Buku Khas untuk najib, Hambik kau... org umno pun dah tak tahan

| comments


Penulis buku “Najib Perdana Menteri Terakhir” berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar Datuk Seri Najib Razak membetulkan segala kelemahannya selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum keadaan menjadi parah.

“Apa yang saya sampaikan cuma pandangan dan suara akar umbi dan rakyat.. saya cuma menyampaikan demi kepentingan parti,” kata Shahbudin Husin ketika ditanya mengapa menghasilkan buku yang dilihat sebagai tindakan mengkritik presiden parti sendiri.

Shahbudin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju bertanya, “apa ruang yang saya ada untuk memberikan pandangan?”

“Dulu saya pernah memegang jawatan dalam bahagian, kami boleh sampaikan fikiran. Saya fikir ini cara untuk membawa pandangan dan suara rakyat kepada kepimpinan, kepada Datuk Seri Najib... saya tidak mengkritik Datuk Seri Najib, cuma menegur beliau,” kata beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju.

Shahbudin juga mengakui bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan disiplin jika parti memutuskan demikian.


Shahbudin Husin
Buku ini dengan tajuk penuh “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...” dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap."

“Harapan saya ialah Datuk Seri Najib akan melakukan perubahan, membawa perubahan... jika tidak berubah, rakyat akan mengubah.

Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, “sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat.” ,Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan,” kata Shahbudin.



“Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau,” tambah penulis buku itu lagi

Beliau berkata, “tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,”

@TUKANGLAWAN Sendiri nak beli dan baca buku ini .




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit