Beri Kad Pengenalan Kepada Pendatang: Projek Rampas Selangor

| comments



Khamis, 19 Mei 2011 - Susulan laporan polis yang dibuatkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin dan Ahli Majlis Pimpinan PKR Khalid Jaafar minggu lalu, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat PKR, pada 18 Mei lalu membariskan penulis buku Lest We Forget dari sabah Dr Chong Eng Leong dan Exco Angkatan Muda Nor Azwan Ramli.

Dr Chong merupakan bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah bertanding menentang Yong Teck Lee (SUPP) di DUN Likas pada pilihanraya negeri Mac 1999. Beliau kalah tetapi senarai pengundi di DUN itu dicemari nama-nama pengundi pendatang yang memiliki kad pengenalan secara tidak sah. Dr Chong membawa kesnya ke mahkamah dan mahkamah membatalkan keputusan pilihanraya tersebut.

Menurut Dr Chong, projek memberi kad pengenalan biru di Sabah kepada pendatang tanpa izin telah menyebabkan BN berkuasa sejak sekian lama tanpa tergugat. Hal ini kerana pendatang yang diberi kad pengenalan itu diwajibkan mengundi BN dan jumlah mereka pula amat banyak, melebihi setengah juta orang.

“Projek memberikan I/C kepada pendatang di Sabah dinamakan ‘Projek Mahathir’. Kenapa dinamakan demikian? Beberapa saksi di mahkamah telah mendakwa projek ini dirancang oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada era 1990an Megat Junid Megat Ayub. Pernah dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara, pemberian itu dipertikaikan kerana menggugat kedaulatan negara tetapi Megat Junid berkata Dr Mahahtir telah pun memberi persetujuan.

“Cara untuk mendapatkan I/C ketika itu amat mudah. Iaitu pendatang ini menandatangani sijil akuan dan ketua kampung menurunkan tandatangan maka sah sijil itu memperakui pendatang tersebut adalah anak Sabah. Setelah mereka mendapat I/C maka mereka terus didaftar menjadi pengundi,” kata Dr Chong



Dr Chong menyambung, pada 1991 selepas Umno masuk ke Sabah maka satu ‘task force’ ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Menteri Sabah sekarang Musa Aman bagi mencari lebih ramai pendatang untuk diberikan kad pengenalan bertujuan menumbangkan kerajaan PBS ketika itu.

“Semua penyewengan kerakyatan ini telah didedahkan oleh salah seorang pegawai kanan kerajaan di Sabah ketika itu, Jabar Khan . Jabar Khan dan beberapa pegawai JPN pernah ditahan ISA (dijadikan kambing hitam bagi menutup isu).

“Projek I/C itu mencari seberapa ramai pendatang untuk ditempatkan di 32 kerusi DUN yang menjadi sasaran BN bagi menumbangkan PBS.

“PBS menang 25 dari 38 kerusi tetapi kemudian tumbang kerana beberapa orang ADUNnya dibeli oleh BN selepas pilihanraya 1994. Perkara ini saya rasa hampir sama seperti yang berlaku di Selangor sekarang. BN mensasarkan (untuk menang) beberapa kerusi dengan projek I/C ini,” kata Dr Chong.

Tambahnya, projek I/C yang mempertahankan kuasa BN telah menyebabkan pelbagai masalah di Sabah. Kekurangan pekerjaan kepada penduduk pribumi, setinggan, jenayah sampailah kepada kejadian rogol- bunuh yang berleluasa angkara pendatang tanpa izin yang diberi taraf kewarganegaraan.

“Pendatang ini menyatakan mereka pribumi Sabah. Dahulu nisbah seorang pribumi (Kadazan, Dusun, Murut) bersamaan dengan seorang bukan pribumi tetapi kini jumlah bukan pribumi adalah lebih tinggi. Pribumi hanya 500 ribu orang sedangkan pendatang ini berjumlah sejuta orang, mereka berkeluarga dan beranak-pinak.

“Dr Mahatir seorang yang berani bercakap apa sahaja tetapi tuan-tuan boleh tanya kepadanya mengenai projek I/C, dia tidak akan bercakap mengenainya. Lim Kit Siang pernah mengajak Dr Mahathir berdebat di Parlimen mengenai projek ini, sehingga hari ini (dia) terus senyap,” bidasnya.

Sementara itu, Khalid Jaafar menganggap projek I/C di Selangor diambil atau ditiru dari projek yang telah berjaya menumbangkan PBS di Sabah. Beliau menjelaskan tidak gentar kepada ugutan Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor yang mahu menyamannya kerana pendedahan projek I/C di Hulu Selangor tempoh hari


“Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor mahu saman saya kerana katanya bukan beliau yang tandatangan surat sokongan memberi kerakyatan itu, tetapi Umno Sabah juga dahulu pernah mengalami peristiwa serupa. Ketua Umno Karim Gani ketika memberi keterangan di mahkamah berkata tandatangannya di atas surat sokongan dipalsukan namun hakim berkata kenyataan Karim itu ‘highly questionable’ (sangat dipersoalkan).

“Dalam Sinar Harian semalam, Ketua Umno Hulu Selangor kata jumlah pengundi baru yang meningkat sebanyak 15,000 di sana adalah kerana usaha keras Umno mendaftar pengundi baru tetapi bagi kami jumlah itu terlalu besar (di kawasan terpencil) . Kita akan menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya,” jelas Khalid.

Manakala exco AMK, Nor Azwan Ramli memberitahu pergerakan itu sedang mengumpul beberapa maklumat penting sebelum mendedahkan sindiket yang didalangi kerajaan mendaftarkan warga Indonesia bagi mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk dijadikan pengundi BN.

“Kami akan siasat dan kenal pasti siapa dalang dan orang yang terlibat dengan projek ini. Kami akan bawa saksi, beberapa orang warga Indonesia yang tidak ada apa-apa dokumen dan mereka ini diberi Mykad.

“Warga Indonesia ini dikenakan bayaran sama ada 2 ribu, 3 ribu atau 5 ribu. Tetapi banyak juga pendatang ini yang tidak mahu ditipu kerana mereka mendakwa dengan memiliki I/C projek mereka mudah digunakan sebagai kambing hitam (didakwa menjadi penjenayah) untuk menutup kes-kes jenayah,” katanya.

Tambah Azwan AMK mendapat maklumat pendatang tersebut ada yang telah dihantar ke Pulau Pinang, Kedah dan lain-lain negeri PR menjelang pilihanraya umum ke -13.



@TUKANGLAWAN Rasa mual dengan pemimpin BN umno terutamanya, mereka inilah sebenarnya yangmenjadi perosak negara, mereka ini lah sebenarnya pengkhianat negara, seperti kata Dr Chong
"projek I/C yang mempertahankan kuasa BN telah menyebabkan pelbagai masalah di Sabah. Kekurangan pekerjaan kepada penduduk pribumi, setinggan, jenayah sampailah kepada kejadian rogol- bunuh yang berleluasa angkara pendatang tanpa izin yang diberi taraf kewarganegaraan."  benarlah Umno ini menggunakan prinsip matlamat menghalalkan cara, pemimpin umno tiada jati diri dan amat memalukan.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit