Bersih2.0 -Punca kematian dalam sijil tidak jelas

| comments


Seperti mahu melindungi sesuatu, punca kematian pejuang BERSIH 2.0 Allahyarham Baharuddin ahmad terus cuba diselindungi.

Polis sebelum ini, menafikan punca kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad berpunca dari Gas pemedih mata atau kekasaran polis, polis juga menyalahkan unit kecemasan bila terdapat beberapa keederaan fizikal pada Allahyarham.

Kata polis lagi tulang rusuk Allahyarham Baharuddin patah kerana CPR yang dilakukan, manakala Arwah kehilangan gigi kerana dimasukkan tiub oksigen ke dalam mulutnya. Adakah kenyataan polis itu benar? anda sendiri bijak menilai.

Selepas keluarga Allahyarham sendiri tampil pada minggu lalu menafikan identiti lelaki didalam video yang didedahkan polis itu sebagai Baharuddin Ahmad. peguam yang mewakili keluarga Allahyarham tampil mempertikai punca kematian pada sijil kematian.

Menurut Ahmad Jufliz, sijil kematian yang dikeluarkan pada 11 Julai itu hanya ditulis ‘pending laboratory analysis’ di butiran punca kematian.

Laporan bedah siasat hanya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap, namun keluarga mangsa masih lagi tidak perolehi sebarang dokumen bedah siasat, ujarnya.

Balu Allahyarham, Rosni Malan memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya laporan bedah siasat suaminya didedahkan kepada umum.

Keluarga mangsa juga memohon mahkamah mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentukan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu.

Rosni, 55  turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap arwah suaminya.

@TUKANGLAWAN Minta saksi tampil bantu keluarga Allahyarham tuntut keadilan buat mereka.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Baharudin Ahmad wira Bersih



Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit