Hari Malaysia - jom baca sejarah

| comments




Hari ini 16 september 2011 dan hari ini kita menyambut hari Malaysia, namun tahukah kita sejarah penubuhan persekutuaan malaysia?

48 tahun telah berlalu, pada 16 September 1963 Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak telah bergabung dengan dengan tanah melayu untuk membentuk negara yang kemudiannya dinamakan Malaysia.

Kesultanan Brunei pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei,

Sebenarnya Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 

Namun beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.  (1963)


Kronologi ringkas penubuhan Malaysia


Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Suruhanjaya Cobbold pula ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan.oleh JPPM, Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962


Pada 1 Ogos 1962, laporan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak diumumkan

Pada Ogos 1962 pula JAK (jawatankuasa antara kerajaan) ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. manakala anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak


27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan dan Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Dan secara rasminya pada 16 September 1963 Negara Malaysia telah diistiharkan iaitu gabungan antara Tanah Melayu (semenajung) Borneo utara (sabah) Sarawak dan Singapura, tetapi padatahun 1965 singapura yang telah keluar dari gabungan itu  .

Jadi selepas tarikh itu sehingga kini, Negara Malaysia kini adalah gabungan Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) Sabah dan Sarawak sahaja.

Selamat hari Malaysia, tetapi tidakkah anda  musykinya umnoapco kata kita tidak pernah dijajah, tetapi kenapa setiap rundingan tersebut ada wakil pihak british?.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit