Ketakutan Punca Peguam Scorpean Dihalang Masuk Malaysia

| comments

 Tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis ke Malaysia mengukuhkan dakwaan  rasuah dalam pembelian Scorpene, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.


Halangan akan menguatkan persepsi masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan rasuah (dalam kes Scorpene). Perkara ini mencemarkan imej Malaysia sendiri,”

“Kalau kerajaan telus, kalau tidak ada rasuah, kenapa takut?,” soalnya mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Kelmarin, Hishamuddin menyatakan  peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’

Mengulas lanjut, Sivarasa menegaskan kes mengenai Scorpene difailkan di Mahkamah Perancis kerana kerajaan enggan menjalankan siasatan.

“Sebab itu kita adakan taklimat di parlimen. Bukan sahaja Pakatan Rakyat, malah ahli parlimen BN juga boleh mendengar status siasatan,” tambah beliau.

Sementara itu ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula hairan dengan alasan kerajaan bahawa taklimat itu kononnya mengancam keselamatan.

Sebelum ini mereka ganggu Suaram. Sekarang halang peguam dengan memperguna jabatan Imigresen dan Polis. Ini dolak dalik mereka yang ketakutan,” kata Tian.

Sebelum ini, kedua-duap peguam berkenaan dijadual memberi taklimat berhubung kes Scorpene di parlimen pada 22 November ini.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November 2012.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William Bourdon ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit