Benarkah Setiausaha Politik Mahathir Dalang Operasi Jahat?

| comments

Nama Datuk Abdul Aziz Samsudin cukup dikenali sebagai orang di belakang tabir ketika negara dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Menjadi antara orang kepercayaan Mahathir, Aziz Samsudin dilantik sebagai pegawai khas bekas Perdana Menteri itu pada 1975, ketika Dr. Mahathir memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Setia kepada "tuan"nya , Aziz Samsudin dilantik menjadi Setiausaha Politik Mahathir hingga tahun 1999, Setiausaha Politik, sudah tentulah dia antara orang penting bagi Mahathir, dan orang penting sudah pasti adalah "orang kepercayaan".

Ada dakwaan bahawa Aziz Samsudin terlibat dalam operasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di Sabah, yang akhirnya menjadi bencana cukup hebat disabah?.

Perihal Operasi jahat Di Sabah

Pernahkah anda mendengar perihal "OPS GEMBLENG"?, OPS Gembleng ini melibatkan personel peringkat tertinggi termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Pengarah Pendaftaran Negara dan ramai lagi, dan apabila rahsia operasi itu terbongkar, bagi menutup malu, Kerajaan Persekutuan bertindak menangkap tidak kurang daripada 15 orang Pegawai Pendaftaran dan lebih 26 orang awam yang terlibat dalam sindiket, walaupun ramai antara mereka hanya mengikut arahan pegawai atasan.

Apa sebenarnya Ops Gembleng?
OPS Gembleng dilaksanakan ialah untuk memastikan pertambahan pengundi di 31 kawasan sasaran bagi memastikan Barisan Nasional memenangi atau mengurangkan majoriti dan mengekalkan kerusi sasaran sampai bila-bila, dengan apa juga cara.

Di sabah, daripada 322,903 kad pengenalan projek yang dikeluarkan kepada PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) melalui jalan yang tidak sah, 71,113 daripadanya terdapat dalam Daftar Pemilih 1998 dan 1999.

Bukti Projek Jahat ini Wujud.

YAKUP DAMSAH, Pembantu Pendaftaran Kanan Jabatan Pendaftaran Sabah merupakan salah seorang daripada 15 Pegawai Pendaftaran yang diberkas setelah mereka berjaya melaksanakan 'OPS GEMBLENG', iaitu pengeluaran IC Projek kepada PATI dengan tujuan 'murni' untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS), ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mengancam keselamatan Negara dan ditahan satu tahun tujuh bulan di Kamunting.

Siapa Punya Angkara, Siapa Yang Arah?
Tukanglawan akan kongsikan secara ringkas petikan temubual seorang penulis (Mutalib MD) yang telah membukukan kisah ini, beliau telah mengadakan wawancara dengan YAKUP DAMSAH yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH), Datuk Patrick Sindu yang juga Jaksa Pendamai (J.P).

Mutalib: Saya difahamkan saudara adalah seorang pegawai kerajaan yang jujur dan ikhlas berkhidmat kepada Kerajaan tetapi bagaimana pula saudara boleh terlibat dengan kegiatan yang mengancam Keselamatan Negara?

YAKUP: Pada 1990, saya sudah lupa bulan berapa, ketika itu saya sedang bertugas di Wisma Dang Bandang. Pengarah JPN Sabah, Abdul Rauf Sani telah memanggil saya ke biliknya.

Ketika saya masuk, saya dapati rakan sekerja saya, Bahrin Mojitar, Azmi Karim, Asli Sidup, Mohd Tohid Mohammad, Ramsah Mohd Yassin turut berada di dalam bilik berkenaan bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.
Pengarah memperkenalkan lelaki yang tidak dikenali sebagai Kolonel Mohd Noor daripada Unit Risikan Tentera (MIO).
Menurut Pengarah, kami diarahkan menjalankan tugas khas yang diamanahkan kepada kami oleh Kerajaan Malaysia dan sebagai kakitangan awam, kami tidak bertanya lanjut kerana kami telah dilatih dengan cogan kata 'Saya Yang Menurut Perintah'. Kami semua diarah bersiap kerana akan berangkat ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
 
Dalam keterangan ringkasnya, setelah berbincang dengan Kolonel Mohd Noor, Pengarah memberitahu kami terpaksa menjalankan tugas khas mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing bagi menumbangkan Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PSB) yang disifatkan sebagai Anti Federal dan kerajaan Kristian yang menindas Umat Islam.
Kami biasa menjalankan tugas Operasi Khas di luar bandar terutama membantu penduduk tempatan di luar bandar memperoleh kad pengenalan, namun inilah pertama kali kami diarahkan menjalankan tugas khas di Kuala Lumpur.


Mutalib: Tidakkah saudara merasa ada sesuatu yang tidak kena dan berdosa melakukan tugas khas berkenaan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Negara?

YAKUP: Sebagai rakyat Sabah, saya merasa tertekan, berdosa dan keliru kerana sebagai Pegawai Pendaftaran kami mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan akan menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara.

Oleh kerana Kolonel Mohd Noor berjaya meyakinkan kami bahawa Kerajaan PBS menindas Umat Islam terutama berhubung perlantikan, kenaikan pangkat dan membina banyak gereja, maka kami merasakan tugas kami amat diperlukan oleh untuk membela Agama dan Negara ketika itu.

"Kami tidak berasa bersalah kerana ia arahan Kerajaan Persekutuan terutama setelah memikirkan peristiwa Tunku Abdul Rahman Alhaj bersetuju memberi kerakyatan kepada Warga India dan China demi untuk mencapai kemerdekaan tanah air."

Oleh kerana terpengaruh oleh ledakan semangat kebangsaan yang dicetuskan oleh Pengarah dan Kolonel Mohd Noor, maka kami bersetuju menjalankan tugas rahsia berkenaan demi mempetahankan agama, bangsa dan tanah air kami daripada penindasan Kerajaan Kristian PBS.

Jika Tunku boleh memberi kerakyatan kepada orang India dan China yang bukan Islam, maka kami amat berbangga kerana dapat meramaikan umat Islam di Sabah untuk menumbangkan Kerajaan Kristian PBS.


Mutalib: Bilakah saudara dan rakan bertolak ke Kuala Lumpur dan kenapa tidak dilakukan di Sabah?

YAKUP: Kami bertolak beberapa hari kemudian selepas mesyuarat khas tersebut. Kata Pengarah, tugas ini rahsia dan perlukan dilakukan di Kuala Lumpur demi untuk menjaga kerahsiaan operasi ini dan keselamatan kami

Kami menaiki penerbangan MAS ke Kuala Lumpur dan apabila tiba di sana kami di bawa ke Kampung Kerinchi dan bermalam di sebuah Flat, Tingkat 14 dan saya diberitahu rumah tersebut milik lelaki bernama Jabbar dan Tohar.

Pada keesokan harinya kami dihantar ke sebuah rumah No.18, Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dipercayai rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Aziz Samsuddin.

Mutalib: Adakah saudara yakin rumah tersebut milik Datuk Aziz Samsuddin, SETPOL Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir (Tun)?

YAKUP: Ya, saya yakin rumahnya kerana dia pernah datang melihat kami dan katanya buatlah rumahnya seperti rumah sendiri. Dia tidak tinggal di situ tetapi membenarkan rumahnya digunakan sebagai pejabat dalam opersi khas.


Mutalib: Maksud saudara, Datuk Aziz terlibat dan Perdana Menteri memberi restu?
YAKUP: Ya, tetapi saya tidak tahu sejauh mana penglibatannya dan yakin Perdana Menteri merestui kerja khas yang akan kami jalankan. Kerana itu kami tidak takut.


Baiklah, "tukanglawan" berhenti sebentar disini, Menurut temu bual tersebut, Mengikut apa yang "tukanglawan fahami, wujudnya satu operasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di Sabah, Apa yang mereka lakukan ialah memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin,mereka telah dihasut dan ditakut-takutkan dengan menggunakan isu "Agama" ( Umno dan Barisan Nasional cenderung memainkan perkara yang dirujuk sebagai 3R, Race, Religion dan Royal (Bangsa, Agama dan raja) untuk menimbulkan ketakutan dan rasa tidak selamat) .

Tugasan itu dilakukan di rumah yang didakwa milik bekas Setiausaha Politik Mahathir, menurutnya lagi. mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu merestui kerja-kerja jahat ini, persoalannya benarkah?
Mungkin rakyat semenanjung tidak terkesan dengan masalah ini, namun mereka di Sabah amat tahu sekali hal ini. pemberian kad pengenalan kepada warga asing umpama satu penghinaan kepada mereka, itu belum lagi cerita perihal masalah yang melanda.

Apa yang membimbangkan ialah adanya usaha-usaha untuk merampas beberapa buah negeri oleh Barisan Nasional dalam PRU13 akan datang dengan cara hampir sama, disamping usaha untuk terus berkuasa. BN, apa pun sanggup mereka lakukan, termasuk cara diatas.

#Baca lebih lagi perihal niat jahat Umno Barisan Nasional, antaranya

Mengenai tuduhan yang dikaitkan dengan Aziz Samsudin, "tukanglawan" tidak mahu menuduh, anda nilai sendiri apa yang dikatakan oleh bekas pegawai kanan yang disumbatkan kedalam ISA kerana terlalu patuh pada arahan itu.

Sumber rujukan asal diambil dari Rujukan 1, Rujukan 2 dan Wawancara penuh disini , juga baca kesan kemasukkan warga asing ke negara ini disini



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit