdahulu
Sebaik sahaja kembali dari Perancis selepas bertemu dengan Hakim Roger Le Loire di Tribunal de Grande instance pada 19 April 2012 dan selepas mendapat akses penuh kepada kertas siasatan, SUARAM telah mendedahkan dua dokumen penting: dokumen 87 dan 144.
Dokumen 87
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud Di Sk ke BAIOCCO dan SAUVAGEOT dengan "PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek.
Encik DuPont memperincikan kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai akujanji dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).
Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO 'SRI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD 1 bilion untuk penginapan (di Perancis) Perimekar.
Dokumen 144
Pejabat pendakwa atas arahan telah diterima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung:
- Satu folder sub bertajuk "C4"
- Satu folder sub bertajuk "invois"
- Fail PDF
- Ibu jari pemacu USB
Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia.
Invois yang dinyatakan jumlah sebanyak Euro 359, 450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:
"Razak demande si ce SF peut etre pris en Compte assez vite. le avec un ".
Terjemahan
Razak permintaan jika agar SF boleh diambil kira dengan segera. Yuran sokongan berikut dengan laporan.
Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.
KESIMPULAN
Panggilan SUARAM untuk akauntabiliti bagi jenayah yang serius rasuah telah diendahkan walaupun usaha berterusan untuk menuntut jawapan daripada Kerajaan Malaysia.
Desakan pemimpin kerajaan kami bahawa undang-undang Perancis tidak boleh mencapai mereka, bercakap banyak kejahilan, ditambah pula dengan kekurangan kesungguhan politik untuk melaksanakan obligasinya di bawah UNCAC.
Walau bagaimanapun, ini tidak akan dalam apa jua cara menghalang penentuan SUARAM untuk membongkar kebenaran dalam usaha untuk akauntabiliti.
Dengan mengambil kes bagi pihak pembayar cukai Malaysia, SUARAM berikrar untuk meneruskan usaha dalam Krisis kebenaran sebagai kes berjalan di Mahkamah Perancis dalam masa terdekat.
#Sebahagian ayat telah diubahsuai untuk memudahkan pemahaman.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Badan hak asasi manusia, Suaram, mendedahkan bahawa nama seorang individu yang didakwa rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddindisebut dalam kertas pendakwaan Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian Malaysia dua kapal selam kelas Scorpene berharga RM7.3 bilion pada tahun 2002.
Dalam satu sidang akhbar di Bangkok hari ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota untuk menteri pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai 1999.
Ini berkaitan kepada satu temubual dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diplomasi Perancis-Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan.
Sementara itu Peguam Perancis yang mewakili SUARAM, Joseph Brehem yang gagal memasuki Malaysia walaupun telah memohon visa kerja beberapa minggu lalu. dalam satu sidang media terbaru di Kelab Wartawan Asing (International Reportes Club) di Bangkok, Thailand, ketika menerangkan penemuan tersebut menambah,
Daim dan bekas perdana menteri, Mahathir menggunakan proksi mereka dalam urusan pembelian kapal selam untuk kepentingan kewangan Umno-APCO yang melibatkan pembiayaan wang pembayar cukai yang sangat banyak iaitu sebanyak EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion).
Mendedahkan lanjut, Joseph menambah, Dokumen 97 yang dirampas dari pejabat Thales International di Paris, Perancis menunjukkan bahawa Razak Baginda dan Mohd Ibrahim Noor dua adalah individu utama yang dirujuk juga sebagai orang tengah dalam urusan pembelian dan hubungan erat antara Najib Altantuya dan Daim Zainuddin.
"Ia seterusnya menyatakan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan politik yang kuat kerana Mohd Ibrahim rapat dengan Daim sementara Abdul Razak rapat dengan Najib."
Berhubung dengan isu sama ada Najib Razak dan enam individu lain yang dipohon SUARAM untuk hadir ke mahkamah, Joseph menjelaskan ia sememangnya tidak mustahil untuk memanggil kesemua mereka sebagai saksi perbicaraan, dan sekiranya enggan, mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas mereka.
Jika sapina telah dikeluarkan tetapi masih enggan hadir, makan amaran waran tangkap kod merah akan dikeluarkan, iaitu kod tertinggi bagi polis antarabangsa (Interpol) untuk bertindak setelah kesemua prosedur dipatuhi.
Nampaknya malam Ini najib tidak mampu tidur lena, Kes kapal selam makin menarik perhatian bukan setakat rakyat, Tapi dunia luar juga sedang mengikuti rapat berita ini.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.
Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.
Brehem (kiri) dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia
Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.
Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.
Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.
Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Muhyiddin yang dikhabarkan tidak berapa sebulu dengan najib nampaknya sudah mula tersenyum riang dan sini, apa lagi dalam kes melibatkan najib nampaknya sokongan ahli umno kini sudah lebih berpihak kepada muhyiddin.
Muyiddin mengunci mulut daripada memberi sebarang reaksi terhadap siasatan mahkamah Perncis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Malaysia-Perancis yang melibatkan Najib.
Ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."
Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen",
Muhyiddin nampaknya bermain selamat dengan tidak komen sebarang isu berkaitan skandal kapal selam, dalam diam dia tersenyum, kerana najib sudah kalah dalam pertempuran awal dengannya.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.
Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.
Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.
Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.
Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.
Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.
Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.
Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai.
Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.
Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.
Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.
Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.
Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene.
Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene.
Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.
Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.
Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain.
Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan.
Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya.
Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis.
Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya.
Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi.
Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki.
Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.
Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.
Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.
----------------------------------
Berita ini diterjemah secara bebas daripada Vancouver Sun.