Dulu KUTUK,Sekarang CEDOK

| comments

Assalamualaikum.

Dari ARKIB UTUSAN MALAYSIA
-bertarikh 03/09/2008

Ahli akademik anggap cadangan Anwar tidak relevan

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September diisytiharkan cuti umum tidak relevan kerana ia bermotifkan politik.




Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, cuti umum itu tidak perlu kerana selain boleh menjejaskan produktiviti ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, jika Anwar cuba 'menanam' nilai-nilai patriotik menerusi cadangan itu, ia tidak membawa makna kerana tarikh sambutan Hari Kebangsaan yang bermula 31 Ogos sehingga 16 September setiap tahun sudah memadai untuk tujuan tersebut.





Sementara itu, Prof. Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
menyifatkan cadangan Anwar itu sebagai gimik daripada seorang ahli Politik yang ketandusan idea dan bertujuan mengalih daripada isu-isu besar.

Menurutnya, tiada apa yang signifikan sama ada 16 September diisytiharkan cuti atau tidak.

"Apakah kalau cuti,kita lebih patriotik? Tiada asas untuk kata,tidak cuti tidak patriotik. Ini lebih kepada gimik politik oleh ahli politik yang bangkrap idea seperti Anwar."


*Sama juga dengan isu berkenaan ISA,tiba-tiba sahaja mansuhkan,dulu kutuk Buku Jingga,tapi akhirnya terpasa cedok sepatah dua kata pula.Hah.. sekarang siapa yang sudah kering idea, dan siapa yang sebenarnya pemimpin korup... kenapa ciplak idea pakatan rakyat.. Maklumlah,gula-gula untuk rakyat.



AAAA
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit