Jom Lihat Siaran Langsung Pendedahan Skandal Kapal Selam di KLSCAH

| comments

Orang ramai dijemput mengikuti siaran langsung taklimat Scorpene oleh peguam Perancis yang diadakan di Hotel Changi Village, Singapura menerusi ruangan awam yang disediakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula 12 tengahari ini.

Siaran langsung itu dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijadual berlangsung dua jam.

Taklimat itu yang sepatutnya dibuat di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Singapura sebagai lokasi alternatif berikutan halangan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam kenyataan berkata, taklimat tersebut akan merungkai banyak pendedahan dan maklumat baru berkaitan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Antara perkara penting yang bakal diketahui termasuk persoalan siapakah lelaki ketiga, apa peranan Altantuya, siapa Aminah Abdullah dan siapa yang dapat pasport Malaysia.

Kita juga bakal mengetahui nama dan alamat syarikat yang terbabit dalam urusniaga ini, siapa yang ambil duit komisen pembelian Scorpene, apa peranan Najib Razak dalam skandal ini termasuk bukti pertemuan Najib dan Altantuya di Paris. 

Semua ini dalam tangan peguam Perancis,” katanya.

Menurut Edy Noor, sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat.

Orang ramai dan semua pengamal media dijemput hadir. Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit