Mahfuz ajak Hishamuddin debat , minta rais yatim mohon maaf dan gantung utusan

| comments


Negara gempar apabila Utusan Malaysia menyiarkan berita wujud gerakan untuk menukarkan agama rasmi Malaysia kepada Kristian. Kononnya satu perancangan bawah sedang diatur bagi menukarkan status perlembagaan yang memperakui Islam sebagai agama rasmi. Gerakan itu dilaksanakan oleh sekumpulan pemimpin agama Kristian serta parti DAP. Kegemparan itu kemudiannya disambut oleh kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais yatim dengan cara yang tidak profesional sehingga menyemarakkan lagi isu yang sengaja direka-cipta itu.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyeru kedua-dua menteri terbabit meminta maaf segera kepada rakyat Malaysia kerana menimbulkan suasana tidak tenteram.

“Saya meminta Hishamuddin dan Rais segera memohon maaf atas kesengajaan mereka memberi komen dalam isu yang disensasikan oleh Utusan sehingga memberi impak gawat yang tidak sewajarnya kepada rakyat.

“Saya juga meminta Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia dalam tempoh tertentu kerana akhbar itu telah menimbulkan suasana tidak harmoni di dalam negara. Perbuatan Utusan sudah melampau dan boleh menimbulkan huru-hara. Pergantungan perlu untuk melegakan keadaan,” katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Mahfuz turut mengecam Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai bebal kerana sengaja tidak faham perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak pernah ingin mengubah perlembagaan negara apatahlagi meminda kedudukan agama Islam.

Saya tidak faham mengapa Utusan tidak mahu faham perjuangan Pakatan Rakyat. Sejak tahun lepas dalam kongres yang pertama kita telah pun menjamin akan mempertahankan perlembagaan. PR telah isytihar Islam agama persekutuan dan DAP sendiri setuju.

“Bagi saya, ini semua berlaku kerana BN terdesak. Mereka sangat bimbang kerana sekiranya 5 – 7% sahaja lagi undi orang Melayu berpaling kepada PR maka BN akan tumbang. Bayangkan hanya 5% sahaja dan pemimpin Umno terpaksa buka warung jual keropok lekor atau kedai gunting rambut,” sendanya disambut gelak-ketawa pemberita.

Jelas Mahfuz, disebalik kata-kata Perdana Menteri Umno-BN tidak terlibat dan semua itu hanyalah pandangan Utusan, sebenarnya wujud agenda tersembunyi yang didalangi pemimpin tertinggi Umno bagi mencetuskan keadaan tidak stabil dalam negara.

Walaupun Najib kata bertenang. BN tidak terlibat tetapi PM juga sangat licik dalam permainan politiknya. Semua rancangan ini diatur rapi dan pada penghujungnya PM tampil menjadi hero mendamaikan keadaan

“Saya ingat apa Najib kata kepada Umno Selangor tempoh hari, gunakan apa cara sekali pun untuk rampas Selangor. Dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu pun Najib pernah kata lakukan apa sahaja biar bercerai nyawa, Umno perlu dipertahankan.

“Bagi saya jelas insiden yang berlaku sekarang adalah agenda terancang untuk menakut-nakutkan kaum tertentu di negara ini dan meraih undi mereka dengan cara yang tidak bermoral

Dengan itu saya mencabar Hishamuddin berdebat dengan saya di mana-mana pentas. Kalau betul beliau bertegas terdapat ancaman kepada politik Melayu, maka mari kita berdebat dan saya akan kemukakan bukti, biarkan rakyat yang adili (siapa betul). Pada saya Umno adalah pengkhianat sebenar bangsa Melayu,” bidas Mahfuz.

@TUKANGLAWAN Mahu tunggu adakah hishamuddin akan menyahut cabaran ini, dan kalau dia rasakan dia anak jantan, cepat-cepat sediakan gelanggang, keris sudah hisyamuddin cium, pasti dia tak mahu digelak kan oleh rakyat , tentu dia tak mahu digelar pendekar tiada telur, mungkin dia lebih ingan gelaran yang lebih lembut bunyinya, mungkin "pendekar bacul"
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit