Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia
ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi
Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan
kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.
“Hari ini pejabat Ketua Pembangkang terima surat rasmi dari Speaker yang beri jawapan negatif (berhubung permohonan taklimat).
“Antara
sebab yang diberi Speaker adalah bantahan dari Ahli Parlimen BN dengan
alasan menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen,” katanya
pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishamuddin Hussein bagi meminta jaminan peguam boleh masuk ke Malaysia
juga sampai hari ini tidak dijawab,” kesalnya.
Justeru, beliau menjemput semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk dari BN serta pihak media untuk hadir sama.
“Bagi yang tak dapat hadir, boleh tanya soalan melalui laman twitter
dan facebook. Kami juga akan usahakan supaya taklimat boleh disiarkan
secara langsung melalui internet,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.
“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.
Mengikut jadual, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph
Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di
Mahkamah Perancis.
Khamis lalu, Sivarasa memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan
pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat,
bangunan Parlimen esok.
Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Anwar pada 7 November lalu.
Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan
jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan
‘keputusan yang dibuat’.
Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang William
ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam
Suaram di Petaling Jaya.
Kapal
selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen
lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan
baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga
Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari
Kementerian Pertahanan pada 2006.
Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan
siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance
Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat
persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak,
Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli
Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.