Seorang imam bertauliah di masjid Kampung Ladang kawasan Gelang Patah digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dipercayai kerana beliau menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Walaupun sudah menabur jasa selama 14 tahun sebagai imam disana, beliau dihukum hanya gara-gara mahu menuntut satu pilihanraya yang adil dan bersih.
Hassan Md Said menerima surat yang ditandatangani Pengarah Jabatan Agama Johor, Elias Hasran, menyatakan penggantungan beliau bermula pada tarikh 2 Ogos lalu sehingga 2 November 2011.
Namun sebab penggantungannya tidak dicatat secara jelas,namun beliau menjangkakan ia ada kaitan dengan keputusannya menyertai himpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil
Hassan adalah antara 1600 peserta himpunan yang ditangkap pihak polis dalam himpunan 9 julai itu,
Adakah wajar jabatan Agama Johor membuat pengantungan tugas seorang imam hanya kerana keputusan beliau untuk turut serta dalam himpunan tersebut? apakah berat sekali kesalahan yang dilakukan oleh imam ini sehingga jabatan agama johor itu mengambil tindakan yang tidak setimpal?
Adakah menuntut sebuah pilihanraya yang BERSIH dan ADIL adalah satu kesalahan dari segi Agama Islam sehingga beliau harus digantung tugas?
Atau adakah kerana ideologi politik imam ini bukan seperti apa yang diharapkan oleh pemerintah , maka kehidupan nya ditekan dan "disusahkan"?..
Selain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah,beliau juga telah dinafikan haknya untuk menerima elaun bantuan dari Persatuan Nelayan Kampung Gelang Patah yang sepatutnya diterima oleh semua ahli persatuan sejak sekian lama yang bernilai RM 350.
Selain elaun beliau sebagai imam ditarik, apa yang lebih menyedihkan, beliau dan isteri serta empat orang anak nya kini terpaksa mengosongkan rumah ehsan masjid yang didudukinya sekarang dan terpaksa menyewa rumah kediaman baru.
Inilah harga pengorbanan yang harus dibayar oleh Hassan, diatas sebuah negara malaysia yang kononya mengamalkan demokrasi., Demokrasi ala malaysia
@TUKANGLAWAN Sangat simpati kepada imam ini, semoga ALLAH akan membantu kamu.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.