Memaparkan catatan dengan label Konspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konspirasi. Papar semua catatan

(Part 2) Rancangan Malapetaka Olimpik Kota London 2012?

| comments

Baiklah,  benarkah malapetaka besar telah dirancang di kota olimpik london? berbagai andaiaan telah muncul, bukan sekarang, tapi lama dulu pada tahun 2008 apabila seorang pemuda bernama Rik Clay telah mendedahkan teori konspirasi ini, 


Bagaimana pun tidak lama selepas pendedahan iru Rik Clay didapati telah mati, walaupun polis mengatakan dia telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan tetapi menurut seorang sahabatnya dia telah dibunuh dan semua kandungan blog nya dihapuskan begitu saja selepas tragedi itu.

Dengar temubual Rik Clay dibawah.



Jika benar ada konspirasi besar-besaran untuk menjadikan sukan olimpik london sebagai medah pembunuhan besar-besaran, apakah Ric Clay telah dibunuh untuk mendiamkannya? hanya ALLAH yang lebih mengetahui

Sesungguhnya Hanya ALLAH mengetahui sesuatu yang akan berlaku, sedangkan mempercayai bulat-bulat ramalan itu boleh membawa kepada Syirik.... Wallaualam.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

(Part 1) Rancangan Malapetaka Olimpik Kota London 2012?

| comments

Peperangan yang menaikkan nama mustafa kamal Artartuk sehingga diangkat menjadi ketua negara kata orang satu konspirasi, tentera Greace yang menentang tentera Turki ketika itu memang sudah di jadikan "lauk" untuk mengangkat mustafa kamal artartuk. waris seorang yahudi Dunamah.

Kemudian bila berlangsung perang dingin Amerika dan Russia,konsirasi telah direka-reka untuk menggambarkan bahawa Ameria itu moden, dan berkuasa, cerita karut manusia naik ke bulan telah di ada-adakan.

2001, lebih 10 tahun lepas, 2 buah pesawat terbang rempuh world trade centre di amerika, ramai yang kata itu sudah dirancang awal bagi menghalalkan  peperangan terhadap negara islam ,menghalalkan juga pembunuhan pemimpin negara islam.

Kini 2012, benarkah akan berlaku sekali lagi tragedi yang dirancang?, khabarnya lebih besar dan lebih hebat.

Benarkah acara sukan olimpik di  kota london akan bertukar menjadi tapak  pembunuhan beramai - ramai? perkara ini bukan baru, ianya sudah terdedah lama dulu.


Lihat video dibawah.



Nak tahu lebih lanjut, nantikan pendedahan rancangan pembunuhan beramai-ramai ini, dari masa ke semasa secara bersiri sepanjang minggu ini... Kita harap ini hanya sekadar sebuah teori, kerana kita tak mahu ada tragedi besar seperti ini.

Sesungguhnya Hanya ALLAH mengetahui sesuatu yang akan berlaku, sedangkan mempercayai bulat-bulat ramalan itu boleh membawa kepada Syirik.... Wallaualam.

Bahagian ke 2, Pendedahan yang membawa maut. tunggu...


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno waris Penjajah ?

| comments


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dicapai pada tahun 1957 adalah kemenangan besar rakyat semua bangsa, berbagai aliran patriotik demokratik negara kita, terutamanya perjuangan kemerdekaan selepas tamat Perang Dunia Kedua dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British.
Akan tetapi, hasil kemenangan rakyat itu telah terjatuh ke tangan golongan pertengahan Melayu yang diwakili oleh UMNO.( kerana dimasa itu umno dilihat boleh mendukungi inspirasi penjajah)


Pentadbiran Tentera British (BMA)


Kemenangan bersejarah perang anti-fasis telah mengakibatkan situasi Asia dan dunia mengalami perubahan yang amat mendalam. Sistem imperialis di Asia mulai runtuh.

Di Malaya, kekuatan revolusioner rakyat membesar dengan hebat dan perjuangan untuk kemerdekaan berkobar-kobar di segenap penjuru tanah air. Imperialis British menggigil ketakutan menghadapi situasi yang begitu tidak menguntungkan, namun demikian mereka tidak mahu mengundur diri dari panggung sejarah atas kemahuannya sendiri.

Umum mengetahui, dari kacamata kumpulan modal monopoli British, Malaya tersangat penting bagi empayar British yang sudah penuh dengan kebobrokan setelah Perang Dunia Kedua.
Untuk mendirikan semula syurga pemerintahannya, imperialis British telah membentuk pentadbiran tentera terlebih dahulu, setelah tentera British mendarat di Malaya. Pentadbiran tentera tersebut berkuasa hampir 7 bulan dan berakhir pada penghujung bulan Mac tahun 1946.

Imperialis British telah mencetuskan pertumpahan darah antara orang Melayu dan orang Cina dengan maksud hendak memecah belahkan perpaduan rakyat  semua bangsa dan memesongkan sasaran perjuangan rakyat.( ini kini mahu dilaksanakan juga oleh umno)


Di bidang politik, pentadbiran tentera secara sembunyi-sembunyi telah bersekongkol dengan bangsawan feudal dan pegawai-pegawai tempatan rejim penjajah sebelum Perang Dunia Kedua dan mempersiapkan syarat-syarat yang perlu bagi imperialis British dalam melaksanakan apa yang disebut pengubahan perlembagaan baru”.


Penipuan Pengubahan Perlembagaan 


Apa sebenarnya pengubahan perlembagaan itu?

Ia adalah cara baru untuk memelihara penguasaan penjajah dan melanjutkan penindasan dan penghisapan ke atas rakyat negeri kita.

Oleh itu, apa yang dinamakan pengubahan perlembagaan adalah penipuan politik dan salah satu taktik penindasan bersenjata bagi menumpaskan gerakan kemerdekaan yang sedang berkobaran ketika itu.


Proses pengubahan perlembagaan sekaligus adalah satu proses bagi imperialis British untuk memilih dan mengangkat golongan pertengahan Melayu naik takhta.

Pegawai-pegawai pejabat tanah jajahan British, orang-orang British yang pernah menyandang jawatan tinggi di Malaya serta pembela imperialis semuanya mengatakan dunia setelah Perang Dunia Kedua ialah dunia yang merbahaya. Situasi Asia setelah Perang Dunia Kedua sedang bergolak. Apa boleh buat..”


Selama ini, strategi imperialis British ialah memelihara ‘penguasaan secara langsung’ dengan 1001 cara. Dalam keadaan terdesak sebegini, ia mencari ejennya untuk melaksanakan penguasaan secara tidak langsung. Oleh kerana itu, untuk memupuk ejennya dan melaksanakan ‘penguasaan secara tidak langsung’,

Mereka menjajakan apa yang dinamakan demokrasi berparlimen menurut rancangan berperingkat-peringkat ataupun dikenal sebagai pemerintahan sendiri” dan “merdeka” secara berperingkat-peringkat.

Pembela-pembela imperialis berkata British mempunyai pendapat yang sama dengan penjajah Amerika di Filipina. Rakyat tanah jajahan mesti terlebih dahulu menjadi magang dalam satu masa tertentu di mana mereka belajar memerintah diri sendiri secara demokratik dengan menggunakan kekuasaan yang diberi secara beransur-ansur.”

Amalan British selama ini ialah mewujudkan sejumlah kecil ahli Badan Perundangan yang dipilih, kemudian mewujudkan majoritinya, sesudah itu baru membentuk menteri-menteri yang dipilih, dan pegawai-pegawai British ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting dan sebagainya. Mereka menekankan bahawa proses ini tak boleh cepat.



Victor Purcell, pengarah besar penerangan di masa perang dan penasihat untuk hal ehwal orang Cina bagi pentadbiran tentera British di Malaya setelah Perang Dunia Kedua. Beliau kemudian menjadi professor di Britain dan disebut oleh rakan-rakannya sebagai penasihat MCA yang tak rasmi, telah Menegaskan bahawa 

"Harus memupuk tokoh-tokoh yang hanya menentang badan pentadbiran ketika itu tetapi tidak memutuskan hubungan dengan imperialis British, dan berjanji bahawa mereka tidak akan memusnahkan pelaburan British setelah pemerintahan sendiri didirikan. Khasnya mereka yang ‘merah jambu’ harus diangkat naik takhta".

Kerana, katanya, ditilik dari jangka panjang “tokoh-tokoh merah jambu” adalah satu-satunya pilihan untuk menggantikan “anasir-ansir merah”.

Ketua Setiausaha Pentadbiran Tentera British, Brigadier General Newbold berkata secara terang-terangan

 jika kepentingan kita di timur jauh tidak diselamatkan, jentera yang penting mesti disediakan. Jentera sebelum perang sudah tidak cekap dan sudah ketinggalan zaman. Memandangkan kita telah kembali ke timur jauh, jentera yang baru adalah diperlukan.”

Dari sini dapat diketahui, setelah Perang Dunia Kedua, imperialis British memperhebat penindasan tentera di samping berusaha sedaya upaya memupuk “wakil” bagi melaksanakan penguasaan kolonial baru dengan maksud dapat terus menerus merompak kekayaan tanah air kita yang melimpah ruah sekali gus memadamkan perjuangan rakyat semua kaum untuk mengembalikan kemerdekaan tanah air.

@TUKANGLAWAN Rasakan sejarah perlu dikaji semula.





"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

MANIFESTO BARU BARISAN NASIONAL

| comments



Alkisah semua rakyat mula pelik dan terkejut dengan "kemeroyanan" dan "kenyanyukan" Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umnogok porno sekarang. mana tidaknya sudah lah sibuk komen dan cuba campur hal dalaman orang lain, sibuk memfitnah sampai terlupa apa yang patut mereka buat.

Rakyat mahukan sesuatu yang mampu menjamin kehidupan mereka, rakyat mahu satu kerajaan yang mampu memberi sedikit harapan kepada mereka. dan nampaknya kerajaan pakatan rakyat yang mampu mengambil dan memandang serious hal itu, maka diusulkan mereka buku jingga sebagai manifesto "Demi Rakyat" malaysia tidak kira bangsa, tidak kira agama.

Tapi Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umnogok porno juga ada manifesto yang lebih hebat dari "buku Jingga "Pakatan Rakyat,  manifesto baru ini mampu menarik minat semua orang, malah kejutan untuk warga tua dan kanak-kanak pra sekolah pasti merupakan kejutan paling hebat sekali seumur hidup anda.

khabarnya lagi menifesto tersebut telah mula disebarkan secara senyap sekarang, kerana ia merupakan rahsia terbesar UmnoPorno.. dan mereka anggap manifesto itu sebagai senjata paling sulit..

Manifesto terbaru Barisan Nasional ialah mewujudkan negara "Keporno-raan untuk rakyat" dengan menyebarkan manifesto berbentuk Video lucah

nak manifesto tu tak? klik sini

Skandal Scorpene: Peguam Perancis akan tiba ke Malaysia

| comments


KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Suaram mewakili rakyat Malaysia memfailkan aduan terhadap DCNS pada Disember 2009, di mahkamah Paris kerana aktiviti rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.

Suaram juga mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan Malaysia Chronicles, peguam berkenaan akan memberi taklimat kepada warga Malaysia di beberapa tempat.namun tidak dapat dipastikan samada peguam Joseph Brehem yang tiba ke sini April tahun lalu akan turut hadir.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Malta, sebenarnya melibatkan seorang lagi individu ketiga.
“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi

| comments



SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.

Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda itu berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.

“Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol,” kata Shuhaimie.

Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.

Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah,” ujarnya.

Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.

“Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

“Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan,” katanya.

sebelum itu jugapolis dikatakan sengaja membiarkan VCD lucah tersebut disebarkan di selayang (baca sini)

Kenyataan Hishamuddin berniat jahat- Fariz

| comments



KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengenai siasatan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan berniat jahat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, kenyataan tersebut menjurus kepada usaha untuk mendakwa Anwar meskipun siasatan polis sepatutnya kepada pihak yang menayang dan menyebar video itu.

“Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri KDN, Hishamuddin dan Perdana Menteri sebelum ini, semuanya berpihak kepada Datuk T dan mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk jatuhkan Anwar,”

“Jelas melihatkan perancangan rapi ini sebenarnya bermula daripada pihak atasan. Saya percaya bahawa bukan trio Datuk T sahaja yang terlibat tetapi ada beberapa individu yang diberikan peranan dalam kes ini. Namun mereka tidak akan dikenakan tindakan,” katanya kepada Keadilandaily.com

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hishamuddin yang disiar dalam New Straits Times bertarikh 22 Mei lalu.

Dalam kenyataan itu Hishamuddin berkata  mereka yang membuat laporan polis bagi menafikan terbabit dalam kes itu, juga tidak terlepas dari berhadapan dengan undang-undang.
Dalam laporan tersebut Hishamuddin dipetik berkata Jangan fikir hanya segelintir akan didakwa dan selebihnya dilepaskan. Semua yang didapati bersalah akan didakwa,”.

Beliau turut menyebut bahawa klip video tersebut telah disahkan pakar dari Amerika Syarikat sebagai tulen.
Hishamuddin juga dilapor berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

 Trio Datuk T yang terdiri dari ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video berkenaan kepada wartawan terpilih di sebuah hotel di ibu negara.Sehari selepas itu, Datuk Seri Anwar membuat laporan polis menafikan sekerasnya lelaki dalam video itu adalah beliau dan menyatakan ia konspirasi terbaru untuk memusnahkan reputasinya.

Sehingga hari ini, polis masih tidak menangkap trio berkenaan yang sepatutnya dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menayang video lucah.

Polis juga gagal menangkap blogger pro Umno yang menyiarkan video itu di internet dan mereka yang mengedarkannya di seluruh negara, termasuk di masjid-masjid.

@TUKANGLAWAN Pelik kenapa polis mahu melengah-lengahkan hasil hasil siasatan mereka, jika benar pelaku itu DSAI bukan kah itu peluru emas pihak umno sendiri?

BN beri rasuh dalam PRN Sarawak

| comments

Boon Keong iaitu penyelaras rangkaian pemantau pilihan raya Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang mendedahkan klip video yang didakwanya sebagai usaha membeli undi oleh Barisan Nasional dalam usaha memancing undi pada pilihan raya negeri yang lalu.



Video 1 minit 34 saat itu memaparkan imej lelaki yang sedang menyusun timbunan wang yang dipercayai akan diedarkan kepada pengundi. Menurut Boon Keng ia dilakukan didalam sebuah rumah panjang di Temin.

Apakah yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan bukti ini?’soal Boon Keong.

Beliau mendedahkan, tindakan itu sebenarnya adalah penindasan terang-terangan yang dilakukan oleh parti tertentu dalam pilihan raya.

Boon Keong menambah, kumpulan pemantaunya akan terus menjejak bukti yang diperolehi untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak lalu.

Eskay punya kaitan dengan pemisah thai - wikileak

| comments



KUALA LUMPUR: Laman web WikiLeaks  telah membocorkan maklumat bahawa salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. 

Malah lebih mengejutkan Eskay juga dikatakan mempunyai pengetahuan dan kaitan dengan gerakan pemisah Thailand yang berselindung di Malaysia.

Eskay berkongsi maklumat mengenai pergerakan kumpulan pemisah tersebut dan aktiviti yang dijalankan kepada pegawai kedutaan AS berpangkat tinggi, dalam satu  mesyuarat yang diadakan pada 5 Febuari 2006.
Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington, sebelum  dibocorkan oleh WikiLeaks.

“Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.
“Pandangannya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada pihak yang dipercayai.
“Beberapa rakyat Malaysia mencurigai Eskay dengan pertubuhan pemisah Melayu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam perniagaan kontroversi pada masa lalu,” kabel itu dipetik.

Eskay yang  merupakan bekas Konsulat terhormat Thailand di Malaysia menggemparkan negara pada Mac lalu apabila menayangkan satu rakaman video lucah mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau terlibat bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga penyokong setia Mahathir dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan Pakatan Rakyat mengecam usaha tersebut sebagai satu lagi siri konspirasi terhadap Anwar.
Ia dibuktikan apabila kerajaan bertindak melindungi mereka, termasuk tidak ada tangkapan terhadap blogger yang menyebar video lucah terbabit.

Eskay juga terlibat dalam kes saman terhadap pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd terhadap projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura- salah satu ilham Dr Mahathir.

@TUKANGLAWAN Mintak semua orang renung kembali peribadi si eskay ini, dia boleh digambarkan sebagai seorang peniaga yang akan menghimpit siapa saja untuk kepentingan diri, sanggup lakukan apa saja demi wang ringgit , malah eskay juga adalah lalang, ingatlah betapa bahayanya orang seperti ini.

Ku Li selar pemimpin umno

| comments



Jika masih ada seorang pemimpin umno yang bagus beliau adalah tengku Razali Hamzah, beliau masih dilihat sebagai satu-satunya pemimpin dalam umno yang masih berjuang untuk rakyat, tidak seperti kebanyakan pemimpin umno yang terang-terangan boleh dipanggil sebagai "pemimpin tiada akhlak"

Ku li baru-baru ini semasa ditemubual oleh TV selangor mempersoal tindakan pemimpin umno sendiri yang terlalu sibuk berusaha menjatuhkan pemimpin pembangkang , terutamanya DSAI,

beliau juga mempersoalkan tentang isu video seks yang diperkatakan ramai, jelas ku li lagi, cara pemimpin umno menjatuhkan musuh politik mereka cara ini adalah tindakan pemimpin tidak bertamadun.
ibarat kata kuli "apa guna menang tanpa maruah"

@TUKANGLAWAN sarankan supaya ku li tinggalkan sahaja umno, Bekas pemimpin Semangat 46 ini tidak lagi perlu cuba memperbaiki umno yang telah terlalu rosak itu, ku li ada platform pakatan rakyat untuk berjuang menuntut Royalti minyak dan terus berpolitik dengan cara yang lebih bersih

Anwar akan kembali ke tirai besi? - malaysia kini

| comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.

Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.

NONEKetika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar 
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan.

Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?

Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya?

Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA.

Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan:

Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul?

DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar.

Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang.

Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima.

Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti.

DSAI:
 Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang?


DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding.

Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara?

DSAI: Ya. Barangkali tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah).

Malaysiakini: Datuk Seri pasti?

DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu?

Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini.

Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.

Malaysiakini: Bagaimana Datuk Seri akan membela diri memandangkan mahkamah telah mendapati ada kes prima facie ke atas Datuk Seri. Adakah Datuk Seri akan memanggil Datuk Seri Najib dan dan Datin Seri Rosmah untuk memberi keterangan?

DSAI: Oh, kita tidak boleh beritahu anda, tapi kita akan panggil mereka (untuk beri keterangan). Kita tahu bahayanya (memanggil mereka ke kandang saksi).
Masalahnya... dalam perbicaraan pertama (di mana Dr Mahathir Mohamad mengelakkan daripada hadir ke mahkamah sebagai saksi).
Dia (Mahathir) menggunakan aspek teknikal – bahawa (Azizan Abu Bakar yang mendakwa diliwat) membuat laporan polis sebelum berjumpa (Mahathir). Sekarang, (Najib) tidak boleh buat begitu.
Najib bertemu (pengadu yang mendakwa diliwat, Saiful Bukhari Mohd Azlan) sebelum (laporan polis) dibuat.
Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan?
DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara).

Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan?


DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh.

Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu.

Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih?


DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu.

Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem.

Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti.


DSAI: Ya.

Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya.

DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu.

Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara?


DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'

Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya.

Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan.

Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya.

Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa]

Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik?


DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan.
Malaysiakini: Bolehkah PKR berubah daripada persepsi semasa bahawa parti ini dilihat sebagai institusi keluarga?

DSAI: (Persepsi) itu datang daripada suara liberal seperti anda. Kita tidak (bercakap seperti itu), kita bercakap perubahan, dasar, mengenai peningkatan harga, mengenai kenaikan harga petrol. Hanya sedikit suara sinis sahaja yang kata (PKR satu institusi keluarga).
Apa bezanya (anak beliau yang juga ahli parlimen Lembah Pantai) Nurul Izzah dengan (menantu Tun Abdullah Badawai dan juga ahli parlimen Rembau) Khairy (Jamaluddin) dan (anak Tun Dr Mahathir Mohamad) Mukhriz?
Izzah menderita. Dia tidak ada kehidupan remaja. Dia tidak masuk universiti sebab dia bumiputera, dia mencapai gred (sendiri). Jadi ada perbezaan di situ.
Kemudian, Azizah bukanlah bercita-cita dari segi politik, dia tidak mahu (sertai politik), tapi apada masa itu, ingat lagi pada 1998, dia terheret ke dalamnya.
Tapi saya tak rasa ianya satu institusi keluarga.
Tengok begini, saya dalam (PKR). Saya tidak nafikan kenyataan tetapi saya sepatutnya bebas daripada perkara remeh (dalam mentadbir PKR), kebanyakan daripadanya, dan kemudian fokus kepada agenda lebih besar. Sebab itulah saya habiskan lebih banyak masa dengan Pakatan (Rakyat).
Ramai orang percaya (saya kawal PKR)... Tapi saya tidak. Saya habiskan malam Rabu dengan biro politik (tetapi) program lain lebih diutamakan. Hanya bila ada isu dasar yang serius, saya akan (terlibat), lain daripada itu tidak.
Saya biarkan kepada Azizah dan pasukannya. Mereka yang uruskan (parti). Ianya berbeza jika anda presiden, banyak kerja-kerja pentadbiran.
Pakatan masih baru, anda perlu bina kepercayaan dan keyakinan untuk memastikan ianya berjalan.. dengan (presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang), (penasihat DAP, Lim) Kit (Siang), (setiausaha agung DAP, Lim) Guan Eng, (setiausaha agung PAS), Datuk Mustafa Ali, itulah kerja saya.
Malaysiakini: Datuk Seri dilihat sebagai elemen yang menyatukan Pakatan, tapi Datuk Seri juga nampaknya sering menjadi sasaran kritikan. Adakah Datuk Seri rasa seperti satu beban kepada Pakatan?
DSAI: Itu juga satu strategi. Saya rasa, sesiapa sahaja yang menjadi ketua (akan diserang). Kenapa (mursyidul am PAS, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), kenapa Guan Eng? Saya rasa ianya berkenaan (siapa) yang lebih efektif untuk diserang.
Malaysiakini: Datuk seri paling efektif sebagai sasaran serangan?
DSAI: Buat masa ini, saya, Nik Aziz dan Guan Eng.
Malaysiakini: Benar, tapi Datuk Seri lebih banyak diserang berbanding yang lain.

DSAI: Ya, sebab mereka fikir saya habiskan lebih banyak masa dengan Pakatan, dan jelas saya satu ancama. Mereka umumkan saya sebagai pemimpin mereka, sebagai PM baru. (Perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) tidak dapat menerimanya.
Malaysiakini: Datuk Seri juga diserang oleh orang seperti Datuk Zaid Ibrahim (yang meninggalkan PKR pada 2009 kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan parti) terutama sekali dalam isu video seks.
DSAI: Zaid Ibrahim bercakap tentang moral? Saya ucapkan selamat berjaya. Siapa yang bercakap tentang moral? Kalau (di luar) Umno, Zaid Ibrahim; di (dalam) Umno, (Tan Sri) Rahim Thamby Chik.
Malaysiakini: Kenapa Datuk Seri fikir (Zaid) sangat pedas sekarang? Adakah dia rasa telah dikhianati Datuk Seri?

DSAI: (Ketika) dia sertai (PKR), kami beri dia ruang dalam biro politik, dia bertanding dalam pilihan raya kecil (Hulu Selangor), bertentangan dengan (nasihat) daripada seluruh cabang dan daripada (PKR) negeri, daripada menteri besar...
Dia merajuk, dia mahu (bertanding), dan kata berilah dia peluang, blah blah blas, setiap malam di rumah dia merayu, jadi saya fikir, OK, beri dia peluang. Dia kalah (dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor).
Malaysiakini: Jadi ia bukanlah tentang pemilihan parti?
DSAI: (Ada pergeseran) sebelum daripada itu lagi. 

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri rasa beliau ambil alih parti KITA kerana pendirian peribadi terhadap Datuk Seri?

DSAI: Itu tidak penting. Kita telah berdepan dengan perkara lebih besar. Tapi, untuk (Zaid) bercakap tentang moral, saya ucapkan selamat berjaya kepada dia.

Kes Pembunuhan Ahmad Sarbani - Pegawai SPRM terlepas cakap

| comments



"Keterlanjuran" seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencungkil keraguan balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed , mangsa maut jatuh daripada tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011.menjadi tanda tanya

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencungkil keraguan balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yang pada asalnya telah "redha" dengan kematian suaminya. Maziah Manap, terkejut dengan kenyataan "Bukan saya...Orang saya" dari bibir seorang pegawai penyiasat SPRM bernama Ghani, dalam satu perjumpaan pada 28 April 2011. 

Maziah Manap membuat repot polis pada 2 Mei 2011 di Balai Polis Kelana Jaya, mengesyaki bahawa Ghani telah "terlepas cakap", semasa perjumpaan di pejabat Kastam dengan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian suaminya. Maziah berharap agar polis akan menyiasat maklumat tersebut.

Dalam perjumpaan pada 28 April, Maziah telah meluahkan perasaannya kepada pegawai penyiasat, termasuk Ghani. Di akhir luahannya, Maziah menyatakan bahawa dirinya redha dengan kematian suaminya, seterusnya bertanya soalan, "Apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?"


Apa yang mengejutkan Maziah adalah "jawapan yang perlahan daripada Ghani, yang menyatakan  
"BUKAN SAYA... ORANG SAYA". Maziah menyusul dengan pertanyaan "ORANG?", namun Ghani terus mendiamkan diri dan Jariyana bt Yusof terus mengajak Ghani keluar kerana ada operasi.


Demikianlah repot polis yang dibuat oleh Maziah pada 2 Mei 2011, didedahkan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang dalam satu ceramah di Tualang Seka pada malam 20 Mei 2011.


Kejadian "terlepas cakap" berlaku selepas penyerahan dokumen, menurut repot polis. Malah, seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai "Ghani dari SPRM" menelefon anak Maziah pada 29 April, untuk meminta nombor telefon Maziah. Kejadian ini telah mencungkil keraguan Maziah Manap tentang punca kematian suaminya, Ahmad Sarbani. Penolong Pengarah Kastam Selangor,

Untuk rekod Ahmad Sarbani, 56, dijumpai mati di gelanggang badminton selepas jatuh daripada tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011.

Mat Zain Dakwa Konspirasi Terhadap Beliau, Akan Dedah Kebenaran Berhubung Kes Mata Lebam Anwar

| comments

Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan  bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.

“Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.

“Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.
“Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.

“Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain.

Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” kata Mat Zain lagi.

Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.
Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.

Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

Daftar pengundi baru yang aneh - Taktik jahat umno

| comments

GOMBAK:  Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DMPNS) sedang merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah kewujudan senarai pengundi-pengundi tukar alamat yang luar biasa di kebanyakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Hasbullah Mohd Ridzuan (kanan), Ahmad Shahrom Daud, Ketua Penerangan Pemuda DMPNS (Tengah), dan Zainal said, peguambela dan peguamcara (kiri) menunjukkan surat dan senarai nama pengundi yang di daftarkan suku 1/2011 oleh SPR

Hasbullah Mohd Ridzwan yang merupakan Ketua Pemuda DMPNS merangkap Ahli Majlis MPS Zon 13 berkata,  “Kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku 1/2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Selangor baru-baru ini. Ianya dikeluarkan bermula 28 April sehingga 4 Mei bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan kepada awam".

Hasbullah berkata, timbul keraguan apabila kebanyakan pengundi yang bertukar alamat ke Parlimen dan Dun ini ialah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan 12 yang kebanyakannya ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Insya-allah, kita akan bawa perkara ini kepada pengetahuan Sultan Selangor melalui memorandum yang akan diserahkan. Kita sedang berusaha untuk mengadap Tuanku Sultan dan surat telah pun dihantar, tunggu maklum balas daripada istana," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, .

"Kebanyakan pengundi-pengundi luar yang bertukar alamat ini mengesahkan bahawa mereka dipanggil pihak-pihak tertentu untuk mengundi di kawasan-kawasan tertentu tanpa kerelaan," tambahnya.

Menurutnya lagi, sesuatu yang amat mendukacitakan apabila proses semakan  alamat lengkap pengundi-pengundi tidak menunjukkan sebarang nama jalan, nama taman perumahan dan nama lorong.

"Siasatan dan semakan mendapati pengundi-pengundi yang bertukar alamat ini diletakkan dalam sesebuah rumah dalam jumlah yang ramai dan tidak munasabah serta pelbagai bangsa iaitu terdapat setengah pengundi Cina dan India dalam rumah yang sama begitu juga sebaliknya," katanya.

Minggu lalu, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud  juga menggesa  SPR menjelaskan kekeliruan dan keraguan dalam senarai daftar pemilih secara atas talian (online) dan pejabat SPR negeri.

“Timbul keraguan apabila ramai pengundi (Parlimen Kota Raja) didakwa bertukar alamat gagal dikenal pasti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana tidak disertakan alamat lengkap,” ujarnya.

Selain itu, Pemuda PAS Negeri Selangor dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) turut membantah tindakan SPR mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos yang jelas melanggar peraturan dan akta SPR.

Menurutnya, pihaknya telah membawa perkara itu kepada SPR selangor untuk mendapatkan penjelasan namun belum ada sebarang maklum balas.

"Kenapa PALAPES UPM didaftarkan sebagai pengundi pos sedangkan mereka belum lagi menjadi anggota tentera?" soalnya.

Sementara itu, pemuda PAS Selangor juga akan membuat satu laporan polis berkaitan taktik Umno-BN memberikan kerakyatan kepada 2,000 pengundi baru warga Indonesia.

Sebelum ini ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendakwa Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, seramai 2,000 orang.






Pemuda PAS Selangor juga mengggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR menjelaskan mengenai maklumat yang didedahkan itu.

"Pemuda PAS Selangor berikrar tidak akan merelakan negeri ini digadai serta dicabul kedaulatannya daripada pihak-pihak luar yang bakal menjejaskan keharmonian dan kerukunan negeri Selangor daripada pihak-pihak yangrakuskan kuasa dan pangkat secara bacul serta tidak bermaruah," katanya.

Dalam pada itu, nama-nama dalam surat Idris itu menyatakan bahawa ianya merupakan pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2,000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang  berbahaya serta terpesong dan terdiri daripada kalangan pelajar, usahawan tulen  dan bekerjaya.



@TUKANG LAWAN Sangat pelik dengan politik sempit umno , adakah mereka tidak tahu malu, selagi ada cara jahat untuk menjatuhkan pakatanrakyat mereka akan lakukan apa saja, tidak cukup dengan rampasan kuasa untuk mendirikan kerajaan haram di perak, mereka cuba melakukan perkara yang sama di kedah, dan oleh kerana mereka tahu selangor tidak akan lagi mampu mereka tawan, mereka cuba cuba menjayakan matlamat mereka dengan cara yang amat jahat.

Beri Kad Pengenalan Kepada Pendatang: Projek Rampas Selangor

| comments



Khamis, 19 Mei 2011 - Susulan laporan polis yang dibuatkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin dan Ahli Majlis Pimpinan PKR Khalid Jaafar minggu lalu, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat PKR, pada 18 Mei lalu membariskan penulis buku Lest We Forget dari sabah Dr Chong Eng Leong dan Exco Angkatan Muda Nor Azwan Ramli.

Dr Chong merupakan bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah bertanding menentang Yong Teck Lee (SUPP) di DUN Likas pada pilihanraya negeri Mac 1999. Beliau kalah tetapi senarai pengundi di DUN itu dicemari nama-nama pengundi pendatang yang memiliki kad pengenalan secara tidak sah. Dr Chong membawa kesnya ke mahkamah dan mahkamah membatalkan keputusan pilihanraya tersebut.

Menurut Dr Chong, projek memberi kad pengenalan biru di Sabah kepada pendatang tanpa izin telah menyebabkan BN berkuasa sejak sekian lama tanpa tergugat. Hal ini kerana pendatang yang diberi kad pengenalan itu diwajibkan mengundi BN dan jumlah mereka pula amat banyak, melebihi setengah juta orang.

“Projek memberikan I/C kepada pendatang di Sabah dinamakan ‘Projek Mahathir’. Kenapa dinamakan demikian? Beberapa saksi di mahkamah telah mendakwa projek ini dirancang oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada era 1990an Megat Junid Megat Ayub. Pernah dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara, pemberian itu dipertikaikan kerana menggugat kedaulatan negara tetapi Megat Junid berkata Dr Mahahtir telah pun memberi persetujuan.

“Cara untuk mendapatkan I/C ketika itu amat mudah. Iaitu pendatang ini menandatangani sijil akuan dan ketua kampung menurunkan tandatangan maka sah sijil itu memperakui pendatang tersebut adalah anak Sabah. Setelah mereka mendapat I/C maka mereka terus didaftar menjadi pengundi,” kata Dr Chong



Dr Chong menyambung, pada 1991 selepas Umno masuk ke Sabah maka satu ‘task force’ ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Menteri Sabah sekarang Musa Aman bagi mencari lebih ramai pendatang untuk diberikan kad pengenalan bertujuan menumbangkan kerajaan PBS ketika itu.

“Semua penyewengan kerakyatan ini telah didedahkan oleh salah seorang pegawai kanan kerajaan di Sabah ketika itu, Jabar Khan . Jabar Khan dan beberapa pegawai JPN pernah ditahan ISA (dijadikan kambing hitam bagi menutup isu).

“Projek I/C itu mencari seberapa ramai pendatang untuk ditempatkan di 32 kerusi DUN yang menjadi sasaran BN bagi menumbangkan PBS.

“PBS menang 25 dari 38 kerusi tetapi kemudian tumbang kerana beberapa orang ADUNnya dibeli oleh BN selepas pilihanraya 1994. Perkara ini saya rasa hampir sama seperti yang berlaku di Selangor sekarang. BN mensasarkan (untuk menang) beberapa kerusi dengan projek I/C ini,” kata Dr Chong.

Tambahnya, projek I/C yang mempertahankan kuasa BN telah menyebabkan pelbagai masalah di Sabah. Kekurangan pekerjaan kepada penduduk pribumi, setinggan, jenayah sampailah kepada kejadian rogol- bunuh yang berleluasa angkara pendatang tanpa izin yang diberi taraf kewarganegaraan.

“Pendatang ini menyatakan mereka pribumi Sabah. Dahulu nisbah seorang pribumi (Kadazan, Dusun, Murut) bersamaan dengan seorang bukan pribumi tetapi kini jumlah bukan pribumi adalah lebih tinggi. Pribumi hanya 500 ribu orang sedangkan pendatang ini berjumlah sejuta orang, mereka berkeluarga dan beranak-pinak.

“Dr Mahatir seorang yang berani bercakap apa sahaja tetapi tuan-tuan boleh tanya kepadanya mengenai projek I/C, dia tidak akan bercakap mengenainya. Lim Kit Siang pernah mengajak Dr Mahathir berdebat di Parlimen mengenai projek ini, sehingga hari ini (dia) terus senyap,” bidasnya.

Sementara itu, Khalid Jaafar menganggap projek I/C di Selangor diambil atau ditiru dari projek yang telah berjaya menumbangkan PBS di Sabah. Beliau menjelaskan tidak gentar kepada ugutan Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor yang mahu menyamannya kerana pendedahan projek I/C di Hulu Selangor tempoh hari


“Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor mahu saman saya kerana katanya bukan beliau yang tandatangan surat sokongan memberi kerakyatan itu, tetapi Umno Sabah juga dahulu pernah mengalami peristiwa serupa. Ketua Umno Karim Gani ketika memberi keterangan di mahkamah berkata tandatangannya di atas surat sokongan dipalsukan namun hakim berkata kenyataan Karim itu ‘highly questionable’ (sangat dipersoalkan).

“Dalam Sinar Harian semalam, Ketua Umno Hulu Selangor kata jumlah pengundi baru yang meningkat sebanyak 15,000 di sana adalah kerana usaha keras Umno mendaftar pengundi baru tetapi bagi kami jumlah itu terlalu besar (di kawasan terpencil) . Kita akan menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya,” jelas Khalid.

Manakala exco AMK, Nor Azwan Ramli memberitahu pergerakan itu sedang mengumpul beberapa maklumat penting sebelum mendedahkan sindiket yang didalangi kerajaan mendaftarkan warga Indonesia bagi mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk dijadikan pengundi BN.

“Kami akan siasat dan kenal pasti siapa dalang dan orang yang terlibat dengan projek ini. Kami akan bawa saksi, beberapa orang warga Indonesia yang tidak ada apa-apa dokumen dan mereka ini diberi Mykad.

“Warga Indonesia ini dikenakan bayaran sama ada 2 ribu, 3 ribu atau 5 ribu. Tetapi banyak juga pendatang ini yang tidak mahu ditipu kerana mereka mendakwa dengan memiliki I/C projek mereka mudah digunakan sebagai kambing hitam (didakwa menjadi penjenayah) untuk menutup kes-kes jenayah,” katanya.

Tambah Azwan AMK mendapat maklumat pendatang tersebut ada yang telah dihantar ke Pulau Pinang, Kedah dan lain-lain negeri PR menjelang pilihanraya umum ke -13.



@TUKANGLAWAN Rasa mual dengan pemimpin BN umno terutamanya, mereka inilah sebenarnya yangmenjadi perosak negara, mereka ini lah sebenarnya pengkhianat negara, seperti kata Dr Chong
"projek I/C yang mempertahankan kuasa BN telah menyebabkan pelbagai masalah di Sabah. Kekurangan pekerjaan kepada penduduk pribumi, setinggan, jenayah sampailah kepada kejadian rogol- bunuh yang berleluasa angkara pendatang tanpa izin yang diberi taraf kewarganegaraan."  benarlah Umno ini menggunakan prinsip matlamat menghalalkan cara, pemimpin umno tiada jati diri dan amat memalukan.

Presiden TI-M sahkan tiada ikrar PM Kristian, agama rasmi ganti Islam

| comments

Petikan dari sumber The Malaysian Insider


Masih ingat lagi muka depan akhbar milik umno yang disifatkan sebagai "penipu besar "ini, akhbar yang boleh kita sifatkan sebagai pemecah belah keharmonian masyarakat malaysia, akhbar yang menyandarkan blog pro umno untuk dikaut sumbernya dan dijadikan tajuk muka depan.. sesungguhnya akhbar ini tidak lagi harus ada.. kerana ia terlalu merbahaya

malaysia insider hari ini mengeluarkan satu artikel yang menafikan sama-sekali apa yang ditulis oleh akhbar tersebut,  semakin ramai tampil menentang keras apa yang telah dilakukan oleh akhbar ini...yang terbaru dari
Datuk Paul Low. (Presiden Transparency International Malaysia )

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tiada sebarang bentuk pakatan atau konspirasi antara komuniti Kristian dan pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan ini untuk menjadikan Malaysia negara Kristian, kata Datuk Paul Low.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu yang hadir sebagai penceramah undangan pada program Unashamedly Ethical Conference (UEC) 5 Mei lalu di George Town berkata, ikrar yang dibuat hanyalah berkaitan dengan pendekatan antirasuah.
Saya boleh mengesahkan bahawa tiada pakatan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi atau kata sepakat mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dibuat pada 5 Mei atau bila-bila masa ketika persidangan itu,” kata Low pada sidang media di sini hari ini.
Low  menambah, beliau amat risau ekoran dakwaan-dakwaan dibuat oleh beberapa blogger dan juga akhbar Utusan Malaysia kononnya ada sesi ikrar mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian.
Pada sidang media khas ini, beliau beberapa kali menekankan bahawa dakwaan sedemikian adalah tidak benar.
Sambil mempertahankan penganjuran persidangan itu, Low berkata, tujuannya adalah untuk menggalakkan amalan “beretika, nilai-nilai baik dan kehidupan yang bersih” di kalangan penganut Kristian.
Katanya, ikrar atau kata sepakat yang dibuat termasuklah yang berkaitan dengan lafaz Integriti Korporat kendalian Institut Integriti Malaysia (IIM), Pemandu dan TI-M.
Sehubungan itu kata Low, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya kepada polis.
Low juga berkata, beliau melihat isu semasa semakin membesar dan ia tidak baik bagi negara.
“... saya merasakan bertanggungjawab untuk mengatakan bahagian saya. Saya tidak boleh duduk diam. Saya telah hadir pada majlis itu, saya ada dalam gambar yang disiarkan di Internet,” kata Low lagi.
Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.
Akhbar harian milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang.
Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu “pembohongan yang bahaya.”

@TUKANGLAWAN Semua orang dah tahu pembohongan utusan, dari cerita kaum kepada isu agama dijaja, hanya mahu menarik simpati orang melayu yang sekarang semakin muak dengan sikap dan kelakuan ala budak kecik umno .. pendapat tukanglawan akhbar milik umno nei lebih sesuai buat bungkus nasi lemak dari jadi bahan bacaan.

Malaysia negara porno - polis tidak ambil tindakan kepada penyebar

| comments

Dipetik dari Harakah Daily


SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini.

Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan.

"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.

Bagi beliau, tindakan ini adalah taktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, katanya pada sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat PAS Selayang semalam.

"Kami dapat mengesan VCD dan risalah ini pada jam 8 malam di mana selepas solat Maghrib yang diletakan secara terbuka di cermin-cermin kereta serta bertaburan di tepi dan bahu jalan stadium atau diletakkan di motosikal hadirin serta yang hadir pada majlis tersebut.

"Dan kami sangat terkejut dengan lenggok-lenggang polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang sedang berlaku pada malam tersebut, kami sangat kecewa," jelasnya

Walaubagaimana pun, mereka telah membuat laporan polis dan minta pihak polis buat siasatan dengan segera serta teperinci, "kami sanggup beri kerjasama dengan polis sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi.

Beliau mula mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum.

"Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka, orang ramai yang terdiri daripada pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada yang sedikit marah.

"Tindakan Umno ini sangat keji, anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut, mereka tidak fikir akan sensitiviti dan kepentingan umum, mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita, semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat, lucah dan ini mungkin akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat di mana remaja-remaja dan belia kita, anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti," jelas beliau dengan nada sedih sebagai seorang bapa yang tidak mahu pekara ini berlaku kepada anak-anaknya.

Sementara itu, menurut Haji Asri Buang, 57 yang juga merupakan Timbalan Ketua PKR Selayang menyokong penuh apa yang diluahkan oleh Zaidi.

Beliau juga sebagai seorang bapa tidak mahu minda anak-anaknya punah atau dicemari dengan taktik keji Umno yang disifatnya sebagai pembangkang Selangor untuk kepentingan jijik politik parti tersebut.

Bercakap pada sidang media tersebut, beliau juga membongkarkan satu lagi taktik keji Umno melakukan tindakan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat di Selangor dengan menyebarkan sebuah akhbar yang menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi "Selangor Terkini".

Beliau juga kesal dengan tindakan Umno menyebarkan media yang seumpama media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini, iaitu Selangor Terkini yang menggunakan logo kerajaan negeri Selangor.

"Dalam majlis tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" yang di letakkan di dalam sebuah beg kertas terpapar muka Najib seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa beliau mendalangi taktik keji ini.(gambar)

"Sehubungan itu, kami telah membuat satu laporan polis pada pukul 1.30 pagi di IPD Gombak berkenaan dengan pekara tersebut dan saya sekali lagi mahu menggesa pihak polis melakukan siasatan segera serta tidak dilihat sebagai "dauble Standard" dalam hal ini," jelas beliau dengan tegas.

@TUKANGLAWAN asyik terfikir, kata datuk eskay salinan video original hanya pada dia, dan telah diserahkan kepada polis, bermaksa salinan itu sudah tiada lagi pada datuk eskay, tetapi ada pada polis, tetapi masih tersebar salinan video berkenaan, mungkinkah datuk eskaty berbohong... atau ada sesuatu yang tidak kena.. persoalannya.. mengapa ada salinan diedarkan??? bukankah ini pelik

Kes Pertuduhan Liwat II Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

| comments (1)

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipe cat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun. -tvsnews


SEDIKIT ULASAN TUKANG LAWAN
Kes ini menjadi perhatian ramai, akhbar-akbar arus perdana malah lebih teruk lagi berita -berita melalui media siaran mengambarkan seolah-olah DSAI( Datuk Seri Anwar Ibrahim) Memang bersalah atas dakwaan saiful bukhari itu. umum mengetahui bahawa stesyen Tv dimalaysia dan kebanyakkan Akhbar terutama Utusan adalah dibawah pengaruh Barisan nasional.... malah jika dinilai kembali... segala kesalahan dan perkara tidak baik akan diletakkan kepada pembangkang....

Untuk kita teruskan sesuatu pertuduhan tersebut.. perkara pertama yang harus kita ambil perhatian adalah kredibiliti Tukang tuduh.. dimana dalam kes ini saiful bukhari.

dibawah ini adalah beberapa keraguaan yang harus anda fikirkan berkaitan dengan kes ini

1- saiful dikhabarkan seorang yang proBN, perkara ini didedahkan oleh orang yang rapat dengan saiful

2- Najib akui menemui saiful , dengan alasan saiful memintak bantuan biasiswa, namun najib kemudian menukar kenyataan dengan menyatakan saiful menemuinya untuk mengadu.

3- saiful seorang pelajar , namun punya hubungan rapat, bertemu atau secara peribadi menghubungi individu dibawah (Jika anda adalah seorang Pegawai bank atau Ahli perniagaan hebat.. adakah anda mampu ada hubungan seperti saiful ini)
-NAJIB
-Bekas KPN (Musa Hassan)
-SAC Rodwan @ mat tilam (Pagawai penyiasat kes anwar)
-Ezam Mat Nor (katak lompat mencari duit)
-Rosmah Mansur (bik mama)
dan banyak lagi

4-DOktor mengesahkan tiada kesan tusukan pada (juburla) saiful

5-Saiful tersalah menyebut tarik semasa majlis angkat sumpah

6- Bukti DNA DSAI diambil secara tidak sah, Mahkamah mengistiharkan bukti tidak sah, kemudian ditukar kembali menjadi bukti boleh diguna pakai.

7- Bukti DNA yang diambil secara tidak sah disimpan didalam Almari selama 46 jam dan tidak diserahkan ke makmal oleh Judy Pereira.. bukti ini juga tidak diSEAL secara betul...

8-Standard betul pengesanan air mani tidak dijalankan secara betul (tiada ujian asid phosphatase dilakukan)

9- Terdapat gambar saiful keluar dari lif ke kondo.. tetapi tiada gambar saiful memasuki atau lalu di ruang lobi kondo berkenaan.

10- gambar saiful keluar semula ke parking menunjukkan saiful tersilap keluar dan bukti bergambar juga tidak menyokong saiful di apa-apakan ( baju saiful nampak kemas, rambut tidak serabut, tiada keanehan dalam cara berjlan dan saiful tidak nampak seperti ketakutan)

terlalu banyak kepincangan dalam kes ini jika mahu dihuraikan.... cukup 10 point untuk anda nilai.. adakah ini konspirasi menamatkan riwayat kerjaya DSAI ..


Dan ada bukti yang sangat penting... iaitu 9 orang saksi bersama dengan DSAI pada hari yang dikatakan... mengapa mereka ini tidak dipanggil mahkamah sebagai saksi..
mereka ialah.. antaranya
Dato'Prof Dr Arif (bekas KP MIER)
pemilik kondo Dato Hasanuddin dan isterinya
pembantu rumah
pembantu DSAI
dan beberapa orang lagi... mereka bersama datuk seri dari saat DSAI ke Kondo berkenaan hingga mereka keluar kembali kira -kira jam 5.15 petang.

adakah sebagai seorang yang berprofile tinggi dan mempunyai musuh politik.. datuk seri boleh berada berdua-dua dengan saiful di unit berkenaan tanpa ada orang lain??

anda punya jawapan sendiri jika anda mahu menilai perkara ini..jangan biar anda diperbodohkan lagi.. kita harus menolak kerajaan barisan nasional dengan kadar segera, itu pun jika anda masih sayangkan bumi malaysia ini.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit