Memaparkan catatan dengan label Rais Yatim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rais Yatim. Papar semua catatan

Bersih2.0 - Rais Yatim dengar cerita atau buat cerita ?

| comments


Dah nama pun menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, jadi tak perlu la kita marah-marah dia nei. dah kena benarlah tugas menteri ni

Rais Yatim.sebagai menteri "penerangan", akan menerangkan sesuatu isu itu mengikut apa yang rejim umnoapco mahu terangkan, Ber"komunikasi" pula memang cara pemimpin-pemimpin umno berkomunikasi, tinggi melangit,tak mahu kalah.


Juga memang dah jadi ke"budaya"aan puak umnoapco ,, semua yang baik bagi dekat umno, yang jahat.. semua pembangkang...menteri umnoapco nei malaikat kew?.. kalau malaikat tak kan la sampai keluar buku kritikan pulak, maksudnya menteri umnoapco nei pon tak lari dari buat salah...

kah..kah..kah..


Menteri komunikasi ni kali nei cuba nak buat penerangan pada orang ramai, tapi penerangan nei agak mengelirukan sedikit, mungkin dia juga terkeliru ketika dapat informasi ini,

Kata rais yatim "Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu,ada juga diberi makan" dan perkara tersebut kononya didedahkan laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka,bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri." tambah menteri yang pernah dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah itu lagi.

Memang agak kelakar kenyataan menteri penerangan itu, mungkin lah makcik dikampung boleh percaya sekejap, tetapi bila diterangkan mereka pun akan keliru dengan kenyataan menteri itu, cuma puak umnoapco tegar tak mahu mengalah saja yang mati-mati akan percaya kenyataan dangkal menteri tersebut.

Kalau ikut logik la, berapa banyak duit yang nak digunakan untuk upah orang sertai perhimpunan itu, adakah sama dengan harga cincin permata rosmah?, kah..kah..kah....

Jangan samakan pakatan rakyat dengan umno, umno memang biasa ada majlis kena bagi upah baru orang datang ,kalau tak percaya cuba tanya pada menteri "kebudayaan umno tu".

Satu lagi perkara yang disentuh rais , adakah yang turun ke himpunan  BERSIH tersebut tidak mempunyai matlamat jelas?, 
 jika ya, mengapa polis begitu takut sehingga tutup semua jalan masuk, berapa ramai yang tersangkut di KL sentral, KTM Kuala Lumpur dan tempat lain.. dan bagaimana dengan lebih 1600 orang yang berjaya ditangkap, adakah mereka suka-suka berada di Kuala Lumpur pada 9 julai itu? adakah mereka tidak punya matlamat jelas?

Mungkin menteri ini sudah sedar rakyat kini telah bangkit, SPR dikecam hebat  kerana satu persatu salahlaku mereka terbukti 

Rejim umnoapco sedang dalam keadaan sangat genting sehingga mereka memerlukan bantuan hantu-hantu dan  "warga asing"

Jika anda tidak mudah keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan menteri yang satu ini, anda tahu, dia sedang cuba menyampaikan "penerangan" cara rejim umnoapco, menteri "kebudayaan" ini meneruskan budaya umnoapco yang suka mengelirukan orang ramai, sama seperti polis ( lagi cerita pasal polis disini )

"tukanglawan" ada dalam himpunan bersih, tiada upah RM50, tiada makanan yang diberikan, dan matlamat kami jelas, kami keluarkan wang sendiri beli T-shirt Bersih, kami keluar duit sendiri untuk pergi ke Kuala Lumpur dan duit kami sendiri keluar untuk beli makanan, tapi matlamat kami jelas,

Kami menuntut pilihanraya yang BERSIH dan ADIL kerana jika pilihanraya deperti itu dijalankan, UmnoApco Pasti akan tumbang. "matlamat kami mahu tukar kerajaan " dan ia akan datang seperti ribut sambut najib


@TUKANGLAWAN Mintak menteri sedar cikit kuasa rakyat.




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Mahfuz ajak Hishamuddin debat , minta rais yatim mohon maaf dan gantung utusan

| comments


Negara gempar apabila Utusan Malaysia menyiarkan berita wujud gerakan untuk menukarkan agama rasmi Malaysia kepada Kristian. Kononnya satu perancangan bawah sedang diatur bagi menukarkan status perlembagaan yang memperakui Islam sebagai agama rasmi. Gerakan itu dilaksanakan oleh sekumpulan pemimpin agama Kristian serta parti DAP. Kegemparan itu kemudiannya disambut oleh kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais yatim dengan cara yang tidak profesional sehingga menyemarakkan lagi isu yang sengaja direka-cipta itu.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyeru kedua-dua menteri terbabit meminta maaf segera kepada rakyat Malaysia kerana menimbulkan suasana tidak tenteram.

“Saya meminta Hishamuddin dan Rais segera memohon maaf atas kesengajaan mereka memberi komen dalam isu yang disensasikan oleh Utusan sehingga memberi impak gawat yang tidak sewajarnya kepada rakyat.

“Saya juga meminta Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia dalam tempoh tertentu kerana akhbar itu telah menimbulkan suasana tidak harmoni di dalam negara. Perbuatan Utusan sudah melampau dan boleh menimbulkan huru-hara. Pergantungan perlu untuk melegakan keadaan,” katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Mahfuz turut mengecam Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai bebal kerana sengaja tidak faham perjuangan Pakatan Rakyat yang tidak pernah ingin mengubah perlembagaan negara apatahlagi meminda kedudukan agama Islam.

“Saya tidak faham mengapa Utusan tidak mahu faham perjuangan Pakatan Rakyat. Sejak tahun lepas dalam kongres yang pertama kita telah pun menjamin akan mempertahankan perlembagaan. PR telah isytihar Islam agama persekutuan dan DAP sendiri setuju.

“Bagi saya, ini semua berlaku kerana BN terdesak. Mereka sangat bimbang kerana sekiranya 5 – 7% sahaja lagi undi orang Melayu berpaling kepada PR maka BN akan tumbang. Bayangkan hanya 5% sahaja dan pemimpin Umno terpaksa buka warung jual keropok lekor atau kedai gunting rambut,” sendanya disambut gelak-ketawa pemberita.

Jelas Mahfuz, disebalik kata-kata Perdana Menteri Umno-BN tidak terlibat dan semua itu hanyalah pandangan Utusan, sebenarnya wujud agenda tersembunyi yang didalangi pemimpin tertinggi Umno bagi mencetuskan keadaan tidak stabil dalam negara.

“Walaupun Najib kata bertenang. BN tidak terlibat tetapi PM juga sangat licik dalam permainan politiknya. Semua rancangan ini diatur rapi dan pada penghujungnya PM tampil menjadi hero mendamaikan keadaan

“Saya ingat apa Najib kata kepada Umno Selangor tempoh hari, gunakan apa cara sekali pun untuk rampas Selangor. Dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu pun Najib pernah kata lakukan apa sahaja biar bercerai nyawa, Umno perlu dipertahankan.

“Bagi saya jelas insiden yang berlaku sekarang adalah agenda terancang untuk menakut-nakutkan kaum tertentu di negara ini dan meraih undi mereka dengan cara yang tidak bermoral

“Dengan itu saya mencabar Hishamuddin berdebat dengan saya di mana-mana pentas. Kalau betul beliau bertegas terdapat ancaman kepada politik Melayu, maka mari kita berdebat dan saya akan kemukakan bukti, biarkan rakyat yang adili (siapa betul). Pada saya Umno adalah pengkhianat sebenar bangsa Melayu,” bidas Mahfuz.

@TUKANGLAWAN Mahu tunggu adakah hishamuddin akan menyahut cabaran ini, dan kalau dia rasakan dia anak jantan, cepat-cepat sediakan gelanggang, keris sudah hisyamuddin cium, pasti dia tak mahu digelak kan oleh rakyat , tentu dia tak mahu digelar pendekar tiada telur, mungkin dia lebih ingan gelaran yang lebih lembut bunyinya, mungkin "pendekar bacul"
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit