Wah, Najib minat moto pulak dah sekarang, najib mungkin berhajat nak miliki motosikal berkuasa besar dan bawa rosmah jalan-jalan setiap petang, mungkin minat najib ini lahir dari hobi bermotor Zahid Hamidi.
Mungkin zahid Hamidi selalu bercerita pada najib keseronokan menunggang motosikal mewah berkuasa tinggi, kemudian timbul idea mahu miliki motosikal berkuasa tinggi pula, namun kedudukan Najib takkan mahu guna motosikal biasa-biasa, kemewahan perlu ditunjukkan, jika Rosmah boleh, kenapa tidak Najib.
Ohh terlupa, sebuah syarikat bina motosikal dari "amerika" boleh bina sesuatu yang istimewa, lagi pun syarikat itu Oren County Chooper sudah popular, motosikal buatan mereka walaupun unik namun tidak lawa selalu ditayang di kaca TV.
Maka akhirnya lahir lah sebuah motosikal yang diberi nama 1Malaysia chooper, ini sebenarnya bagi mengambarkan konsep wasatiah yang difahami oleh pemimpin umno, walaupun tidak tepat, namun inilah pemahaman mereka.
Jom lihat sikit motosikal berkuasa tinggi berkenaan.
Bagaimana hebatkah ?, anda masih belum lagi lihat gambar-gambar motosikal berkenaan
Mungkin jika anda hanya melihat gambar motosikal berkenaan, ianya memang tidak sehebat mana, mungkin jurutera kita mampu menghasilkan motosikal lebih baik dan hebat dari itu, namun gambar dibawah memang menampakan kehebatan,
Agak pelik kenapa Syarikat itu dan sebuah syarikat penyiaran antara bangsa kononnya memilih malaysia untuk dijadikan tema dalam pembikinan motosikal itu, kenapa? benarkah?
Apakah benar dipilih, atau ada "deal" sehingga akhirnya terhasil sebuah motosikal yang diberi nama 1malaysia chooper. ini pelik kerana Syarikat itu kebiasaanya akan megambil tema dari negara mereka sendiri iaitu 'amerika" dan kebiasaanya dibina untuk dedikasi tertentu, contoh seperti dibawah
Motosikal diatas dibina syarikat yang sama, asas konsepnya diambil dari kehebatan jet pengebom milik negara itu yang dikenali sebagai B2 Bomber, kenapa konsep itu diadaptasi ialah sebagai tanda penghargaan terhadap tentera udara negara itu dan mengambarkan kehebatan pesawat berkenaan., Apakah pesawat itu digunakan tentera negara itu dalam banyak misi peperangan di negara Islam saudara kita?
Sebuah lagi motosikal bertemakan ketenteraan, diberi nama OCC Army National Guard Patriot Bike, untuk tujuan apa motosikal bertemakan ketenteraan dibina, sudah pasti untuk menghargai sumbangan pasukan tentera mereka.
Intel adalah sebuah syarikat penghasilan microcip terbesar dunia, ia juga adalah milik "amerika" jadi tidak menghairankan Occ juga membina sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan dan iktiraf kepada syarikat berkenaan, gambar dibawah adalah motosikal tema Intel.
Kenapa tiba-tiba pula syarikat itu membina sebuah motosikal yang diberi nama 1Malaysia, apakah terlalu istimewa negara ini sehingga mereka membina secara istimewa motosikal tema berkenaan?, atau syarikat itu telah dilobi dan dibayar untuk membina motosikal ini?
Pelik sungguh, Motosikal 1 Malaysia dibina oleh pihak luar yang langsung tiada kepentingan dalam negara ini. dan siapa yanga kan menunggang motosikal ini nanti?. adakah Zahid Hamidi?..
(sila klik sini untuk lebih berita berkaitan)Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.