Umno waris Penjajah ?

| comments


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dicapai pada tahun 1957 adalah kemenangan besar rakyat semua bangsa, berbagai aliran patriotik demokratik negara kita, terutamanya perjuangan kemerdekaan selepas tamat Perang Dunia Kedua dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British.
Akan tetapi, hasil kemenangan rakyat itu telah terjatuh ke tangan golongan pertengahan Melayu yang diwakili oleh UMNO.( kerana dimasa itu umno dilihat boleh mendukungi inspirasi penjajah)


Pentadbiran Tentera British (BMA)


Kemenangan bersejarah perang anti-fasis telah mengakibatkan situasi Asia dan dunia mengalami perubahan yang amat mendalam. Sistem imperialis di Asia mulai runtuh.

Di Malaya, kekuatan revolusioner rakyat membesar dengan hebat dan perjuangan untuk kemerdekaan berkobar-kobar di segenap penjuru tanah air. Imperialis British menggigil ketakutan menghadapi situasi yang begitu tidak menguntungkan, namun demikian mereka tidak mahu mengundur diri dari panggung sejarah atas kemahuannya sendiri.

Umum mengetahui, dari kacamata kumpulan modal monopoli British, Malaya tersangat penting bagi empayar British yang sudah penuh dengan kebobrokan setelah Perang Dunia Kedua.
Untuk mendirikan semula syurga pemerintahannya, imperialis British telah membentuk pentadbiran tentera terlebih dahulu, setelah tentera British mendarat di Malaya. Pentadbiran tentera tersebut berkuasa hampir 7 bulan dan berakhir pada penghujung bulan Mac tahun 1946.

Imperialis British telah mencetuskan pertumpahan darah antara orang Melayu dan orang Cina dengan maksud hendak memecah belahkan perpaduan rakyat  semua bangsa dan memesongkan sasaran perjuangan rakyat.( ini kini mahu dilaksanakan juga oleh umno)


Di bidang politik, pentadbiran tentera secara sembunyi-sembunyi telah bersekongkol dengan bangsawan feudal dan pegawai-pegawai tempatan rejim penjajah sebelum Perang Dunia Kedua dan mempersiapkan syarat-syarat yang perlu bagi imperialis British dalam melaksanakan apa yang disebut pengubahan perlembagaan baru”.


Penipuan Pengubahan Perlembagaan 


Apa sebenarnya pengubahan perlembagaan itu?

Ia adalah cara baru untuk memelihara penguasaan penjajah dan melanjutkan penindasan dan penghisapan ke atas rakyat negeri kita.

Oleh itu, apa yang dinamakan pengubahan perlembagaan adalah penipuan politik dan salah satu taktik penindasan bersenjata bagi menumpaskan gerakan kemerdekaan yang sedang berkobaran ketika itu.


Proses pengubahan perlembagaan sekaligus adalah satu proses bagi imperialis British untuk memilih dan mengangkat golongan pertengahan Melayu naik takhta.

Pegawai-pegawai pejabat tanah jajahan British, orang-orang British yang pernah menyandang jawatan tinggi di Malaya serta pembela imperialis semuanya mengatakan dunia setelah Perang Dunia Kedua ialah dunia yang merbahaya. Situasi Asia setelah Perang Dunia Kedua sedang bergolak. Apa boleh buat..”


Selama ini, strategi imperialis British ialah memelihara ‘penguasaan secara langsung’ dengan 1001 cara. Dalam keadaan terdesak sebegini, ia mencari ejennya untuk melaksanakan penguasaan secara tidak langsung. Oleh kerana itu, untuk memupuk ejennya dan melaksanakan ‘penguasaan secara tidak langsung’,

Mereka menjajakan apa yang dinamakan demokrasi berparlimen menurut rancangan berperingkat-peringkat ataupun dikenal sebagai pemerintahan sendiri” dan “merdeka” secara berperingkat-peringkat.

Pembela-pembela imperialis berkata British mempunyai pendapat yang sama dengan penjajah Amerika di Filipina. Rakyat tanah jajahan mesti terlebih dahulu menjadi magang dalam satu masa tertentu di mana mereka belajar memerintah diri sendiri secara demokratik dengan menggunakan kekuasaan yang diberi secara beransur-ansur.”

Amalan British selama ini ialah mewujudkan sejumlah kecil ahli Badan Perundangan yang dipilih, kemudian mewujudkan majoritinya, sesudah itu baru membentuk menteri-menteri yang dipilih, dan pegawai-pegawai British ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting dan sebagainya. Mereka menekankan bahawa proses ini tak boleh cepat.



Victor Purcell, pengarah besar penerangan di masa perang dan penasihat untuk hal ehwal orang Cina bagi pentadbiran tentera British di Malaya setelah Perang Dunia Kedua. Beliau kemudian menjadi professor di Britain dan disebut oleh rakan-rakannya sebagai penasihat MCA yang tak rasmi, telah Menegaskan bahawa 

"Harus memupuk tokoh-tokoh yang hanya menentang badan pentadbiran ketika itu tetapi tidak memutuskan hubungan dengan imperialis British, dan berjanji bahawa mereka tidak akan memusnahkan pelaburan British setelah pemerintahan sendiri didirikan. Khasnya mereka yang ‘merah jambu’ harus diangkat naik takhta".

Kerana, katanya, ditilik dari jangka panjang “tokoh-tokoh merah jambu” adalah satu-satunya pilihan untuk menggantikan “anasir-ansir merah”.

Ketua Setiausaha Pentadbiran Tentera British, Brigadier General Newbold berkata secara terang-terangan

 jika kepentingan kita di timur jauh tidak diselamatkan, jentera yang penting mesti disediakan. Jentera sebelum perang sudah tidak cekap dan sudah ketinggalan zaman. Memandangkan kita telah kembali ke timur jauh, jentera yang baru adalah diperlukan.”

Dari sini dapat diketahui, setelah Perang Dunia Kedua, imperialis British memperhebat penindasan tentera di samping berusaha sedaya upaya memupuk “wakil” bagi melaksanakan penguasaan kolonial baru dengan maksud dapat terus menerus merompak kekayaan tanah air kita yang melimpah ruah sekali gus memadamkan perjuangan rakyat semua kaum untuk mengembalikan kemerdekaan tanah air.

@TUKANGLAWAN Rasakan sejarah perlu dikaji semula.





"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit