"tukanglawan" terima satu email kenyataan media yang perlu rasanya dikongsikan kepada anda semua, sebelum kita terlupa baik kita ingatr kembali rentetan peristiwa seorang pak menteri dikatakan telah membayar banyak wang kepada seorang artis jelita.
Bukan sahaja untuk tujuan apa wang tersebut dibayar, tapi yang lebih utama dari mana sumber wang itu datang, poket pak menteri itu sendiri atau sumber lain yang diragui.
Jom baca Kenyataan media itu.
Wanita Keadilan akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan keengganan Dato’ Seri Shafie Apdal memberi penjelasan terhadap sumber kewangan sebanyak RM1.5 juta untuk membiayai seorang artis terkenal Zahida Rafik. Wang tersebut telah di masukkan ke dalam akaun artis tersebut melalui lima transaksi berlainan dari bulan Oktober 2011 sehingga Januari 2012.
Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat. Ingin saya tegaskan, bahawa tujuan pendedahan ini bukanlah untuk mengaibkan atau menggangu hubungan intim menteri dan artis tersebut tetapi ingin memastikan bahawa Menteri tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi beliau.
Wanita Keadilan akan membuat laporan ke SPRM dalam minggu ini memandangkan pihak Menteri tidak membuat penjelasan dan tidak memberikan maklumbalas berhubung perkara ini.
YB ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang
12 Jun 2012
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.