Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

MUNGKIN SEJARAH PKMM AKAN BERULANG PADA DAP?

| comments

Kit Siang mengeluar kenyataan bahawa DAP mungkin akan diharamkan ROS apabila pendaftarannya akan dibatalkan menjelang hari raya ini.

Selain itu, terdapat beberapa konflik dalam parti apabila ada yang dituduh ingin menubuhkan parti baru selepas terbatalnya pendaftran DAP kelak.

Sabar!

Jangan lupa sejarah....

Dahulu gerakan rakyat seperti PKMM, API, AWAS, PKM dll begitu aktif dalam usaha menyemarakkan kemerdekaan dalam tanah air.

Kelahiran UMNO sendiri lambat dan itu pun hanya kerana ingin melawan Malayan Union. Bukan untuk menuntut kemerdekaan. Sedangkan pengasas UMNO Dato Onn sendiri berkata :

"Orang Melayu buat jarum sebatang pun tak pandai ada hati nak merdeka"

Ini hakikat jelas.

Kermerdekaan juga tidak disenangi oleh Sultan Ibrahim di negeri Johor kerana mengganggu "kegiatannya".

Umno dilihat sangat Pro-British.

Tetapi, apabila PBB menggesa penjajah melepaskan tanah kolonial. Inggeris dan Umno mula mengatur langkah. Mereka secara TIBA-TIBA menggagaskan idea kemerdekaan kepada rakyat.

Umno yang memang Pro - British yang mempunyai kepakaran "hijacking" terus mengatur perancangan dan strategi.

Ceritanya adalah British tidak mahu kemerdekaan dan pemerintah di bawa oleh orang yang anti-Inggeris. Gerakan kiri dalam PUTERA-AMCJA dianggap anti Inggeris.

Akhirnya ke semua gerakan diharamkan dan semua pemimpin ditangkap masuk ke dalam penjara! Barisan pun terpecah dan huru-hara akibat ketiadaan pemimpin.

Nak cerita lebih? Boleh google atau youtube "10 tahun sebelum merdeka"
Orang Muda wajib tahu!




AHMAD BOESTAMAM - KETUA PARTAI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)

Adakah perkara sama akan berlaku kepada DAP?

Melihat kepada taktik dan strategi ROS ini ia kelihatan berbeza cara tapi benda yang serupa.

Sebelum diharamkan mereka akan menimbulkan ketegangan dalam parti. Apabila diharamkan kelak. Mereka akan buat pula berpecah-belah sehingga lumpuh.

Ini kerja UMNO dari dahulu. Ini cara yang British ajar.



GERAKAN RAKYAT MELAWAN BRITISH

DAP sendiri yang harus kuat. Bersedia segala kemungkinan. Sejarah hanya berulang-ulang. Sila ambil pengajaran.

Lagipun, orang DAP mesti tidak bodoh macam UMNO bukan? Sampai terpecah UMNO baru dan Semangat 46.

DAP harus kuat. Cuma persoalannya adakah mungkin sejarah perjuangan PKMM, PKM  dan seluruh gerakan kemerdekaan rakyat akan berulang kepada DAP?




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

14 Tahun ,Teriak Reformasi Tak Pernah Mati

| comments

Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar

Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.
 

Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.

Sebelum penangkapan berlaku, Anwar telah membuat jelajah ke serata Semenanjung diselangi solat hajat di seluruh negara.

Kemuncak adalah pada 20 September, hampir 100,000 rakyat Malaysia yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.

Akibat takut melihat kebangkitan rakyat, malam itu juga Anwar ditangkap skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis, di rumahnya, lalu bermula episod penahanan di Bukit Aman seterusnya diheret ke penjara.

Di luar penjara, ratusan ribu rakyat bangkit membantah Mahathir – pendokong reformasi, seniman, pemandu teksi, peniaga kecil, pekerja kilang turun ke jalan dengan teriakan reformasi sehingga bergema sepanjang 14 tahun kemudian.

“Jelas, perjuangan Anwar itu di landasan yang benar, sekaligus menolak sangkaan Mahathir yang kononnya semangat reformasi hanya akan bertahan enam bulan. Selepas 14 tahun, laungan itu masih berkumandang, malah makin mendapat sokongan rakyat serta anak muda,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Anwar sememangnya seorang pemimpin berjiwa kental, walau dilempar pelbagai fitnah, perjuangan demi rakyat tetap dipertahan sehingga hari ini.

“Rakyat tahu menilai siapa benar siapa salah. Buktinya, kita dapat menawan lima buah negeri pada pilihan raya lalu. Sebab itu tidak mustahil kita akan tawan seluruh Malaysia dalam pilihan raya akan datang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh yakin.

“Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati perjuangan ini sehingga berjaya menumpaskan regim sekaligus mengembalikan hak rakyat seperti yang diperjuangkan Anwar selama ini,” kata Johari.

Enam tahun kemudian, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan selepas pertuduhan fitnah terhadapnya digugurkan, lantas beliau bangkit semula ke persada politik tanah air.

Tahun 2008, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar berjaya merampas lima negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Kelibat pemimpin berjiwa rakyat ini sentiasa menjadi ketakutan kepada pemimpin Umno, tidak cukup dengan Mahathir, kini Datuk Seri Najib Razak juga sering mengatur ancaman dan provokasi terhadap Anwar.

Namun pada Julai 2008, selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat yang diterajui memenangi lima negeri dari Barisan Nasional – Anwar dituduh lagi dengan fitnah jahat.

Skrip yang sama pada 1998 diputar kembali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengulangi apa yang pernah dilakukan Mahathir.

Perbicaraan di mahkamah menjadi jenaka di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kepincangan terbongkar satu demi satu, dan akhirnya mahkamah melepaskan Anwar dari tuduhan itu.

Semuanya kerana agenda reformasi yang dibawa Anwar sejak 14 tahun lalu, dengan dokongan dan doa jutaan rakyat Malaysia yang berada di belakangnya, teriakan reformasi, sejak 14 tahun lalu, sebenarnya tidak pernah mati.

Reformasi!

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

14 Tahun Reformis Lahir, Koleksi Video

| comments

Telah 14 tahun berlalu sejak peristiwa Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan perdana menteri.

Dalam tempoh tersebut, pernah kah kita terfikir berapa banyak negara ini telah terkebelakang kerana kita kehilangan antara tokoh pemimpin paling berpengaruh.

Idea dan Gagasan Anwar bukan setakat dalam negara, malah menjangkau ke segenap Asia, itu pernah diceritakan dalam buku Gelombang kebangkitan Asia.

September 14 tahun lalu juga lahirnya reformis yang kini tidak lagi gentar dan hanya akur kepada penguasa kejam dan korup, rakyat telah bijak dan sedar bahawa bukan lagi mereka itu terpaksa bergantung pada kerajaan, namun seharusnya kerajaan itu sangat bergantung pada rakyat...

Selamat menyambut ulang tahun ke 14 kelahiran reformis....

Sedikit koleksi video untuk anda.


















Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tentera british bunuh orang kampung batang kali (reloded)

| comments




British datang untuk menjajah dan menjarah kekayaan negara ini, namun malangnya kerana takutnya rejim pemerintah yang cukup dikenali sebagai anak emas british itu, sejarah cuba diubah dengan mengatakan malaysia ini tidak pernah dijajah,

Itu tidaklah mustahil kerana mereka yang jadi rejim pemerintah sekarang juga selalu memutar belitkan sejarah, untuk terus kekal berkuasa, kononnya membela, umno sebenarnya menipu orang melayu sendiri

Siapakah sebenarnya yang berjuang menentang penjajah?, nama-nama mereka seakan disembunyikan, malah nama-nama pemimpin besar umno pula disebut sebagai pejuang, setahu "tukanglawan" mereka tidak pernah diburu oleh penjajah pun, jadi pemimpin-pemimpin besar umno bukanlah musuh british

Pemimpin umno hanyalah sekadar menyambut kemerdekaan hasil perjuangan orang lain. itu pun kerana british rasa selesa bekerjasama dengan puak-puak umno ini. dan kerana sebab itu lah dalam filemx2 lama british ini terlalu disanjung,

Perlukan british si penjajah ini disanjung ?, terlalu banyak perkara buruk mereka diselindungkan pemerintah, salah satu ialah cerita dibawah ini, cerita rakusnya si penjajah menjarah nyawa penduduk kampung.
12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.

Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan Surat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan. 


Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun tiada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.



 Lagi video disini (harus tonton)

 @TUKANGLAWAN Fikir pasti ada sesuatu yang british mahu dari Malaya dulu.


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Terima Kasih wahai PAPA GOMO.

| comments

Assalamualaikum,

Baru-baru ini alam maya digemparkan oleh Papa Gomo yang konon-konon ada pendedahan 'terbesar' yang dinantikan para pencacai UMNO sekalian, dinyatakan akan dikeluarkan video itu pada jam 10 pagi, maka ramai penganut UMNO ini menunggu bersengkang mata menanti pendedahan yang dibuat oleh Papa Gomo itu.

Semalam Papa Gomo mengeluarkan sebuah video CCTV bertajuk "Bapak Anwar di Ampang Apartment" yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Eskay memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China. [Utusan]

Sedangkan sebelum itu diura-urakan bahawa perlakuan itu berlaku didalam sebuah HOTEL, bagaimana boleh menjadi sebuah pangsapuri?

Malahan Utusan Malaysia sendiri menyatakan kenyataan yang Datuk Eskay sudah mendedahkan kepada POLIS bahawa lokasi kejadian adalah didalam BILIK HOTEL, boleh baca [Utusan].

Mari kita saksikan VIDEO yang dikeluarkan oleh Papa Gomo.


Lihat dua perbezaan kenyataan ini, Eskay kata Anwar lakukan hubungan seks di hotel, tapi Papa Gomo dedahkan pula rakaman video CCTV di Apartment Ampang dan mendakwa Anwar lakukan hubungan seks di pangsapuri. Sekejap hotel sekejap apartment, mana satu yang betul?

Adakah adegan yang menunjukkan DS Anwar Ibrahim di lift Apartment Ampang ini akan membawa Datuk Eskay ke sebuah hotel di Kuala Lumpur? Mungkin selepas ini blogger United Malays No Otak yang lain akan kata DS Anwar Ibrahim lakukan seks di stadium pula.

Sehari selepas video seks ini tersebar, DS Anwar Ibrahim telah membuat laporan Polis untuk menafikan dirinya di dalam video seks itu. Jika Pihak Polis ada bukti bahawa DS Anwar Ibrahim di dalam video itu, kenapa Polis tak tangkap DS Anwar Ibrahim kerana membuat laporan palsu?




Polis buat apa terhadap kes ini?Atau hanya membiarkan rakyat terus dipermainkan persepsi mereka terhadap DS Anwar Ibrahim?Ini suatu rancangan PEMBUNUHAN KARAKTER yang paling dahsyat dirancang kepada seorang ahli Politik.Mengalahkan Zionis di ISRAEL sudah UMNO dan Barisan Nasional ini.


Oleh itu kami amat ber TERIMA KASIH kepada Papa Gomo kerana telah mendedahkan KONSPIRASI AGUNG ini sendiri.Papa Gomo sanggup berkorban dipotong elaun untuk Pakatan Rakyat apabila membuka pekung UMNO dan rakan-rakan yang semakin bercelaru hari ke hari?





AAAA

Hari Malaysia - jom baca sejarah

| comments




Hari ini 16 september 2011 dan hari ini kita menyambut hari Malaysia, namun tahukah kita sejarah penubuhan persekutuaan malaysia?

48 tahun telah berlalu, pada 16 September 1963 Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak telah bergabung dengan dengan tanah melayu untuk membentuk negara yang kemudiannya dinamakan Malaysia.

Kesultanan Brunei pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei,

Sebenarnya Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 

Namun beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.  (1963)


Kronologi ringkas penubuhan Malaysia


Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Suruhanjaya Cobbold pula ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan.oleh JPPM, Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962


Pada 1 Ogos 1962, laporan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak diumumkan

Pada Ogos 1962 pula JAK (jawatankuasa antara kerajaan) ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. manakala anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak


27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan dan Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Dan secara rasminya pada 16 September 1963 Negara Malaysia telah diistiharkan iaitu gabungan antara Tanah Melayu (semenajung) Borneo utara (sabah) Sarawak dan Singapura, tetapi padatahun 1965 singapura yang telah keluar dari gabungan itu  .

Jadi selepas tarikh itu sehingga kini, Negara Malaysia kini adalah gabungan Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) Sabah dan Sarawak sahaja.

Selamat hari Malaysia, tetapi tidakkah anda  musykinya umnoapco kata kita tidak pernah dijajah, tetapi kenapa setiap rundingan tersebut ada wakil pihak british?.

Orang UMNO 1 Malaysia kene kelentong...

| comments



Betul lah tu puak umno nak bela sangat orang melayu kononnya, apa-apa lah janji bahagia sudahlah, tapi sebenarnya puak umno nei nak bela periuk nasik sendiri..

beberapa negeri dah diperintah pakatan rakyat, maka terdengar lah keluh kesah puak umno nei,

"susah la nak dapat projek sekarang"

jadi selama nei puak umno nei menyokong umno apco sebab nak projek la agaknya... bijak memang bijak.. kaki belit sungguh.. bukan patriotik... tapi opportunist.

yang kesiannya makcik dan pakcik dikampung teruk ditipu.. bak kata orang terengganu

"kene lebom sume"

Makcik dan pakcik.. nei nak bagi tau nei... UMNO tu pengasasnya orang melayu kew?. kah..kah..kah...

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan antara pengasas parti itu, merupakan seorang penjajah berbangsa Inggeris, ini diketahui ketika SAMM membuat kajian ke Johor dan meneliti pelbagai bahan berkaitan sejarah Bukit Kepong baru-baru ini.

Menurut Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, terdapat banyak fakta sejarah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, termasuk keahlian seorang British bernama Dr Charles Joseph Pemberton Paglar dalam Umno.

"Ohh jadi UMNO nei bukan la parti orang melayu ye?"

"Betul lah makcik.. bukan parti orang melayu, sekarang pun mamak punya la banyak dalam tu.. Makcik kene lebom selama nei "

"sape
Charles Joseph Pemberton Paglar tu nak?"
 
“Dia nei tengok name bukan islam nei makcik, Charles Joseph Pemberton Paglar ni ahli nombor 6 seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia nei campur...nak kepada orang British (penjajah) and Indian descendants (mamak agaknya), berasal dari Alor Gajah, Perak,”

Kah..kah..kah.. UmnoApco 1 malaysia dah kene kelentong dengan pemimpin depa.macam mane nei...?


Menurut Pengerusi SAMM , Badrul Hisham Shaharin, sejarah penubuhan umno adalah begini.

Ketika Sir Harold Mc Michael, ditugaskan ke London pada 1945 untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu bagi menubuhkan Malayan Union, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor enggan menandatangani perjanjian tersebut.

“Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Pelbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim. Ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Menurutnya lagi, Sultan berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar berusaha bersungguh-sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan baginda.

“Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak Mc Michael. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr Charles Joseph Pemberton Paglar diberi keahlian UMNO bernombor # 000006,” kata Chegu Bard.

Kira pusing dan buruknya perangai umno nei dari dulu la rupanya, menggunakan tipu helah dan pengaruh untuk pujuk sultan... Umno , dulu, kini dan selamanya pembelit. .. kah..kah..kah

Chegu Bard menimbulkan beberapa persoalan untuk dijawab oleh Umno, antaranya asas penubuhan Umno dan mengapa antara pengasasnya adalah bukan Melayu.(Ingat keahlian umno nombor 000006)

“Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang,” ujarnya.


Menurut Chegu Bard, British tahu mereka tidak mampu meyakinkan orang ramai dengan menubuhkan organisasi baru ciptaan penjajah itu, justeru telah membuat perjanjian menubuhkan Malayan Union.

“British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan Malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

"Ohh jadinya Umno ini sebenarnya parti bayangan Malayan Union kew nak?"

"Begitulah agaknya makcik.. pakcik, penjajah nei memang terkenal dengan otak pembelit"

Kah..kah..kah... Ok orang umno... lepas nei dah boleh buka keahlian kepada orang bukan melayu ye, sebab sebelum ini pun memang ada keahlian bukan melayu, Ahli ke 6 itu ialah anak kepada penjajah british.

Puak Umno jangan meroyan lagi k...


"Berrrrrrr saatu kita bersatu, menentang umno penipu"


@TUKANGLAWAN  Tergelak terbahak-bahak..UMNOAPCO mengaku pembela melayu...



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Penentang Penjajah - Datuk Bahaman (Pahlawan Pahang)

| comments


Siapa Datuk Bahaman?

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh atau lebih dikenali sebagai Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, Datuk Bahaman digelar 'Seman Tahan' oleh penduduk sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan sungai itu seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Datuk Bahaman dikata menggunakan senjata berupa sebilah lembing yang diberi nama "Beringin" yang berbentuk daun sireh dan dikatakan mampu memukau orang

Kerana menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor, Datuk Bahaman diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan

Dan selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.


Kebangkitan menentang penjajah

Disebut-sebut Datuk bahaman Mengetuai perang Semantan kerana rasa tidak ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.

Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya.

Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat.

Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menguris hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. 

Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.

Setelah terjadinya peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. 

Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.


Menjadi buruan penjajah British

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang.

Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar,

Jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap.

Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah.

Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.

Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu,  Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan lagi  semangat pejuang Pahang tersebut untuk berjihad menentang Inggeris.

Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

Namun pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kembali kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang.

Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

Di Kelantan khabarnya Datuk Bahaman mendapat perlindungan dari  Panglima Long Mansur dan Panglima Munas iaitu ayah kepada Tok Janggut,

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila khabar angin mengatakan Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.


Sumpah persetiaan dan Jejak terakhir
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya.

Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, antaranya ialah Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan dan pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman,

Sehinggalah pada tahun 1926, Dato’ Bahaman telah berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu.  dan  tinggal di kampung tersebut sehingga saat kematiannya.



@TUKANGLAWAN  Mahu tahu siapa kah pejuang kemerdekaan Umno yang jadi buruan Penjajah?.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Penentang British, Penderhaka dimata umno

| comments


Sudah 12 hari Mat Sabu diserang gerombolan songkok tinggi pengampu penjajah, hanya kerana ceramah beliau di padang menora tempoh hari,

Gerombolan songkok tinggi yang sekarang ini penjilat dubur sayfool.. ( maaf, maksud saya penjilat yahudi) terus menerus cuba memesong fakta sejarah kebangkitan rakyat menentang penjajah, Maklumlah umum mengetahui Umnoapco adalah anak emas penjajah British yang satu ketika dulu cuba melebarkan kekuasaannya di tanah melayu , mengaut hasil bumi dan menidakkan kuasa sultan dengan sistem residennya.


Jadi bagi mereka barang siapa bangkit menentang penjajah, tidak lain-tidak bukan orang itu adalah penjuang kemerdekaan... kerana itu mereka mati-mati mahu menafikan keperwiraan Mat Indera sebagai seorang pejuang bangsa


Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat ada mengulas persoalan itu.

"Jasa dan pengorbanan Mat Indera terhadap tanah air amat besar sesuai dengan kedudukannya sebagai pejuang kemerdekaan. Amat tidak patut sejarah mengenainya diselewengkan sehingga dituduh terlibat dengan perjuangan komunis, sedangkan Mat Indera itu sendiri adalah seorang yang kuat berpegang kepada agama, malah guru agama."

"Mat Indera sendiri telah menegaskan perjuangannya adalah untuk membebaskan negara dari penjajahan dan beliau langsung tidak terlibat dengan perjuangan komunis"

Adalah tidak adil  sebenarnya bila sejarah dan pengorbanan seorang pejuang dinafikan hanya kerana ia disanjung dan diangkat menjadi wira oleh seorang pemimpin pembangkang. fakta sejarah akan terus menjadi fakta sejarah, Namun kerana busuknya hati puak umnoapco ini. pengorbanan Mat Indera dinafikan.


Sebuah Dokumentari yang diterbitkan pada tahun 1970an oleh RTM sendiri pernah menyiarkan pengakuan seorang ahli polis bukit kepong iaitu Yusuf Rono, beliau mengaku Mat Indera lah yang menyelamatkan nyawanya dari ditembak komunis

Jamilah Abu Bakar, anak kepada seorang anggota polis marin
dalam tragedi di Bukit Kepong juga telah diselamatkan oleh Mat Indera, begitu juga dengan beberapa orang lain.



Siapa pencacai puak songkok tinggi mahu menafikan Mat Indera sebagai seorang pejuang, adakah kerana Mat indera sangat membenci penjajah, lantas puak umnoapco (Parti kesayangan penjajah) sehingga kini mahu memburuk dan menghina seorang pejuang tanah melayu.


"Sedangkan ahli keluarga Mat Indera sendiri dan mereka yang mengenali beliau dan keluarganya juga mengakui Mat Indera sememangnya penduduk tempatan atau anak jati negeri Johor dan beliau sememangnya pejuang kemerdekaan,"

Apalah bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas.

Bukankah mereka semua menentang penjajah yang menyusahkan rakyat (umno juga banyak menyusahkan rakyat), didalam hati mereka sangat bencikan penjajah bernama british, mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk orang lain. apakah mereka itu pengkhianat?



 "Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap pun dia ludah orang British,"



Tapi bagi puak songkok tinggi umnoapco lain pegangan mereka, pejuang kemerdekaan haruslah mereka yang duduk semeja dengan british (sebut penjajah) dan bagi puak itu lagi, pejuang kemerdekaan bukanlah orang yang melawan penjajah dengan peluh keringat dan air mata. puak umnoapco tidak mahu mengiktiraf golongan yang bangkit untuk rakyat



 

Mat Indera tidak mahu diiktiraf sebagai wira oleh puak umnoapco kerana Mat indera menentang penjajah, mereka mati-mati mahu mengatakan Mat Indera seorang pengkhianat.. jadi pendirian puak Umnoapco dan Penjajah sama...

"Barang siapa menentang penjajah.. ialah Pengkhianat."




@TUKANGLAWAN  Lihat betapa bijaknya Mat Sabu dan betapa bodohnya pencacai umno.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Mat Sabu, Mat Indera, Umno dan 2 Fatwa

| comments



Bila Mat Sabu angkat Mat Indera sebagai wira... puak umno cukup meroyan, 

Maka terpekik terlolonglah puak-puak rejim umnoapco. mempertikai apa yang diucapkan naib presiden PAS itu..maka Mat Sabu dituduh buta sejarah, cuba mengangkat seorang komunis menjadi wira kata puak umnoapco itu lagi...


Tapi sebenarnya puak umnoapco nei bukan sahaja buta sejarah, malah tuli dan gila barangkali,

Tak tahu kah mereka Berita Harian pernah siar artikel yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang?

Tidak pula akhbar itu dikecam, tidak pula keluar puak-puak umnoapco meroyan-royan menunjukkan gilanya mereka.

Tapi bila pemimpin pembangkang sampaikan perkara sama, Tampil lah puak umnoapco dengan keris kontot meroyan-royan menunjukkan mereka memang gila,



Puak umnoapco ini sebenarnya hanya pandai menghentam dan menyalahkan pemimpin pembangkang, walhal mereka tidak mahu mengkaji terlebih dahulu sesuatu isu tersebut, asal saja pemimpin pembangkang berkata, bagi mereka semua salah.

Ini semua dilakukan sekadar nak nampakkan dimata masyarakat bahawa pemimpin pembangkang ini serba tak kena,


Namun yang lawaknya, pemimpin umnoapco (Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman) sendiri jadi penaung  sebuah yayasan yang menerbitkan buku menceritakan kehebatan Mat Indera.

Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut:  

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. 

Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".





Baiklah, sekarang puak umnoapco nak guna fatwa yang mana satu?

Bila Mat Sabu kata Mat Indera pejuang, mati-mati puak umnoapco meroyan,mereka kata Mat Sabu menyokong komunis,tapi bila buku
biografi yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor menyatakan Mat Indera adalah pejuang dan wira orang johor.. apakah mereka mahu nafikan juga?



@TUKANGLAWAN  Lihat betapa bijaknya Mat Sabu dan betapa bodohnya pencacai umno.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



Umno waris Penjajah ?

| comments


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dicapai pada tahun 1957 adalah kemenangan besar rakyat semua bangsa, berbagai aliran patriotik demokratik negara kita, terutamanya perjuangan kemerdekaan selepas tamat Perang Dunia Kedua dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British.
Akan tetapi, hasil kemenangan rakyat itu telah terjatuh ke tangan golongan pertengahan Melayu yang diwakili oleh UMNO.( kerana dimasa itu umno dilihat boleh mendukungi inspirasi penjajah)


Pentadbiran Tentera British (BMA)


Kemenangan bersejarah perang anti-fasis telah mengakibatkan situasi Asia dan dunia mengalami perubahan yang amat mendalam. Sistem imperialis di Asia mulai runtuh.

Di Malaya, kekuatan revolusioner rakyat membesar dengan hebat dan perjuangan untuk kemerdekaan berkobar-kobar di segenap penjuru tanah air. Imperialis British menggigil ketakutan menghadapi situasi yang begitu tidak menguntungkan, namun demikian mereka tidak mahu mengundur diri dari panggung sejarah atas kemahuannya sendiri.

Umum mengetahui, dari kacamata kumpulan modal monopoli British, Malaya tersangat penting bagi empayar British yang sudah penuh dengan kebobrokan setelah Perang Dunia Kedua.
Untuk mendirikan semula syurga pemerintahannya, imperialis British telah membentuk pentadbiran tentera terlebih dahulu, setelah tentera British mendarat di Malaya. Pentadbiran tentera tersebut berkuasa hampir 7 bulan dan berakhir pada penghujung bulan Mac tahun 1946.

Imperialis British telah mencetuskan pertumpahan darah antara orang Melayu dan orang Cina dengan maksud hendak memecah belahkan perpaduan rakyat  semua bangsa dan memesongkan sasaran perjuangan rakyat.( ini kini mahu dilaksanakan juga oleh umno)


Di bidang politik, pentadbiran tentera secara sembunyi-sembunyi telah bersekongkol dengan bangsawan feudal dan pegawai-pegawai tempatan rejim penjajah sebelum Perang Dunia Kedua dan mempersiapkan syarat-syarat yang perlu bagi imperialis British dalam melaksanakan apa yang disebut “pengubahan perlembagaan baru”.


Penipuan Pengubahan Perlembagaan 


Apa sebenarnya pengubahan perlembagaan itu?

Ia adalah cara baru untuk memelihara penguasaan penjajah dan melanjutkan penindasan dan penghisapan ke atas rakyat negeri kita.

Oleh itu, apa yang dinamakan pengubahan perlembagaan adalah penipuan politik dan salah satu taktik penindasan bersenjata bagi menumpaskan gerakan kemerdekaan yang sedang berkobaran ketika itu.


Proses pengubahan perlembagaan sekaligus adalah satu proses bagi imperialis British untuk memilih dan mengangkat golongan pertengahan Melayu naik takhta.

Pegawai-pegawai pejabat tanah jajahan British, orang-orang British yang pernah menyandang jawatan tinggi di Malaya serta pembela imperialis semuanya mengatakan “dunia setelah Perang Dunia Kedua ialah dunia yang merbahaya. Situasi Asia setelah Perang Dunia Kedua sedang bergolak. Apa boleh buat..”


Selama ini, strategi imperialis British ialah memelihara ‘penguasaan secara langsung’ dengan 1001 cara. Dalam keadaan terdesak sebegini, ia mencari ejennya untuk melaksanakan penguasaan secara tidak langsung. Oleh kerana itu, untuk memupuk ejennya dan melaksanakan ‘penguasaan secara tidak langsung’,

Mereka menjajakan apa yang dinamakan demokrasi berparlimen menurut rancangan berperingkat-peringkat ataupun dikenal sebagai “pemerintahan sendiri” dan “merdeka” secara berperingkat-peringkat.

Pembela-pembela imperialis berkata “British mempunyai pendapat yang sama dengan penjajah Amerika di Filipina. Rakyat tanah jajahan mesti terlebih dahulu menjadi magang dalam satu masa tertentu di mana mereka belajar memerintah diri sendiri secara demokratik dengan menggunakan kekuasaan yang diberi secara beransur-ansur.”

Amalan British selama ini ialah mewujudkan sejumlah kecil ahli Badan Perundangan yang dipilih, kemudian mewujudkan majoritinya, sesudah itu baru membentuk menteri-menteri yang dipilih, dan pegawai-pegawai British ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting dan sebagainya. Mereka menekankan bahawa proses ini tak boleh cepat.



Victor Purcell, pengarah besar penerangan di masa perang dan penasihat untuk hal ehwal orang Cina bagi pentadbiran tentera British di Malaya setelah Perang Dunia Kedua. Beliau kemudian menjadi professor di Britain dan disebut oleh rakan-rakannya sebagai penasihat MCA yang tak rasmi, telah Menegaskan bahawa 

"Harus memupuk tokoh-tokoh yang hanya menentang badan pentadbiran ketika itu tetapi tidak memutuskan hubungan dengan imperialis British, dan berjanji bahawa mereka tidak akan memusnahkan pelaburan British setelah pemerintahan sendiri didirikan. Khasnya mereka yang ‘merah jambu’ harus diangkat naik takhta".

Kerana, katanya, ditilik dari jangka panjang “tokoh-tokoh merah jambu” adalah satu-satunya pilihan untuk menggantikan “anasir-ansir merah”.

Ketua Setiausaha Pentadbiran Tentera British, Brigadier General Newbold berkata secara terang-terangan

 “jika kepentingan kita di timur jauh tidak diselamatkan, jentera yang penting mesti disediakan. Jentera sebelum perang sudah tidak cekap dan sudah ketinggalan zaman. Memandangkan kita telah kembali ke timur jauh, jentera yang baru adalah diperlukan.”

Dari sini dapat diketahui, setelah Perang Dunia Kedua, imperialis British memperhebat penindasan tentera di samping berusaha sedaya upaya memupuk “wakil” bagi melaksanakan penguasaan kolonial baru dengan maksud dapat terus menerus merompak kekayaan tanah air kita yang melimpah ruah sekali gus memadamkan perjuangan rakyat semua kaum untuk mengembalikan kemerdekaan tanah air.

@TUKANGLAWAN Rasakan sejarah perlu dikaji semula.





"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Sejarah awal kemerdekaan tanah melayu

| comments




Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh dari Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan bangsa kita, memang banyak golongan telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan-tenaga dan nyawa.


Datuk Bahaman
Ketika Portugis menyerang Melaka, Bendahara Paduka Raja muncul sebagai pemimpin yang menentang serangan itu. Lebih tiga abad kemudian, penjajah Inggeris cuba menakluki negeri-negeri Melayu, timbul pula pembesar-pembesar Melayu terkenal: Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi yang bangkit melawan kuasa penjajah.

Dalam perjuangan menentang penjajah untuk mempertahan kedaulatan bangsa ini, dapat dilihat dua tradisi yang jelas. Pertama, tradisi melawan atau menentang penjajah habis-habisan. Kedua, tradisi bekerjasama atau bersubahat dengan penjajah.

Datuk MaharajaLela
Mereka yang menentang ada yang dibunuh, diburu, dibuang negeri dan dilucut kedudukan mereka. Yang menang pula kemudian diupah dengan pangkat, martabat dan kekayaan.

Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan. Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.


Pejuang kemerdekaan sebenar antaranya ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin (Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).

Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.




Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.

Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua).

Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).

Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.

Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.

Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.

amat perlu untuk menekuni kesemua fakta sejarah kemerdekaan dengan mengambil kira semua peranan yang dimainkan oleh sesiapa juga; baik pemimpin ataupun rakyat biasa di semua peringkat dalam usaha memerdekan negara ini.

Ini penting demi menjamin penghakiman sejarah yang adil bagi mereka yang berjuang secara bersungguh untuk merdeka; kesungguhan perjuangan yang bukan hanya terhad di meja perundingan tapi juga sanggup berkorban nyawa demi memerdekakan tanah air dan membela maruah agama serta bangsa.

@TUKANGLAWAN Rasa banyak lagi sejarah yang didiamkan.





"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit