Siasat PATI Jadi Pengundi - Anwar

| comments



Soal PATI diberi hak mengundi bukan perkara baru, isu ini dulu sangat panas, terdapat daftar pengundi di kalangan warga asing yang tiba-tiba diberi taraf kerakyatan. tak percaya klik sini dan klik di sini banyak keraguan tentang status PATI ini.

Hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberikan hak kewarganegaraan untuk mengundi. suruhanjaya itu perlu ditubuhkan kerana beliau khuatir dengan isu pengundi di kalangan pendatang asing yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Kita mengesa supaya kerajaan segera menubuhkannya (RCI). Isu ini bukan hanya berlaku di Sabah (projek ic), sebaliknya ini adalah isu negara keseluruhannya,(SPR) perlu sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang. Tidak munasabah jika kerajaan jadikan perkara ini sebagai politik sempit,”  katanya dalam satu sidang media di Damansara siang tadi



Apakah kerajaan berani menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja?, ini kerana mereka dikatakan ada kaitan pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing ini untuk manafaat mereka,

Ketua Pembangkang itu juga pernah mendakwa kira-kira 200,000 pendatang asing dari Indonesia diberi kerakyatan untuk memenangkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Isu sama berlaku di Sabah sejak tahun 1980 an dan 1990 an ketika era pemerintahan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu kajian melaporkan sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin telah mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah bertujuan untuk memenangkan Umno-BN dalam pilihan raya. 

Kita pandang kira kanan kita, sekarang warga asing sudah berlambak-lambak, persoalan utama apakah kerajaan sedia ada tidak melakukan sesuatu untuk membendu perkara ini, boleh dikatakan kadang kala bila kita pergi ke sesuatu kawasan tertentu, jumlah warga asing ini jauh lebih ramai dari kita, tak payah di terangkan lah masalah-masalah yang dibawa oleh mereka ini, bermacam-macam perkara.

Yang sedihnya ada orang-orang "umno" yang sangat mengangkat "ke Melayuannya" menghina bangsa lain yang sama-sama membangunkan negara ini, tapi dalam masa yang sama, bela warga asing yang lahirnya entah di mana. 






Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit