
Hasbullah Mohd Ridzuan (kanan), Ahmad Shahrom Daud, Ketua Penerangan Pemuda DMPNS (Tengah), dan Zainal said, peguambela dan peguamcara (kiri) menunjukkan surat dan senarai nama pengundi yang di daftarkan suku 1/2011 oleh SPR
Hasbullah Mohd Ridzwan yang merupakan Ketua Pemuda DMPNS merangkap Ahli Majlis MPS Zon 13 berkata, “Kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku 1/2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Selangor baru-baru ini. Ianya dikeluarkan bermula 28 April sehingga 4 Mei bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan kepada awam".
Hasbullah berkata, timbul keraguan apabila kebanyakan pengundi yang bertukar alamat ke Parlimen dan Dun ini ialah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan 12 yang kebanyakannya ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Insya-allah, kita akan bawa perkara ini kepada pengetahuan Sultan Selangor melalui memorandum yang akan diserahkan. Kita sedang berusaha untuk mengadap Tuanku Sultan dan surat telah pun dihantar, tunggu maklum balas daripada istana," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, .
"Kebanyakan pengundi-pengundi luar yang bertukar alamat ini mengesahkan bahawa mereka dipanggil pihak-pihak tertentu untuk mengundi di kawasan-kawasan tertentu tanpa kerelaan," tambahnya.
Menurutnya lagi, sesuatu yang amat mendukacitakan apabila proses semakan alamat lengkap pengundi-pengundi tidak menunjukkan sebarang nama jalan, nama taman perumahan dan nama lorong.
"Siasatan dan semakan mendapati pengundi-pengundi yang bertukar alamat ini diletakkan dalam sesebuah rumah dalam jumlah yang ramai dan tidak munasabah serta pelbagai bangsa iaitu terdapat setengah pengundi Cina dan India dalam rumah yang sama begitu juga sebaliknya," katanya.
Minggu lalu, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud juga menggesa SPR menjelaskan kekeliruan dan keraguan dalam senarai daftar pemilih secara atas talian (online) dan pejabat SPR negeri.

“Timbul keraguan apabila ramai pengundi (Parlimen Kota Raja) didakwa bertukar alamat gagal dikenal pasti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana tidak disertakan alamat lengkap,” ujarnya.
Selain itu, Pemuda PAS Negeri Selangor dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) turut membantah tindakan SPR mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos yang jelas melanggar peraturan dan akta SPR.
Menurutnya, pihaknya telah membawa perkara itu kepada SPR selangor untuk mendapatkan penjelasan namun belum ada sebarang maklum balas.
"Kenapa PALAPES UPM didaftarkan sebagai pengundi pos sedangkan mereka belum lagi menjadi anggota tentera?" soalnya.
Sementara itu, pemuda PAS Selangor juga akan membuat satu laporan polis berkaitan taktik Umno-BN memberikan kerakyatan kepada 2,000 pengundi baru warga Indonesia.
Sebelum ini ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendakwa Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.
Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, seramai 2,000 orang.

Pemuda PAS Selangor juga mengggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR menjelaskan mengenai maklumat yang didedahkan itu.
"Pemuda PAS Selangor berikrar tidak akan merelakan negeri ini digadai serta dicabul kedaulatannya daripada pihak-pihak luar yang bakal menjejaskan keharmonian dan kerukunan negeri Selangor daripada pihak-pihak yangrakuskan kuasa dan pangkat secara bacul serta tidak bermaruah," katanya.
Dalam pada itu, nama-nama dalam surat Idris itu menyatakan bahawa ianya merupakan pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2,000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong dan terdiri daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan bekerjaya.
@TUKANG LAWAN Sangat pelik dengan politik sempit umno , adakah mereka tidak tahu malu, selagi ada cara jahat untuk menjatuhkan pakatanrakyat mereka akan lakukan apa saja, tidak cukup dengan rampasan kuasa untuk mendirikan kerajaan haram di perak, mereka cuba melakukan perkara yang sama di kedah, dan oleh kerana mereka tahu selangor tidak akan lagi mampu mereka tawan, mereka cuba cuba menjayakan matlamat mereka dengan cara yang amat jahat.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.